11/01/2016 : Sejak dari tengahari lagi aku dah start rasa sakit di bahagian bawah dada. Dah lama dah benda ni jadi. Since study kat Perlis dulu. Ingat benda biasa je. So dulu buat relax je ingat tak serious. Makan ubat tahan sakit or tidur dah hilang. Tapi sejak akhir² ni macam makin menjadi-jadi. Kebetulan sakit memang tak hilang. Memang hilang kejap sebelum nak g buat bekam. Lepas berbekam tiba² datang balik sakit. Dah alang² kat luar terus pergi Hospital Manjung lepas hantar ibu balik. Alasan bagi kat ibu nak jumpa kawan. Padahal sebenarnya bukan. Tak nak dia risau. Aku pulak ingat lepas jumpa Doktor dia bagi ubat. Sekali kena admit wad. Lagi la stress. Pukul 8 macam tu lepas dah daftar, bayar apa semua turn aku sampai untuk jumpa dengan Doktor. Aku rasa depa kategorikan kes aku sebagai kritikal sebab tu aku tak perlu tunggu lama. Lepas dah cerita A-Z kat Doktor India tu, dia pon nak ambik darah and sample air kencing. Siap tekan dekat bahagian yang sakit tu. Cerita dia memang sakit la bila dah ditekan sebegitu. Sakit dekat bahagian ulu hati. Aku pon tak sure nak bagi nama apa. Haha. Then Doktor tanya aku ni ada Gastrik ka. Aku pon iyakan aja. Sebab perot aku ni memang sejak dulu bermasalah. Asyik berangin, senak, berbunyi kuat. Gila tak stress macam tu. Lepas dah settle tu depa suruh aku tunggu keputusan ujian darah selama 2 jam. Sebelum tu nurse tu tanya nak cucuk ubat tahan sakit tak. Aku kata tak mau. Haha. Pastu dia p report kat Doktor. Agaknya Doktor pon malas nak layan lepas tu dia bagi ubat kapur rasanya. Memang tak sedap ah. Air mineral pon tak bagi. Dia suruh telan macam tu je. Yukssss. Lama jugak aku dok tahan sakit sementara tunggu result darah. Lepas tu sakit beransur hilang. Lepas 2 jam, nombor dipanggil. Masuk² aku tengok muka Doktor and Nurse tu dok pandang aku semacam. Macam muka sedih. Aku pon dah fikir semacam dah. Sekali depa kata "Adik, kamu kena masuk wad la." Aku jadi macam terkejot. "Hah, masuk wad??!! Sebab apa?" Doktor tu pon cerita la pasal enzyme kat hati aku tinggi. Aku tak ingat berapa bacaan dia. Tapi ada empat number jugak la. Aku pon tak paham. Doktor, "Adik, you punya enzyme dekat hati tinggi la. Kita pon tak tau sebab apa kanser ke apa ke." Start² dia cakap macam tu aku jadi berdebar la. Haihhh jangan disebut la perkataan kanser semua tu. Dah la malam pulak tu. Dengan balik kerja tak mandi apa semua terus datang hospital. Lepas tu kena pulak admit wad. Boleh bayang tak betapa stressnya aku. Dia tanya aku makan supplement apa. Hadoi mai bab supplement aku kata la makan. Nama supplement tu dirahsiakan. Haha. Kena bebel pulak dengan Doktor India tu. Katanya "Nilah budak zaman sekarang." Bla bla bla. So depa tak tau pasai enzyme hati aku tinggi sebab supplement ka apa. Sebab aku memang dah start sakit dari dulu lagi. Kalau nak kata makan supplement, dulu² memang aku tak pernah makan apa² supplement. Dah start kerja ni la baru nak berjinak-jinak dengan supplement. Banyak kali aku tanya Doktor nak kena masuk wad jugak