Assalamualaikum.
Nak cerita serba sedikit mengenai beberapa susu ni. Bulan lepas masa dalam perjalanan ke Hospital nak menziarah officemate yang baru melahirkan anak sulungnya, sempat aku dan my lady bos bersembang beberapa topik sementara nak sampai. Perkara paling 'hangat' ialah mengenai SUSU. Susu apa? Ha korang jangan nak merepek macam-macam. Susu ni sebenarnya bagus untuk tubuh badan korang. Janganlah takut sangat nak minum susu. Aku pon memang tak minum susu sangat sebenarnya. Tapi lepas dah dengar cerita my lady bos aku ni, start dari situ la aku dah mula rajinkan diri minum susu pagi @ malam. Lagi-lagi aku ni memang masalah perut dari dulu sampailah sekarang tak pernahnya habis. So kenalah cari solution nak menghilangkan simptom-simptom angin, kembung, cepat lapar, gastrik dan and so on.
Tips yang my lady bos aku berikan adalah, beli mana-mana susu ENSURE ataupun susu ENERCAL dan juga susu Horlicks. Masukkan 2 sudu besar susu ENSURE/ENERCAL dan 2 sudu besar Horlicks ke dalam bekas minuman korang, then shake dan minum. Senang kan. Dan boleh juga campurkan 1 sudu kecil Protein Amway untuk lengkapkan ketiga-tiga bancuhan tersebut. Lepas tu minum panas-panas memang syok. Dan terus terang aku katakan memang perot aku tahan lapar sampai ke petang. Tidak lagi seperti dahulu tak sampai pukul 10 pagi cepat je lapar lepas tu mula berbunyi terok. Lepas dah amalkan minum susu ni dengan bancuhan tersebut alhamdulillah my stomach is getting better. Sekarang kalau masuk je waktu rehat pukul 1 aku still boleh relax lagi tak macam dulu. Kadang-kadang balik rehat pon lambat sebab perot tak lapar lagi. Dan boleh kata kadang-kadang tak balik pon sebab tak lapar. Sangat menakjubkan!
Thanks to my lady bos sebab memperkenalkan benda ni dalam hidup aku. Dan thanks bagi sikit Protein Amway tu. Tunggu aku beli memang takde la sebab mahai sangat. Haha. InsyaAllah akan cuba consume susu ni walaupun banyak kena labur. Well benda baik is always MAHAL kan :P
Korang yang nak cuba bolehlah cuba. Aku tak menyesal beli susu ni mahal-mahal sebab bawak faedah kat diri aku.
Seriously aku sangat recommend Susu Ensure @ susu Enercal @ Protein Amway ni untuk korang yang ada masalah macam aku ni. Susu ni sedap dan tak berbau macam sesetengah susu yang lain. Susu ni boleh dikatakan kena la dengan tekak aku berbanding yang lain. Bau pun bau Vanilla. Cara buat pun senang dan paling penting MENGENYANGKAN. Lagi sesuai untuk korang yang selalu acah-acah busy yang tak sempat nak breakfast bagai tu. Tapi seeloknya breakfast la dulu. Baru la tahan sampai ke petang. Hihi
Susu Ensure merupakan nutrisi lengkap dan seimbang yang dapat digunakan sebagai makanan tambahan. Dengan kandungan asam lemak esensia (Omega 3 dan Omega 6) dan rendah Kolesterol yang sesuai bagi mereka yang ingin mempertahankan pola makan yang baik. Susu Ensure juga mengandungi FOS yang merupakan serat prebiotik yang baik untuk saluran pencernaan kerana ia membantu mendorong pertumbuhan bakteria yang baik dan menekan pertumbuhan bakteria jahat. Malah, susu Ensure dapat digunakan untuk meningkatkan kalori dan protein bagi mereka yang sedang sakit atau dalam masa penyembuhan seperti pembedahan dan sebagainya untuk menjaga nutrisi yang baik dan membantu mempertahankan berat badan. Susu Ensure juga merupakan susu yang bebas gluten dan lactose. Ia tidak diperbolehkan untuk galactosemia dan tidak boleh untuk pemakaian parental (intravena). Anak-anak di bawah 4 tahun juga tidak boleh consume. Untuk anak kecil sebaiknya mengconsume pediasure sahaja. Nak tahu harga susu Ensure ni korang bolehlah menjengah pasaraya yang berdekatan dengan korang. Macam tin ni 400g di tempat aku harganya adalah RM26. Kalau yang tin besar dalam RM72 macam tu la. Ni yang first aku mula-mula beli dan try iaitu susu ENSURE.
