We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Wednesday, April 20, 2016

Perginya Seorang Insan Berhati Mulia

Assalamualaikum.

Macam tak percaya Ustazah Nafizah dah tak ada. Baru nak start rapat dengan beliau. 12/04/2016, beliau telah dimasukkan ke Hospital Pantai Manjung. Simptom yang beliau alami adalah demam. Sampailah hari Selasa tersebut Ustazah dimasukkan ke Hospital Pantai. Puncanya sebab darah tak ada, kurang darah atau dalam erti kata lain Anemia. Jumlah platelet lebih kurang 0.01. Oleh itu, Ustazah kena buat transfusion blood. Terkejut sebab dalam tiba² darah boleh kurang. Sebelum ni beliau sangatlah sihat.

Jadi aku dengan adik pon melawat Ustazah di Hospital Pantai. Setibanya di sana ramai Cikgu² yang datang melawat. Sembang punya sembang diorang suruh aku tidur di Hospital teman Ustazah. Mula² agak berat hati. Tapi bila mengenangkan jasa dia aku terima untuk jaga Ustazah di Wad. Allah. Sayunya hati bila melihat keadaan beliau. Lebam² di seluruh badan dan muka akibat kurang darah. Tangan tak boleh digerakkan selalu. Jadi kena ada orang teman. Suami Ustazah iaitu Ustaz Roslin pula kena dialisis selang sehari. Jadi agak sukar untuk beliau menjaga isteri beliau. Anak² dia pon kecik lagi. 3 orang lelaki dan seorang perempuan. Anak paling kecik berumur 6 tahun. Yang paling sulung berada di Paris if tak silap. Sambung study dalam bahagian Medic. Kiranya anak dia memang tak tau yang dia admit Wad ketika di Hospital Pantai.

Lebih kurang dua hari jugak aku teman dia tido dekat Hospital. Adik aku pon ikot teman sekali. Sayang betul adik aku dengan Ustazah. Ustazah pon dah anggap aku dengan adik aku macam anak dia. Adik aku memanggil beliau dengan panggilan Mama seperti mana anak² beliau memanggilnya. Tak sangka dalam sekelip mata je boleh sakit. Sebelum ni memang Ustazah nampak sangat sihat. Doktor kata untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku beliau harus mengambil air sumsum tulang belakang. Auchh. Ngeri kan bunyinya. Dah macam² dengar pasal sumsum tulang. Ustazah kalau boleh dia nak elak dari buat benda tu. Sepatutnya tarikh beliau kena ambik air sumsun tulang belakang ialah pada 20/04/2015 iaitu harini. . Jadi 15/04/2015 Ustazah dibenarkan keluar wad. Masa pergi rumah Ustazah nak jenguk beliau, beliau kelihatan sangat sihat.

19/04/2016 : Masa petang Selasa dapat tau dari adik aku yang Ustazah Nafizah masuk ICU. Aku jadi tak tentu arah. Terkejut, sedih semua ada. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Adik kata Ustazah kritikal tak sedarkan diri. 7.30 pagi beliau pengsan di rumah. Jadi mereka memanggil Ambulance. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu baru lah Ustazah diletakkan di Wad 9 Hospital Manjung. Nak buat kerja memang dah tak fokus la ceritanya. Dok asyik fikir kat Ustazah ja. Allah. Kenapa la macam² jadi kat Ustazah. Petang tu habis² kerja terus aku balik rumah ambik adik and teruz ke Hospital Manjung. Sesampainya di sana ramai yang melawat Ustazah. Memang full wad 9. Jumpa Cikgu Nurul, beliau cakap "Kuatkan hati." Allah. Tak terbayang beliau akan jadi seperti begitu. Kritikal! Tak sedar! Koma! Kurang darah merah! Allah 😭 . Sayunya hati melihat keadaan Ustazah. Aku dan adik aku stay di situ sehingga pukul 9 malam. Rasa berat sangat nak balik. Tak tau kenapa perasaan macam tu. Tapi bila fikir ada adik Ustazah and anak Ustazah kami beransur pulang. Langsung tidak terdetik di hati bahawa itulah kali terakhir kami melihat Ustazah. Pukul 10.22 Ustazah Nafizah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Patutla aku rasa berat semacam nak balik. Tak sempat nak teman Ustazah. Ya Allah 😭 . Tidak ku sangka begini pengakhirannya. Sesungguhnya kami redha Ya Allah. Kami harus pulangkan beliau kepadaMu.