ke. Haihh jawabnya memang kena tahan la malam tu. Dah la tak habaq kat ibu nak p hospital sebab sakit. Nurse tu suruh bagi alasan sebab sakit perot. Lepas tu dah masuk wad baru call. Haha. Aku pon ikut ja apa dia kata. Lepas dah settle semua borang apa semua, Nurse tu dah start cucuk jarum kat tangan. Serious sakittttt. Mula² depa masuk ayaq kat Wad Pemerhatian. Lepas tu kena transfer p wad yang sepatutnya iaitu dia Wad 9 (Perubatan). Siap tolak pakai wheel chair. Macam aku takleh jalan pulak kan. Haha. Bermulalah sesi tidoq wad start 11/01/2016, jam 11 malam. Hoyeahhh. For the first time kena masuk wad di usia nak mencecah 24 tahun. Haha. Dah settle tukaq baju apa semua bermulalah sesi soal jawab dengan Doktor Nadiah. Cantik orangnya. Haha. Jenuh jawab semua soalan. Malam tu memang tak boleh tidoq langsung la ceritanya. Yala tak pernah tidoq wad sekali tidoq tempat bukan katil sendiri mesti jadi lain. Sebelom tidur, darah sekali lagi diambil. Tangan kanan aku dah jadi kaku disebabkan Branula tu. Pakai tangan kiri la buat semua benda. Memang payah la kalau semua benda nak buat pakai satu tangan. Lepas beberapa jam ibu, abah and adik datang. Ibu abah aku apa lagi dok bagi ceramah free² ja. Dah la membebel kuat. Malu aku orang dok dengaq. Haha. Anakmu ini dah la tengah sakit kena pulak tahan telinga dengaq bebelan. Stress. Ibu pon tanya kat Doktor pasai pa dengan aku. Katanya ujian darah menunjukkan enzyme hati sangat tinggi. Tidak tahu sama ada berpunca dari supplement atau disebabkan masa baby aku pernah transfusi darah atau apa. Hmm.
Masa dekat Wad Pemerhatian. Tipu la kalau tak sakit masa depa pasang Branula ni
Sakit woiii. Penoh darah. Nak gerakkan tangan pon susah
12/01/2016 : Pagi tu ramai Doktor mai berkerumun. Bukan Doktor ja, Nurse pon mai menempek. Haha. Motif gelakkan aku sebab makan supplement tu. Supplement tu pon sudah diambil oleh Pharmacist untuk dibuat kajian sama ada ini yang menyebabkan aku sakit atau tidak. Hari ni memang tak sakit langsung. Doktor banyak kali tanya sakit atau tidak. Jawapannya memang tak sakit. Semalam je sakit. Depa kata lepas ni jangan dok makan supplement tu. Aiyoooo kena bebel dengan Doktor Pharmacist pulak.
Ada tiga incident yang aku rasa kelakar adalah bila aku nak g surau. First, nurse tanya "Adik, nak pergi mana tu?" Padahal masa tu aku saja ikot adik keluar sebab nak g surau terus. Yang nurse tu boleh ingat aku nak lari. Second, nurse yang sama. Tanya benda yang sama. Masa tu kawan mai. nak keluaq sekali la dengan dia nak p surau. Pastu aku saja kata "Bukan nak lari tau." Hahaha. Yang ketiga nurse lain pulak. Pon soalan yang sama ditanya. Nak p surau ja ponnnnn. Hahaha. Takut sangat aku lari kenapa. Saya masih berfikiran waras ye wahai nurse² xD
Sepanjang duduk dekat wad memang tak lalu betol tengok makanan. Boleh kata setiap makanan yang diorang hantar tak pernah habis. Rasa loya tu still masih ada. Makanan yang kawan-kawan mai datang bagi pon aku tak makan. At the end semua tu bawak balik ke rumah.
