Hye korang2..
Amacam sihat tak ?
Biasa la skrg kan tgh raya haji..
So mcm2 makanan yg boleh menggugat " keimanan "..haha..
Betul x apa yg aku ckp..
Bagi penggemar daging mcm aku ni, memg x boleh nk lepas kalau mkn daging masa musim perayaan ni..
Tapi apa kena mengena dgn tajuk atas ni ea ?
Aku saja je ni..Sbb sejak raya haji ni aku keje makan petai je..haha..
Sebab aku paling minat makan ulam-ulaman ni..
Lagi-lagi kalau dapat makan petai cicah sambal belacan..
Perrggg..Memg sedap..hehe..
So kali ni aku nak share pasal khasiat petai dan ulam-ulaman ni..=)
Sila baca walaupun anda semua berminat ataupun x berminat..=P
Kebaikan Petai
Anda semua pasti mengenal bahawa petai sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap. Tapi mungkin banyak diantara anda tidak mengetahui bahwa petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Selain itu dapat juga membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit berikut. Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.
Jika mengalami PMS, anda tidak perlu makan pil, cukup dengan makan petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam petai mengimbangi kadar gula darah, yang dapat membantu mood.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.
Petai mengandungi tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk menjauhi tekanan darah.
200 siswa di Twickenham (Middlesex) dapat menjawab ujian dengan mudah kerana memakan petai ketika sarapan, istirehat, dan makan siang. Kajian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin berhati-hati.
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan membaiki sistem pencernaan.
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang ditambah dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.
Petai mengandungi efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan sakitnya.
Makan petai diantara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.
Sebelum anda mencapai krim gigitan nyamuk, cuba untuk menggosok kawasan yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga dapat membantu menenangkan sistem saraf. Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahawa tekanan ketika kerja menyebabkan orang sering mencapai makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5.000 pesakit di hospital, penyelidik menemukan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahawa, untuk menghindari nafsu makan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadar yang tetap.
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana texturnya yang lembut dan halus. Petai mampu menetralkan ulsers dan mengurangkan kegatalan dengan melapisi permukaan dalam ulser.
Banyak budaya lain yang menganggap petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandungi tryptophan.
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh agar cepat sembuh dari efek penghentian nikotin
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai bahagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana stroke sampai 40% KHASIAT- KHASIAT ULAM KHASIAT PEMAKANAN Secara amnya ulam-ulam jenis biji, seperti petai dan jering, mempunyai nilai kalori atau tenaga yang tinggi (102 ? 124 kcal/100g). Kandungan kalori ulam-ulam jenis buah pula sederhana, misalnya 78 kcal/100g bagi terung pipit. Kandungan kalori ulam-ulam jenis daun atau pucuk agak rendah iaitu 17 ? 74 kcal/100g. Biasanya kandungan kalori ini berkait rapat dengan kandungan karbohidrat dan lemak. Bagaimanapun kandungan lemak ulam-ulam utama yang dikaji kurang daripada 1.8g/100g ulam. Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang kecut atau bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Petai yang segar mengandungi kandungan protein yang tinggi (10g/100g petai) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kajian oleh MARDI menunjukkan bahawa protein di dalam petai dan jering adalah bermutu tinggi kerana mengandungi profil asid amino yang baik terutama asid-asid amino perlu. Kandungan protein bagi jering, pucuk ubi dan cekur manis pula di antara 5.8 dan 7.6 g/100g ulam. Ulam-ulam lain yang dikaji mempunyai kandungan protein yang kurang daripada 3.8 g/100g ulam. Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K). Daun kaduk didapati mempunyai Ca, P dan Fe yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain/ Kebanyakan ulam juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Antara ulam-ulam yang dikaji, cekur manis didapati amat kaya dengan karotena iaitu sebanyak 17 870 mg/100g ulam, dibandingkan dengan ulam-ulam lain yang karotenanya kurang daripada 5 700 mg/100g. Cekur manis dan pucuk ubi kayu didapati kaya dengan vitamin C (136 ? 192 mg vitamin C/100g) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kedua-dua jenis ulam ini sangat mudah didapati kerana tumbuh meliar di kawasan dusun atau belukar. Ia juga mudah tumbuh jika ditanam dan tahan terhadap penyakit. Kebanyakan vitamin yang terkandung di dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Ini kerana biasanya ulam-ulam dimakan mentah iaitu tidak dimasak atau jika perlu direbus seketika sebelum dimakan. Vitamin yang mudah larut di dalam air dan mudah dimusnahkan oleh haba ialah vitamin B dan vitamin C. Serabut adalah satu lagi komponen yang penting di dalam ulam-ulam. Sungguhpun serabut tidak dihadamkan, kita memerlukan sejumlah serabut untuk menjaga kesihatan badan. Serabut berguna untuk memberikan pukal (bulk) pada bahan buangan dan untuk pergerakan bahan buangan di dalam saluran penghadaman. Kekurangan serabut dalam sajian akan menyebabkan sembelit dan buasir. Sebilangan besar ulam, terutama jenis daun, mempunyai kandungan serabut yang melebihi 1.5 g/100g ulam. Kandungan serabut daun kaduk ialah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 2.7 g/100g daun. KHASIAT PERUBATAN Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak. Sementara itu, Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health ang Longevity Newsletter menggelar pegaga sebagai ?herba ajaib? kerana dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Rajen M, seorang ahli farmasi yang juga pensyarah di Universiti Malaya menyatakan khasiat pegaga telah lama diiktiraf di seluruh Asia Jering pula didapati mengandungi sejenis sebatian alkaloid yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Sementara bagi pesakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Khasiat daun kaduk untuk memperkuatkan tulang pula mungkin disebabkan oleh kandungan mineral, terutamanya kalsium yang tinggi. Jadual 3. Khasiat Ulam Mengikut Perubatan Tradisional Melayu Jenis Ulam Khasiat Cekur Jering Kaduk Memperkuatkan tulang.Pegaga Petai Pucuk betik Pucuk gajus Pucuk mengkudu Pucuk putat Ulam raja Membersihkan darah dan memperkuatkan tulang |
Tweet
Petai memang sedap.... Tapi orang kata klu ngndung 8 bln ke atas jgn mkn petai nanti air ketuban berbau busuk... Saya pun xtau...kita tgk nanti :)
ReplyDelete