Ramai orang² Manjung turun ke Tesco Manjung pada hari ini 24/04/2016 untuk menjayakan program Ketuk-Ketuk Ramadan 2016. Fuhhhh dua tiga harini penoh pasal maklumat mengenai Mira Filzah and Sheila Rusly di FB Komuniti I Love Manjung. Gila tak meriah. Heroin Cinta Si Wedding Planner turun Manjung woiii. Ha korang berpeluang saksikan Mira Filzah dan Sheila Rusly memasak. Best kan.
Aku dengan Syira sampai Tesco dalam pukul 11.30. Time tu pon dah penoh dengan manusia. Nasib la kitorang dapat jugak tempat depan². Tapi sakit hati jugak ada segelintir manusia yang tak paham bahasa buat selamba dekkk dia ja dok tolak² semata-mata nak ke depan. Sabaq banyak dengan orang macam ni.
Lebih kurang pukul 12 macam tu Sheila Rusly and The Crew sampai begitu juga Mira Filzah. Sebelum recording dimulakan Sis Sheila Rusly sempat explain mengenai flash camera dan sebagainya bagi tidak mengganggu proses rakaman. Katanya rakaman harus dihabiskan sebelum pukul 4 petang. Tagline KKR 2016 "KETUK² RAMADANNNN. ALHAMDULILLAH." Bagus betul Sis Sheila Rusly ni. Sebelum rakaman dimulakan beliau terlebih dahulu menadah tangan membaca doa. Wahhh. No wonder rancangan Sis terbaikkkk πππππ
Rasa macam betul² dah sampai suasana Ramadan and Hari Raya. Lagu² Raya pon dah start nyanyi. Sedap suara Rock 7 Buskers. Tiba² rasa syadu dengar lagu raya. Huaaa. Pejam celik pejam celik dah nak Ramadan. Sekejapnya masa berlalu. Fuh kemain Mira and Sis Sheila menari berjoget. Ha jangan lupa saksikan dekat FB Mira Filzah and Sheila Rusly. Terbaikkkkk. Bak kata Sis Sheila, "Orang² Manjung memang gempakkkk."
Time ni tak silap dorang dah habis cari bahan
Ramai fans Mira Filzah
Lemah lembut orangnya. Simple tapi cantik.
Selalu tengok dalam TV ja. Kali ni in real life.
Dorang selfie sebelum start recording
Get ready Sis
Serius je muka bang. Haha
Nampak tak ayam masak ketumba tu. Perghh dengan ketupatnya. Meleleh ayaq liuq. Dah la tengah lapaq
Tengok apa tu Mira
Tetiba terjumpa jiran sebelah rumah. So join sekali dia and anak² untuk bergambar. Dorang nak bagi settle awal sesi bergambar jadi susah kalau sorang² lambat habis. Syira pulak tak nak. Nasib ada Kak Nurin. Wiwiwi
Sebelum pukul 3 petang recording dah selesai. Walaweh. First time dalam seumur hidup aku datang untuk program macam ni. Selalu tengok Sis Sheila Rusly dalam TV ja. Kali ni berkesempatan hadir dalam program macam ni. Seronok sangat dapat jumpa mereka yang terlibat untuk Ketuk² Ramadan 2016. Jadi nanti kome yang nampak I masuk TV tu bulan Ramadan nanti lambai² sikit ye. Hahaha
Habis² program memang teroih cari makanan. Lapaq yang amat. Mana taknya dari 11.30 sampai pukul 3 duduk kat Tesco. Memang lapar la citenye. Sedap gilos Chicken Lasagna kat Hirupiring Kopitiam ni. Makan panas² pulak tu. Lagi terangkat. Walawehhh π
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)