We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, June 12, 2016

Satu Persatu Ujian Datang

Asalamualaikum.

Pada 28/04/2016 yang lalu aku telah disahkan menghidap Hipertiroid Disease. Sebelum-sebelum ni aku memang sering berulang-alik dari Manjung ke Ipoh berikutan masalah liver yang aku alami. Jadi selepas kes aku masuk wad bulan 1 yang lalu, pihak Hospital Manjung telah merujuk kes aku ke Hospital Raja Permaisuri Bainun berikutan Hospital Manjung tidak mempunyai treatment bagi rawatan tersebut. Nak dijadikan cerita, banyak ujian perlu aku jalani sebelum treatment untuk merawat liver aku yang bermasalah. Jadi Doktor Fauziah di Gastro Clinic, HRPB menyuruh aku menjalani beberapa ujian darah sebelum treatment dimulakan. Antara ujian darah tersebut adalah FLP, RP, LFT, AFP, T4, TSH, FBC, ANA dan RAF. Banyak kan ujian darah yang perlu dijalankan. Sampai satu tahap aku rasa macam tengah derma darah kat Dracula. Haha. Untuk memudahkan, HRPB suruh buat ujian darah di HSM sahaja bagi memudahkan urusan. Agak-agak la kan nak ambil darah pun kena pergi Ipoh. Kalau dekat takpe jugak. Ni masalahnya jauh. Jadi untuk urusan ambil darah apa-apa hal buat di HSM sahaja. Jadi aku just ambil result ujian dan bawa masa TCA akan datang di HRPB. Yang aku tak boleh lupa first kena buat semua ujian darah tu Pegawai Perubatan tu tengok aku, aku tengok dia. Almaklum la sampai 5 botol kecik darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Patologi. Sebab tu aku kata macam tengah derma darah kat Drakula xD

Ni masa mula-mula appointment di HRPB. Jenuh jugak la cari Gastro Clinic sampai 2 mak guard aku tanya. Rupanya dekat dalam Klinik Pakar Perubatan HRPB sahaja. Habaq la awai-awai lain kali. Kan senang.


Ujian Darah ANA dan RAF


Boleh bayang tak betapa banyaknya ujian kena buat.


Full Blood Count


Beberapa hari selepas tu aku ambik ujian darah. Nervous jangan cakap la. Macam nak tercabut jantung. Inilah result yang aku terima. Okay, banyak abnormal di situ. Tak tau nak cakap apa. I'm speechless.


Ujian Darah menunjukkan RDW aku tidak normal. Pandai-pandai kome la google benda apa RDW tu. Aku nak explain pun tak reti. 


Nasib okay. Ini menunjukkan dalam badan aku takde sel tumour. Alhamdulillah. 


Paras T4 dan TSH tidak normal. Oh myyyy


RA positive. Doktor Tan siap tanya ada sakit sendi. Aku cakap tak ada. Pape je la. Malas nak ambik tau yang ni. Boleh gitu. Rasa macam orang tua dah.

Tibanya tarikh TCA (Appointment) iaitu pada 28/04/2016, macam biasa tunggu turn apa semua nak jumpa Doktor. Kali ni dapat Doktor lelaki iaitu Doktor Tan. Aku ni bukan apa. Segan kalau dapat Doktor laki. Aku pun bagi segala jenis result yang ada kat tangan. Sementara nak tunggu dia tengok apa semua dah berapa minit. Tunggu dia cakap telefon lagi. Haha. Memang lama la cite die. Yang aku dah dup dap dup dap tunggu. After dia dah finish semua, dia tanya aku "You ada Tiroid?" Dia tanya aku. Aku mana la nak tau kan. Dah haritu Doktor Fauziah yang arrange suruh buat ujian darah. Then aku cakap tak tau. Lepas tu dia cakap aku ada Tiroid. HIPERTIROID. Then aku pun apa lagi macam shock la. Dalam banyak-banyak penyakit yang ni la yang aku takut. Sebab melibatkan bahagian leher. Aku sensitif sikit kalau bab ni. Sekali benda yang aku tak nak tu la yang datang. 

