We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, August 06, 2017

Blog Baru

Sis cadang nak buat blog baru. Mungkin blog yang ni akan di delete tak lama lagi dan akan digantikan dengan blog baru. So stay tuned.
Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

Sunday, July 09, 2017

Movie Animation Park Studios, MAPS Ipoh, Perak

Pembukaan Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya dibuat secara rasmi serentak dengan sambutan Hari Raya Kedua Aidilfitri yang akan diraikan oleh umat Islam di negara kita selepas Ramadhan. Pemilihan tarikh ini dijangka bakal menarik kunjungan orang ramai khususnya yang sudah lama menantikan pembukaan rasmi taman tema animasi pertama di Asia tambahan lagi mereka yang telah lama membeli tiket.

Movie Animation Park Studios (MAPS) telah berkali-kali menunda pembukaanya kerana melakukan beberapa perubahan agar mengikut struktur terkini. Untuk makluman anda, taman ini juga mempunyai menara drop yang paling tinggi di Malaysia.


Sambutan hari pertama pembukaan taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS) agak meriah walaupun dibuka pada hari kedua Aidilfitri (26/06/2017). Pembukaannya itu sudah mulai sesak seawal pukul 8 pagi lagi.


Di MAPS ia mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi daripada Dreamworks. Taman tema itu, yang dibina di kawasan seluas 21 hektar, dapat menerima kira-kira 8,000 kunjungan sehari. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada cuti hujung minggu dan cuti umum. 


Harga tiket sehingga Julai ini ialah RM131 bagi orang dewasa manakala RM104 dikenakan untuk kanak-kanak pemegang MyKid dan warga emas. Pada hari biasa, tiket MAPS bagi pemegang Mykad ialah RM148 manakala RM117 dikenakan untuk pemegang MyKid serta warga emas.


*********************************************************************************


Di sini kami sekeluarga juga mengambil kesempatan untuk pergi ke MAPS tersebut. Sudah tertulis rezeki kami dapat pergi ke MAPS tersebut dengan harga percuma. Ini berikutan tempat kerja abah ada memberikan tiket percuma buat staff mereka. Jadi yang dapat untung family sekalilah. Hehe. Alhamdulillah. Hari Sabtu pagi (01/07/2017) kami dah start gerak ke Ipoh. Sebelum tu macam biasa la breakfast dulu dekat Ayer Tawar. Lepas tu terus ke MAPS. Sebelum pukul 10 kami dah sampai. Mula-mula sampai agak terpegun la tengok. Boleh tahan besar jugak tempat tu. Orang jangan cakap la. Ramai yang amat. Sesak. Tapi kami yang pergi ni untung sangat. Sebab masuk-masuk tak payah beratur. VIP la katakan. HAHA. Alhamdulillah. Lepas tu bermulalah sesi bergambar family bagai.


Actually masa kami ke sini banyak lagi tempat yang belum buka dan still dalam progress untuk training. Jadi nak main hanya main permainan yang sedia ada. Tapi berbaloi la jugak sebab dapat tiket free kan walaupun banyak belum bukak. HAHAHA. Dan jangan kome terkejut pulak tengok semua harga makanan minuman dekat dalam tu. Memang 2 3 kali ganda mahal dari harga makanan minuman yang dekat luar. Jadi yang nak datang sini jangan lupa bawak duit banyak-banyak. Macam aku tak beli pun makanan. Sebab tengok harga dia yang amat 'best' tu terus tak jadi xD . Cuma adik aku ni yang kehausan kena la jugak beli ayor tin Fanta Strawberry tu dekat dia. Ayor macam tu pun dah RM6. Kikiki. And untuk pengetahuan korang jugak dekat dalam ni ada photographer dekat setiap tempat. Untuk yang nak bergambar bolehlah ambik gambar kenangan dengan family. Diorang ada sediakan kad dan lepas tu diorang akan scan gambar masuk dalam kad tu. Dan kad tu korang bolehlah bagi dekat tempat gambar tersebut berdekatan dengan area Tok Aba Kokotiam. Untuk satu frame gambar tu RM40. Macam kitorang beli satu je RM40. Yang lain just ambik dekat website diorang, save and print sendiri. Simple kan. Jangan risau kad tu nanti ada la id apa semua korang boleh tengok dalam website.


Dah rupa kanak-kanak riang aku dengan adik main dalam ni. Tapi not bad la best jugak main dalam ni. Memang semua tempat aku dengan adik tawaf. To my abah and ibu thank you so much bawak kami main dalam taman tema ni. Walaupun ibu sakit lutut tapi gagah jugak la p berjalan dengan kami. Love both of you. Mudah-mudahan ada lagi rezeki lepas ni untuk masuk dalam ni after dah bukak semua permainan. I can't wait. Hehe :D




Gambar kenangan mesti la kena ambik. Lagi-lagi dengan family



Excited masuk Tok Aba Kokotiam. 

Sebelum masuk Taman Tema Animasi


Stunt Legend


Kanak-kanak riang raya. HAHA

Kasi can la ibu selpi dengan anak



Luas sungguh tempat ni

Starship Restaurant


Ni antara yang belum bukak lagi

Mana yang tak tau direction boleh tengok sini ye

Macam-macam hado. Kau hado? Kekeke


Ibu cari tempat duduk. Tak larat nak berjalan dah tu

Konon-konon nak tiru


Co cweetttttt xD

Takde orang nak tolong ambilkan gambo. Monopod tertinggal dalam kereta. Selpi pon okayyy. Apedehal :P


Handsome boy :P

Sedang merenung masa depan

Kat sini Center Stage. Nanti ada aktiviti-aktiviti macam tarian and banyak lagi la. Nantikan


Haiiiii


Pitstop

Menuju ke Stunt Legend. Nak tengok kereta drift weyyyy

Cave of Wonders




Jernih sungguh airnye. Kalau boleh terjun terjun dah. Tapi cetek. HAHAHA

Orang tu kata nak mandi pon boleh. Tapi agak-agak le. Tak bawak baju. Naya karang. Kikiki



Ikut bos tecik 





Dekat theatre Boboiboy. Ramai orang kome weyyyy. Beratur panjang

Boboiboyyyyy

Get ready untuk merasai animasi Boboiboy 4D. Get ready untuk basah. Haha

Spec tu pakai ye. Nanti tak jadi 4D dah kalau tak pakai. Comey dak. Kikiki

Sementara nak tunggu show start

Sekali sekala nak manja-manja jugak dengan adik :P

Wajib pakai ye




Exciteddddd

Berasap wey. Guard tu siap cakap dah sape bawak anak kecik silalah duduk belakang. Asap memenuhi ruang di sini



Stunt Legends Arena

Sila baca. Amaran 





Crystal Quest




Jom main Roller Coaster. Orang dewasa pun boleh main tau

Otobotttt





Coral Kingdom


4D Adventure Theatre. Bestttt

Cartoon Factory




Starship Gold Club

Dream Zone


The Smurfs Theatre

Smurfs Park








Sapa nak aiskrim boleh mai sini. Lai lai lai









Kad ni yang akan korang bagi dekat setiap photographer yang kome jumpa nanti. Lepas tu dah nak balik nanti bolehlah p tuntut gambo

Ayo ni je yang beli xD

Satu ni berharga RM40. Ada la pakej-pakej yang ditawarkan. Nanti kome boleh tengok sendiri dekat kedai

Untuk maklumat lanjut kome bolehlah layari laman web MAPS ni http://www.mapsperak.com/



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)