Pada 17 April 2016, telah berlangsungnya event MSAM 2016, Sime Darby Walk di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak. Saya antara salah seorang peserta yang join event tersebut. Event tersebut bermula pada pukul 6 pagi. Awal kan? Haha. Time tu Subuh pun baru nak masuk. Aku takde la hadir tepat pukul 6 pagi. Paling penting solat Subuh dulu ye. Semangat bangun awal. 5.40 dah bangun dah. Dalam 6.50 macam tu barulah aku gerak pergi ambik Anis dekat rumah. Sampai je dekat Stadium perghhh memang ramai. Boleh tahan la sambutan dari orang Manjung ni. Warna warni gitu nampak manusia dekat padang.
Kitorang sampai-sampai terus pergi ambik T-Shirt yang dorang dah sediakan. T-Shirt tu terhad untuk 8,000 penyertaan. Dengan syarat kena bring along your IC okay. Memang ramai la yang berebut cite die. Memang tabah sungguh la urusetia event ni melayan orang berebut. Haha. Aku dengan Anis dapat T-Shirt warna merah dengan breakfast sekali punya makanan. Dah settle semua p tukar baju and makan dekat tengah padang tu. Rasa macam tengah berlangsung acara sukan sekolah pulak. Meriah rasa. Haha.
Dalam pukul 7.15 macam tu event dimulai dengan senam robik. Cite die memang sesak la. Space pon tak banyak. Haha. 7.45 event aktiviti 10,000 langkah berjalan dimulakan. Nak keluar pagar Stadium tu pon dah sesak. Ramai kan. Mana taknya lebih 10,000 orang hadir untuk event tersebut. Nampak tak semangat kesukanan orang Manjung ni macam mana. Hihi. Meh tengok gambar-gambar kat bawah ni
Time ni dah lepas jalan sampai ke Rapid Baru.
Aktiviti Berjalan 10,000 Langkah berjaya dilakukan. Dalam dok tak yakin boleh sampai akhirnya kami sampai! :)
Sampai-sampai beli ayaq kat pakcik yang jual tu. Legaaa tekak
Sebelum aktiviti dimulakan
Get ready untuk mula
Seriusnya muka akak-akak kat sebelah ni. Haha
Peaceeee
Gambaq Cina mana hang tangkap ni Anis oiii. Hahaha
Belon dah sedia untuk dilepaskan
Kemain banyak MPM bagi
Jalan sejauh 5.5 Km
Take it or leave it
Dalam pukul 9 lebih macam tu aku dengan Anis sampai dekat Stadium balik. So kitorang pergi dekat khemah yang mula² untuk ambik goodies and beg. Dalam beg merah tu ada segala brochure and sijil penyertaan. Kitorang lepak² kejap sambil makan sementara nak tunggu cabutan bertuah. Banyak jugak hadiah untuk cabutan bertuah. Dalam 50 lebih jugak la. Paling best hadiah Handphone, Motor, Mountain Bike. Perghhh bertuah la siapa yang dapat. Aku ni memang dari dulu susah nak dapat cabutan bertuah. Takde luck kan. Haha. Mula² panas. Lepas tu redup. Habis² je penyampaian hadiah terus hujan. Memang syok la weyy panas² lepas tu terus sejuk. Lama kan tak hujan. Alhamdulillah. Balik² memang bantai tidoq la aku. Letih kemain. Haha. Best bila ada event macam ni. Sebab bukan larian ( ^∇^) . Harap ada lagi event macam ni nanti. Boleh buat jejak kasih. Sebab dapat jumpa kawan² yang dah lama tak jumpa. Hehe
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)