Dia sebutkan satu persatu simptom yang biasa dialami oleh pesakit Hipertiroid. Memang SAMA! Takda satu pun yang tak betul. Semua betul. Antaranya, aku kerap lapar. Suka makan tapi berat turun. Habis-habis aku keluar wad memang berat aku semakin turun. Bayangkan dari 67 jadi 62! Lepas tu naik sekilo so it maintain jadi 63. Time tu buat tak tau lagi la. Tak terdetik langsung pun kenapa berat turun sebab aku selalu buang air besar. So aku fikir logik akal mungkin sebab tu berat turun. Ya. Kerap makan. Kerap buang air besar. Kerap berpeluh tak tentu pasal. Kerap naik angin Sentiasa berdebar-debar. Pernah satu masa sampai aku boleh dengar degupan jantung sendiri dan rasa macam nak tercabut jantung. Kali ni la aku start perasan yang diri aku dah start macam tak normal. Susah nak bernafas. Kalau bernafas pun kena tarik sedalam-dalam yang boleh baru lega. Aku sentiasa nervous tak tentu hala. No wonder la asyik berdebar tak memasal. Nasib p interview kerja lepas kan. Haha. And then tangan kerap shaking. Menggeletar tak tentu pasal. Macam parkinson pulak rasa. And kulit aku masa tu takyah cakap la. Terok! Muka, badan naik jerawat and merah². Nak keluaq pon segan. Dan segala simptom yang Dr. Tan sebutkan semua TEPAT! Memang tak syak lagi aku menghidap HIPERTIROID. Jadi aku tidak boleh memulakan rawatan untuk masalah liver kerana menurut beliau Hipertiroid aku mesti dirawat terlebih dahulu. Kerana treatment tersebut tidak boleh disekalikan kerana akan mengakibatkan masalah sel darah merah, putih dan sebagainya. Dan mesti dipantau closely.

Masa first appointment dulu nadi 123. Boleh bayang tak betapa lajunya jantung aku berdegup. Macam orang baru lari berapa KM je! And see berat maintain 63. Bila second appointment nadi 110 dan berat maintain 63. Dan bila third appointment nadi turun jadi 78 dan berat naik jadi 66.1. Yang tu memang stress tang berat T.T

Meh nak share sikit dekat korang apa itu Tiroid :

Kita selalu dengar tentang masalah tiroid tapi tak ramai yang tahu bahawa penyakit ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian sekiranya penghidap tidak dirawat dengan sewajarnya. Menurut kajian juga, kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding lelaki. Selain boleh mengakibatkan kematian, masalah tiroid juga turut menyebabkan perubahan kepada kehidupan pesakit terutamanya dari segi emosi dan tenaga. Oleh sebab itu, adalah penting agar pesakit dan keluarga terdekat memahami kesan-kesan penyakit ini dan memberi sokongan sepenuhnya kepada pesakit agar pesakit dapat melalui situasi ini dengan sebaiknya.

Dua jenis tiroid: 

HIPERTIROIDISME

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Antara penyebab penyakit ini adalah: 

1) Grave's Disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalaunya sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.

2) Thyroiditis (Tiroid Bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok dengan sendirinya.

3) Toxic Nodule Goitre: Terlalu banyak iodin dalam makanan.





Tanda-tanda Hipertiroidisme:

1) Bengkak di leher
2) Cirit-Birit
3) Degupan jantung bertambah dan sentiasa berdebar-debar tanpa sebab
4) Gementar, gelisah, terketar-ketar
5) Haid tidak teratur, kurang ataupun tidak datang
6) Penumpuan kurang
7) Angin yang tidak menentu
8) Kejang otot
9) Osteoporosis 
10) Pengeluaran peluh yang banyak dan bertambah walaupun di tempat sejuk
11) Suhu badan naik, tidak tahan panas dan cepat rimas
12) Rambut tidak kuat 
13) Sukar tidur
14) Tekanan darah naik
15) Turun berat badan walaupun selera naik
16) Lemah
17) Kulit menjadi merah, kering dan gatal