Lama jugak aku kena tahan dekat wad. Start 11 malam hari Isnin sampai la Jumaat (15/01/2016) petang barulah boleh discharge. And everyday Doktor akan ambil darah untuk tengok enzyme hati. Katanya memang menurun tapi still menunjukkan yang fungsi hati rosak. Jadinya pada 15/01/2016 pukul 9 pagi satu appointment di Bilik Ultrasound telah dijalankan. Menurut mereka memang tak ada masalah. Tapi yang aku pelik Doktor tu siap cakap "It's not nice." Means yang tu dimaksudkan untuk apa kalau result kata takdak apa? Pelik sungguh. Lepas dah dapat result nurse bawak aku naik untuk dengar kata Doktor. Doktor kata scan memang tak ada bengkak atau apa. Tetapi ujian darah yang diambil setiap hari memang menunjukkan fungsi hati rosak. Banyak kali tanya aku sakit atau tak. Memang aku tak rasa sakit apa buat sementara ni. Cuma perot aku macam biasa berangin memanjang. Jadinya Doktor Chang tanya sama ada aku ingin discharge atau tidak. Tanya aku macam tak nak bagi aku keluar je. Memang nak keluar la citenya. nak dekat 5 hari dok kat Hospital macam makan angin je. Haha. Bosan gila. Novel pon boleh habis dalam satu hari. Dasyat dak. Hahaha. Mereka benarkan aku keluar pada petang tu. Tapi kena ada appointment lagi pada 21/01/2016 & 28/01/2016 untuk berjumpa dengan pakar. Apa² je la. Asalkan aku dapat keluar wad. Sebelom aku balik dan lagi Doktor laki ni kata kat aku "Adik, kena ambil darah lagi. Sample yang sebelum ni memang menunjukkan ada. Jadi kami nak retest balik." Aku ni dah macam bahan ujikaji pulak. Setiap hari 2 kali ambil darah. Haha. Sabo je la. Lebih kurang pukul 7 macam tu abah sampai. Lepas bayaq baru boleh ambil surat. Stress jugak tengok bil hospital. Total RM159. Nak claim insurans tak tau lepas ke tak sebab aku baru je ambil polisi. Patutla orang selalu kata ambil insurans waktu awal². Ni dah jadi macam ni ntah la boleh claim tidak. Aku punya agent Takaful kata dia akan cuba bantu. Thanks Encik Ismail. Kome jangan pelik kenapa dah ambil Takaful tapi tak masuk Hospital Swasta. Sebab polisi insurans tak sampai lagi 120 hari. So kena la pergi Hospital Kerajaan dulu.
Jadinya selamat tinggal Wad 9 Hospital Manjung. Harapnya lepas ni takdak kena admit wad lagi dah. Baru aku tau bosan dia macam mana. Dan harapnya ujian darah selepas ni menunjukkan keputusan yang baik² sahaja. Kalau tak redha je la. Ujian yang Allah beri di awal tahun 2016. Dugaan² ∪ˍ∪
Thank you Syu, Syaza mai melawat. Main terjah ja na ampa. Hilang bosan bila kome ada
And thanks to Asilah and Farahain :)
Thanks Nadia mai tengok. Siap beli nasi kerabu lagi suruh aku makan. Haha. Lama betoi tak makan nasi kerabu
Peneman di waktu tengah hari. Nasib la adik aku ni rajin jugak nak mai. Haha
Novel yang dipinjamkan Ustazah. Sehari ja dah boleh habis. Dasyat dak. Haha
Sebelum buat Ultrasound kena puasa dulu start 12 malam. Sebab tu kena masuk ayaq
Kesimpulannya, jagalah pemakanan. Jangan jadi macam aku. Makan macam². At the end tak tau apa jadinya. Padan muka kat diri sendiri. Huahuahua (×_×;
Tweet
Hye,sye ingin tnye sedikit.. tempoh hari saya ade menderma drh di sekolah.. tiba² saya mendapat satu pucuk surat dri pihak hospital utk buat ujian darah ulangan.. saya dimaklumkn bhawa saya disuspek de hepatitis C tetapi blom disahkn kerana 1 mesin de detect ,lagi satu mesin tidak detect. Jadi, adakah kemungkinan saya betul2 ade penyakit tersebut? Sbb yer saya bce mengenai hepatitis C berkaitan dengan hati.
ReplyDelete