We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Thursday, May 05, 2016

Aerobic Fitness

Assalamualaikum.

Aku dah start terjebak dengan aktiviti Aerobic ni. Semuanya bermula start akak office ajak pergi Aerobic bulan 3 haritu. Lepas tu start situ aku dah mula jinakkan diri untuk ber aerobic setiap Isnin Selasa Rabu petang. Kalau takdak kawan just pergi saja la sorang. Takdak hal punya la. Demi sihat demi kurus. Jyeahhh. Haha. Nak p malam memang aku tak rajin. Plus Kak Shila kata belah malam ramai. Nanti susah pulak nak tengok Instructor buat. Kalau sebelah petang seronok sebab tak ramai. Boleh dibilang dengan jari. So memudahkan pergerakan dan memudahkan untuk faham step by step.


Ni masa first time p Lunges Aerobic Fitness. Dekat sangat dengan rumah. So no problem nak p hari-hari. With Kak Siti, officemate.

Banner terbaru dan jadual terbaru bagi yang nak p Aerobic. But make sure tengok dulu FB Kak Shila ye sama ada ada atau tidak kelas. Dia akan update dekat FB beliau.

Walaupun dah cecah 40, Kak Shila still fit adn sentiasa nampak muda. Ingatkan baru 30 an. Tengok body dia. Memang cantik. Haihh bila la nak dapat body macam ni. Aku ni baru 24 tapi badan dah macam apa xD

Agak kabur gambar. Apa la Kak Belon ni. Time ni Kak Shila suruh buat gaya masing-masing. Haha.

Marilah bersukan, marilah exercise. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Dah start sakit ni baru lah tau erti kesihatan yang sebenar. Jadi jangan la jadi macam saya. Mari fit kan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Satu nak cakap. Kak Shila is The Best Aerobic Instructor! :D






Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)