Inilah yang sedang aku rasakan. Mood tak sentiasa betul. Harap maaf kalau aku termarah terkata yang tidak sepatutnya. Bukan sengaja tapi entah memang mood tak betul sejak akhir-akhir ni. Maaf T_T


*Kesemua tanda-tanda di atas aku dah alami. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa seksanya perasaaan sebegini. Itu ini serba tak kena. Muka badan terok naik rashes merah-merah until now. Dan paling penting jangan cari pasal. Angin aku memang tak menentu. Silap sikit memang dapat la kome xD

Rawatan untuk Hipertiroid adalah melalui pengambilan ubat-ubatan. Ada juga kes pesakit yang diberikan radioaktif iodin, terutama bagi kes multi nodular goiter dan adenoma toksik tetapi amat jarang yang perlu menjalani pembedahan. Alhamdulillah so far bagi kes aku tidak memerlukan rawatan iodin dan pembedahan. Hanya perlu makan ubat Carbimazole dan Propanolol.

HIPOTIROIDISME

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Tanda-tanda Hipotiroidisme:

1) Bengkak kaki
2) Ingatan terganggu
3) Rasa malas dan kuat tidur
4) Badan sering terasa sejuk dan lemah
5) Daya ingatan menurun
6) Hilang deria rasa dan bau
7) Kadar pengepaman jantung perlahan
8) Kulit jadi kuning - Lesu, pucat
9) Kulit kering
10) Masalah kesuburan
11) Otot mudah kejang dan bengkak
12) Percakapan lambat
13) Pertambahan berat badan
14) Rambut rontok
15) Rasa mengantuk
16) Sakit kepala
17) Sembelit

BOLEH MEROSAKKAN JANTUNG SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT RAWATAN SEGERA

Pesakit yang mengalami hipotiroid senang dirawat tetapi mereka terpaksa mengambil tiroksin seumur hidup. Hormon ini selamat dan tiada kesan sampingan.

GOITER

Goiter terjadi apabila kelenjar tiroid membengkak. Walaupun tidak mendatangkan ketidakselesaan, goiter boleh mengganggu sistem menelan atau pernafasan, kata pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain. Sebelum abad ke-20, goiter lazimnya disebabkan oleh kekurangan iodin di dalam diet yang berpunca daripada tanah tempat tinggal penduduk yang tidak mengandungi iodin.

Tanpa iodin yang secukupnya di dalam diet, tiroid tidak berupaya menghasil dan membebaskan dua hormon mengandungi iodin yang diperlukan oleh tubuh anda. Pada tahun 1920, penyakit Goiter semakin berkurangan selepas garam yang sedia diiodin diperkenalkan di Amerika Syarikat. Dr. Abd Hamid berkata lazimnya, kelenjar tiroid anda menghasilkan dua hormon iaitu tiroksina dan triiodotironin (T3), yang beredar di dalam aliran darah dan membantu mengawal metabolisme.

Ia mengekalkan kadar tubuh anda menggunakan lemak dan karbohidrat, membantu mengawal suhu badan, mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein. Menurut Dr. Abd Hamid, apabila seseorang mempunyai penyakit Tiroid Goiter, ia tidak bermakna kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon secara normal. Walaupun apabila tiroid anda dibesarkan, ia mungkin menghasilkan jumlah hormon yang berada di bawah paras normal, normal ataupun melebihi paras normal.

Pembesaran kelenjar boleh menjadi serupa (Diffuse Goiter) atau kelenjar mungkin membesar disebabkan terdapat satu atau lebih nodul (nodular goiter). Nodul-nodul ini merupakan ketulan-ketulan yang terdapat di dalam kelenjar tiroid yang normal.

Pemerhatian: Jika goiter kecil dan tidak mendatangkan masalah dan tiroid berfungsi secara normal, doktor mungkin mencadangkan anda untuk tunggu dan lihat saja perkembangannya.

