We're not alone. Allah is always with us to protect us.

Sunday, February 12, 2017

Misi Fit 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Happy New Year 2017. Rasanya belum terlambat kan untuk ucapkan Selamat Tahun Baru. Hehe. Tahun lepas I punya azam nak kurus tak tahu la menjadi ke tidak menjadi. Jadi tahun 2017 ni please jangan main-main dah. Tak nak dah masuk dalam kategori OBESITI. Tahun ni alhamdulillah BMI tak termasuk dalam kategori tu dah. I got berat Ideal hokey. Tapi perut, peha, punggung still membesar. Sebab apa? Sebab tuannya kuat makan. HAHA. Maapla tak boleh nak control makan lately. Tu yang layankan aje apa yang rasa nak makan. Tapi makan tu makan la jugak. Senaman jangan la lupa buat ye. Kalau asyik makan je tapi senaman tak buat tak guna juga dak.

Alhamdulillah tahun 2017 ni aku dikelilingi dengan orang-orang yang betul-betul bersemangat waja nak SIHAT nak KURUS dan nak FIT. So memang dengan aku-aku sekali terjebak dengan dorang punya aktiviti ni. Tak rugi korang dekatkan diri dengan manusia-manusia sebegini. Bonus untuk diri anda kerana secara tidak langsung anda akan turut melakukan aktiviti tersebut. Macam biasa aktiviti Kardio, Aerobik, Zumba, Hiking, Jogging dan sebagainya aku dah tak dapat nak tinggal. Sekali kau buat gerenti korang tak boleh berhenti. Trust me. Dah jadi macam ketagih pulak kaki tangan ni kalau sekali kau berhenti. Jadi jangan malas-malas ye nak buat senaman. Rajinkan diri kome-kome untuk bersukan pada tahun 2017 ni.

Antara aktiviti² yang dilakukan sepanjang awal tahun 2017:

- Aerobik + Zumba - Lunges Aerobics Fitness. Mostly kelas malam la pergi start 2017 ni. Start 8.30mlm until 9.30mlm. Sifu Kak Suhaila Shila.

- Hiking @ Vale Eco Centre & Peak 300. Sini yang paling mencabar adalah trek di atas Waterfall. Direct korang naik atas Waterfall then terus ke Peak 632 sehinggalah ke Peak 300. Yang ni memang best la habaq hang. Jadi sapa nak test power stamina untuk trek mencabar disarankan lalu sini. Saya sudah. Anda bila lagi? Actually banyak trek² menarik dalam VEC ni. So korang yang nak terjah bolehlah mai sini. Aku tiap² minggu boleh kata ikot deme memanjat. Tak VEC naik Bukit 300. Yang dah lama tak naik is Bukit Engku Busu. InsyaAllah akan naik tak lama lagi. Hihi. Ni la antara tempat² yang sering aku pergi. Nak pergi memanjat jejauh parents tak kasi. Redha je la. Hmm.

- Di VEC juga pernah terjalin kerjasama di antara Ally Elly Studio, Vale Eco Centre, Lunges Aerobics Fitness dan Perdasama Manjung bagi menjayakan Program Hiking bersama Anak² Yatim Ummu Sofiah. Memang menarik la program awal tahun 2017 ni. Diharap ada lagi program sebegini. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak beri perhatian kepada anak² tersebut.






































































Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)