We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, October 16, 2016

Dipanggil Ke HSB

Baru-baru ni aku dipanggil ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh Ketua Jururawat di HSB. Pada hari Khamis (12/10/2016). Memang mengejut. Harini call esok tu suruh datang ke sana. Memang dekat pon kan antara Manjung dan Alor Star. Nak tak nak kena jugak pergi. Katanya ada ubat baru. Memang petang tu berdesup abah aku bawak kereta pergi sana. Mana taknya pagi tu dah kena jumpa Doktor. Penat tu jangan cakap. Tak terkata.

So hari Khamis pagi tu jumpa Doktor. Memang ke sana ke sini la aku. Agak lama jugak duduk dekat Klinik Perubatan tu. Sample jangan cakap la. From head to toe diorang ambik. Ngeri pulak rasa. Sample rambut (Dari akar. Banyak la jugak), sample air kencing, sample darah (15 botol kecil) semua diambil. Dengan berat, tinggi, suhu dan segala-galanya Doktor tu check. Dah rupa bahan kajian dah rasa. Dan ECG pun dilakukan. First time buat ECG. Malu jangan cakap la. Nasib baik Nurse perempuan. Tapi still malu. Waaaaa. Ini baru ujian saringan. Nak tahu sama ada sesuai atau tidak dengan ubat-ubatan tersebut. Then jika sesuai Ketua Jururawat tersebut akan call panggil ke sana kembali. 

Tipu la kalau cakap tak stress apa semua. Nak pergi ulang-alik from Manjung to Alor Star dah makan masa. Duit satu hal. Macam-macam hal kena fikir. But this is the chance. Maybe after this I will not get chance yang macam ni. Treatment yang sedia ada tersangatlah mahal. So dengan adanya new treatment ni I will not have to pay anything. Because ditaja oleh mereka yang terlibat dengan Kajian ni. Cuma tu la. Perlukan masa dan tenaga untuk ke sana. Hopefullly semua ni berakhir segera. Penattttt T_____T

Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)