Untuk kelenjar tiroid yang mengalami radang, doktor akan mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid. Bagi goiter yang dikaitkan dengan hipertiroidisme, ubat bagi menormalkan tahap hormon anda diperlukan.

Pembedahan: Satu pilihan yang boleh dilakukan jika anda mempunyai goiter yang besar dan mendatangkan rasa tidak selesa atau sukar bernafas atau menelan. Atau, di dalam beberapa kes, jika anda mempunyai goiter nodular yang menyebabkan hipertiroidisme semua atau sebahagian daripada kelenjar tiroid akan dibuang (Tiroidektomi).

Iodin Radioaktif: Dalam beberapa kes, iodin radioaktif digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberikan sscara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid memalui saluran daran dan memusnahkan sel-sel tiroid.

Rawatan ini akan mengecilkan saiz goiter tetapi ia juga akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak begitu aktif. Anda mungkin memerlukan penggantian hormon sintetik triroid levotiroksina sepanjang hidup.


Shock bila tengok ubat ni. Banyak betoi. 4 biji Carbimazole and 1 biji Propanolol. 4 Biji Carbimazole to lower your Hypertyroid Hormone and 1 Biji to reduce palpitation. Alhamdulillah after consume both of this me is feeling better walaupun takde la better sangat.


T. Carbimazole 5 Mg & T. Propanolol 40 Mg. Sebelum diberi Dr. Tan sempat pesan kat aku kalau makan both of this and rasa demam and sakit kerongkong kena cepat-cepat datang Hospital terdekat. Because antara 100 orang akan ada 1 or 2 person boleh jadi sel darah putih berkurangan. Yes aku ada rasa nak demam and sakit kerongkong. Tapi only for one day. After that ia hilang dengan sendirinya.


Again Ujian Darah untuk TCA yang ketiga pada 09/06/2016


FBC


Ultrasound untuk neck nak check ada Goiter or not


Ujian darah T4 & TSH yang the latest. Alhamdulillah paras T4 kembali normal dari 39.14 to 16.89. Sekarang ni tinggal paras TSH yang tidak normal. 


Keputusan RP, LFT, LP


Lega tengok Glucose Test. Fuhhh


 Result Ultrasound menunjukkan aku memang ada Goiter (Diffuse Goiter). Tetapi ia tidak merbahaya.


 Mula-mula ingat Goiter ni akan mengganggu aku, but Doctor said nothing will happen. Cuma aku akan ada kelenjar Tiroid sahaja dan tidak mengganggu. So I need to eat my medicine maybe for 2 years treatment. Bila dia cakap 2 years tu yang aku rasa macam errrr. Lamanyaaaa!


I said to the Doctor kenapa selalu sangat rasa letih dan berat naik mendadak. She said it means badan aku dah mula responsive dengan ubat-ubat yang diberi. Tapi bab naik berat tu yang tak boleh bla. Dari 63 jadi 66. Tolonglah I don't want become FAT. Sekarang pun dah rasa macam belon. Dia siap perli lagi lepas ni naik pulak 10kg. Oh myyy takkkk nakkkkkk. Aku tak boleh bayang kalau berat aku naik lagi. Macam apa dah rasa ni. Haha. So Doktor Fauziah kurangkan dos ubat tu. Kata beliau kalau naik berat mendadak sangat pun tak bagus because it will cause Hypo. So this is what I got. Tapi kenapa aku rasa macam sama je. Haha cuma Propanolol je takda because my palpitation dah better. Cuma ada Carbimazole and Livovid. Takpe la. Asalkan takde la kena makan 4 biji Carbimazole dah. Livovid is supplement for my liver. Sangat berkesan untuk menurunkan bacaan Liver Function Test.


