We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Tuesday, December 10, 2013

Resepi Kuah Durian

Assalamualaikum.

Hello everyone. Penat ni. Baru balik dari cycling. Dah lama tak mengayuh basikal memang semput habis. Mulanya saja je nak pusing-pusing naik basikal. Sekali ibu kata beli lauk dekat gerai depan tu. Kalau rajin pergi dekat Restoran yang selalu ibu beli lauk tu. Aku pun boring, pergi lah dekat Restoran Mesra Selalu tu. Jauh jugak la kalau naik basikal. Haha. Kalau naik motor dekat je. Ketaq kaki tangan bawak basikal jauh-jauh. Dah sampai tu aku pergi lah beli santan RM2. Cadangnya nak buat kuah durian. Durian berlambak dekat rumah abah beli baru-baru ni. Lepas tu pergi beli lauk pulak. Balik-balik tu memang penat. Berpeluh-peluh semua ada. Dah mandi apa semua dok rileks kejap aku google resepi nak buah kuah durian. Tak tau buat pun sebenarnya. First time buat. So terima kasih la dekat Encik Google eh. Hehe.

Ini bahan-bahan yang aku bubuh untuk buat kuah durian :

  • 6 ulas isi durian
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 atau 3 cawan air
  • Secubit garam
  • 3 atau 4 sudu gula
  • 1 helai daun pandan (Nak bubuh boleh tak nak bubuh pun boleh. It's up to you)
* Bahan-bahan yang ada ni terpulang dekat korang nak bubuh banyak mana. Ikut citarasa korang. Simple je buat kuah durian ni *

Cara-cara memasak :
  • Masukkan kesemua bahan. Gunakan api yang sederhana.
  • Kacau sehingga menggelegak.
  • Lebih kurang 15min hingga 25min.
  • Sedia untuk dihidangkan.
  • Selamat mencuba. Korang nak hidangkan dengan apa pun boleh. Nak makan dengan Serabai ke, roti Gardenia ke, roti jala ke. Apa-apa je lah mengikut citarasa korang.
Sedap dimakan bersama roti Gardenia.

Inilah hasilnya. Sedappp.


   


Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

2 comments:

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)