Tidak ku sangka jeritan adik memanggil aku masuk bilik adalah berita mengenai Ustazah meninggal. Dari situ aku melihat adik sudah menangis. Cepat² aku bagitau dekat Ibu and Abah. Allah kami betul² tak menyangka. Rasa seperti bermimpi bahawa arwah sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Teringat sebelum balik aku sempat berbisik ke telinga Ustazah untuk bagitau yang aku dengan adik aku ada dan berharap Ustazah akan sedar. Ya Allah. Sejuk tubuh badannya.

Pukul 11.30 malam (19/04/2016) jenazah arwah dibawa pulang ke rumah. Ramai yang sudah datang menghadirkan diri untuk melihat beliau. Akhirnya keluar juga tangisan kami. Ya Allah kenapa orang baik selalu pergi dulu. Sungguh kami tidak kuat Ya Allah. Sesungguhnya beliau adalah guru dan ibu yang baik. Semua sayangkan beliau. Malam tu penuh dengan bacaan Yassin dan suara tangisan kami. Kami redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan beliau.

Rasa tak nak berganjak dari situ walau sesaat. Lebih kurang pukul 2 pagi macam tu baru kami pulang. Esoknya (20/04/2016) aku, ibu and adik datang untuk menziarah buat kali terakhir. Kami tak kuat untuk melihat pemergian orang yang kami sayang. Pagi tadi 8.30 macam tu rumah arwah Ustazah dibanjiri dengan student, cikgu dan sedara mara yang lain. Satu sekolah memberi penghormatan terakhir buat arwah. Rumah Ustazah depan sekolah. Jadi senang buat kami menziarah beliau buat kali terakhir. Student² SMK Seri Samudera bergilir-gilir melihat arwah dan mendoakan arwah. Aku tidak tahan melihat arwah. Berjurai-jurai air mata keluar sejak semalam. Kami amat terasa dengan pemergiannya. Pemergian yang tidak disangka. Pemergian buat selama-lamanya.

Ustazah, Ustazah adalah yang terbaik. Tak ada satu anak murid pon yang tak sayangkan Ustazah. Kami sentiasa mendoakan Ustazah. Sebelum aku keluar, aku sempat memberikan kucupan terakhir di dahi arwah. Allah. Sebak yang tak terkata. Gugur kembali air mata ku. Selamat tinggal Ustazah Nafizah. Tidak ada galang gantinya. Aku dan ibu menunggu di luar sehinggalah van jenazah sampai. Semakin waktu menghampiri untuk dikebumikan, semakin sayu rasa hati. Dengan sedikit kata² dari Ustaz, akhirnya gugur kembali air mata. Mohon jika ada yang arwah ada berhutang atau sebagainya minta tampil di rumah arwah dan bertemu dengan suami beliau iaitu Ustaz Roslin. Jika tidak minta dihalalkan. Semoga roh beliau tenang dan ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Ameen.

Selepas ini kami akan merindui Ustazah Nafizah. Ustazah yang ramah, kaya dengan senyuman, tidak lokek membantu. Lepas ni adik aku tak ada tempat nak mengadu dah. Dengan Ustazah lah beliau mengadu, dengan Ustazah tempat dia bercerita. Ya Allah, Ustazah Nafizah adalah yang TERBAIK buat selama-lamanya. Orang yang baik diberi penghormatan yang baik buat kali terakhir. Saya akan ingat segala jasa, pengorbanan, amanah dan pesanan Ustazah buat saya dan adik. Tidak terbalas jasa arwah. Allah. Terdetik di hati "Bagaimana jika esok lusa giliran aku pulak yang tiba." Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyanyang Lagi Maha Pengasih, Engkau Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Sedih melihat ketiga² anak arwah yang menangis tidak berhenti. Semuanya masih kecil. Mudah-mudahan mereka tabah menghadapi ujian ini. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita sewaktu berlakunya ujian tersebut. Terima kasih Ustazah lawat saya masa sakit terlantar di Hospital. Dan terima kasih sebab ajar adik saya dan bimbing dia ke jalan yang betul. TTerima kasih jaga adik saya masa last day bermalam di wad.Ustazah sakit-sakit pun still boleh jaga adik saya yang demam. Hmm. Kali ni saya korbankan masa untuk teman Ustazah sehingga ke akhir nafasmu T.T

Mari sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ustazah Hajah Nafizah binti Rejab. Pada usia 46 tahun arwah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Al-Fatihah ∪ˍ∪

Ketika di Hospital Pantai sehari sebelum beliau dibenarkan keluar Wad.

Conversation with Cikgu Nurul.












Antara status beliau pada 10 April yang seakan-akan sudah tau akan pemergiannya (´△`)



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)