Putih dan Coklat. Dua-dua tak sedap. Yakkkk xD

 Thanks to my family sebab susah payah hantar aku ulang-alik pergi Ipoh dari Manjung. Especially abah aku sebab dia pon kena ambik cuti hantar aku p HRPB. Haihh tak tau la sampai bila nak kena menyusahkan diorang. Serius stress jugak. Dah cuba untuk mintak transfer Manjung tapi Doktor cakap kalau boleh dia boleh je nak transfer kes aku ke Manjung balik tapi dia tak puas hati kalau bukan dia yang pantau sendiri. Sebab HSM takdak Pakar Gastroenterology. Katanya kes aku ni kena pantau closely because of Thyroid and Liver. So beliau kena pantau dari segi sel darah merah dan sel darah putih dan sebagainya. Huaaaaa. Nak nangis la macam ni. Serius payah nak kena ke sana sini every month. Nasib baik la dapat majikan yang memahami. So setiap bulan aku memang kena cuti dalam sehari untuk ulang-alik ke HRPB. Memang dugaan betul tahun ni. Ada hikmah di sebalik setiap yang terjadi. I need to be strong. And I hope they'll be strong too untuk melayan kerenah mood aku yang tak berapa betul ni.


Peneman setia iaitu adik aku. Thanks budak busuk. Lepas ni hang p belajaq Chaq bakal rindu kat teman yang selalu gaduh ni. Belajaq rajin-rajin noh.

Thanks to both of you yang selalu dengar masalah kite and always support me. Siap tolong cari lagi benda untuk hilangkan my problem. Tak tau nak cakap macam mana. But, thanks a lot BFF. And thanks kepada kawan² lain yang always support me :)

Baru 3 bulan lebih berlalu. Macam mana aku nak hadap treatment for setahun lebih lagi? Serius rasa macam tak kuat. Seronok tengok kehidupan orang lain yang tenang tanpa ada masalah. Bilakah semua ini nak berakhir. Harap dipermudahkan segala urusan. Allah. Sesungguhnya hambamu ini hanya manusia biasa. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Jadikanlah aku sentiasa sabar dan tabah dengan ujianMu ya Allah. Buat kome yang di luar sana jagalah kesihatan. Kerana kesihatan itu sangatlah berharga nilainya. Bila dah start sakit nak buat apa pun tak larat. Bagi yang mempunyai masalah Tiroid, kita senasib. Bertabahlah. Tak semua orang paham apa yang kita sedang lalui kerana diri kita sendiri pun kita tak faham apa yang sedang terjadi. Nampak dari luaran memanglah okay. Tapi anda tidak tahu apa yang kami sedang alami dari segi dalaman. Maaf sekiranya aku ada terguris perasaan korang dari awal sehinggalah sekarang. Kadang-kadang angin tak menentu. Kadang-kadang termarah tanpa sengaja. Tak ada niat nak berbuat demikian. Tetapi keadaan menyebabkan aku jadi begini. Sekali lagi maaf. Jumpa di entry akan datang. Esok (13/06/2016) adik aku dah start mendaftar masuk Politeknik Balik Pulau. Jadi agak busy. Chowww dulu :)








Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

5 comments:

  1. Replies
    1. Ema Mikhail : Ada. Tengok kat tepi² blog tu ada saya letak profile. Kenapa ye?

      Delete
  2. Hi, sis. Saya baru je lepas buat check up di klinik dan tengah tunggu blood test result. Semua simptom akak alami tu sama dgn saya. Saya nak contact akak thru emel boleh? Maybe kita boleh share a few things sebab I need support from those yg have similar experiences. Thanks!

    *drop yr email address below ya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah for sure can. Email at aliah.sitialiah@yahoo.com.my
      Or you can Whatsapp me @0194058710 :)

      Delete
  3. Hi aliah..saya pun ade mengalami penyakit ni..sya ada bengkak di leher sebelah kiri..tapi buat masa sekarang ia x mendatangkan masalah kepada saya..baru lepas amek darah..tggu sebulan untuk jumpe doc semula..tapi sekali je la..x banyak macam awak huhu..tapi setakat ni syae xde lagi menunjukkan simptom yang teruk tapi lately bila banyak sangat fikir,simptom macam debar2,gelisah tu datang..x sure tu kira simptom tiroid atau panic attack 😅😅 but its okay next appoinmnt doc boleh bagitau semua kan..thanks ya share cerita awak n post ni sangat membantu 😊

    ReplyDelete

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)