Protein adalah sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh. Anda tidak boleh membuat protein. Ia mesti dimakan setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk menggantikan protein yang hilang setiap hari. Generasi baru protein NUTRILITE adalah lebih baik kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan bermutu yang ditanam dan dipetik dari alam. Ia unik disebabkan rumusan adunan tumbuhan sepenuhnya NUTRILITE. Ia terdiri daripada tiga adunan yang unik iaitu soya, gandum dan kacang pis bagi membekalkan kombinasi protein dan asid amino yang betul untuk anda yang lebih sihat. Bukan semua supplement protein dihasilkan sama. Bukan semua sumber protein boleh membekalkan sumber protein yang lengkap tanpa lemak tambahan atau kolesterol. NUTRILITE merangsang rasa kenyang, kemungkinan untuk anda makan di antara waktu makan adalah kurang kerana anda rasa kurang lapar.Satu hidangan NUTRILITE All Plant Protein Powder sahaja membekalkan 8 gram protein setiap hidangan 10gram dan merupakan alternatif yang menyihatkan berbanding sumber protein yang biasa seperti daging merah, keju, telur dan susu lengkap. Protein ni lebih kurang RM115.
Susu ENERCAL merupakan makanan tambahan berkhasiat yang seimbang secara saintifik. Ia membekalkan anda dengan binaan semua lakori yang fleksibel sebanyak 1.0 kcal/mL atau 1.5 kcal/mL iaitu kepekatan kalori tertinggi yang ada di pasaran. Susu Enercal membekalkan agihan kalori yang seimbang untuk Karbohidrat, Protein dan Lemak seperti yang disarankan oleh Malaysian Recommended Nutrition Index (MRNI). Ia juga rumusan serba guna dengan manfaat tambahan dan sangat sesuai untuk pesakit yang sedang pulih daripada penyakit kritikal, penyakit kronik, tercedera akibat kemalangan, anoreksia, kurang seimbang pemakanan, mereka yang tidak boleh mengunyah kerana masalah gigi, mereka yang sedang pulih daipada trauma atau jangkitan, mereka yang dikawal pengambilan makanannya, dalam proses pemulihan, golongan tua dan individu berpenyakit seperti penyakit jantung koronori, dan kanser. Harga susu ni di area tempat aku adalah RM58 macam tu la untuk tin besar. Kalau tin kecil
Campurkan susu then goncang dan MINUM :p
Tweet
terima kasih diatas tulisan ini,kali pertama nak cuba minum susu..ternyata penerangan dlm blog ini lengkap dan terbaik..sambil tu cuba sekali dgn nutrilite..mungkin ini gandingan hebat utk kesihatan yg berpanjangan.sebarkan kebaikan inshaAllah sgt bermanafaat utk org lain..Jazakillahu kahairan ats perkongsian ilmu.
ReplyDeleteSalam, susu enercal 58 je? I beli kat guardian ipoh harganya 72😂 u beli katne tu yunk
ReplyDeleteWsalam. Aah. Ni beli dekat kedai ubat cina. Haha. Memang murah sikit sini. Dekat Sitiawan
Deletenak tnya susu ensure atau enercal tu boleh diminum oleh pesakit gastrik tak??
ReplyDeleteBoleh je. Saya pon ada gastrik okay je minum. Kenyang
DeleteKalau ade gerd bagaimana boleh minum ke susu ensure tu?
ReplyDeleteNak tanya klu yg mengalami kegemukan boleh minum x..sya nk try tuk kawal tahan lapar..bileh bg pencerahan
ReplyDeleteHi kalau saya ada chronic gastric sentiasa rasa kenyang dan tak boleh makan banyak. Prefer susu ensure atau enercal?
ReplyDeleteKalau kronik.. Susu enercal.. Kalau untuk diet @ puasa elok susu ensure..
DeleteSaya kurang pasti dengan kesahihan halal produk susu ensure ni..boleh pastikan?
ReplyDeletekalau sehari berapa kali minum ye untuk susu enercal ni? dan waktu apa yg sesuai
ReplyDeleteNak tny..kakak sy tgh preggy..dia minum susu ensure ni. Xpa² ke?
ReplyDeleteni susu ni klo mkn boleh jd kurus or gemuk ye?baru nk try klo bleh xnk la gmuk sbb dh gmuk hihi
ReplyDeleteRide-on toys are particularly devised for children using
ReplyDeletetheir constant pleasure and love mind. Apparently,
only real HGH Injections possess a positive influence on a
persons body. The indoor playground equipment are meant for the usage in homes, whereas outdoor playground are been placed in relaxation clubs, parks, schools as well as daycare centers.
kalau untuk mengawal masalah kolestrol tinggi apakah susu yang paling sesuai dikonsumsi, untuk emak saya yang dah umur 89 tahun dia hari hari minum susu Ensure. dan kini ada pula susu ensure Gold. pls reply. thanks
ReplyDeletePening nak pilih antara susu ensure, enercal atau nutren optimum.. susah hati tgk anak sgt choosy bab makan ni
ReplyDeleteTerbaik susu ensure..sy pn amalkn nie..nmpk power badan..vitamin mineral lengkap..ada prebiotik n omega3..
ReplyDeleteI and also my friends ended up analyzing the great items from
ReplyDeleteyour site and all of a sudden I had a terrible feeling I had not thanked the blog owner for those secrets.
Most of the ladies had been consequently thrilled to see them and have in effect definitely been making the most of them.
Appreciate your simply being very helpful and then for deciding on certain wonderful useful guides millions of individuals are really wanting to know about.
My very own sincere apologies for not expressing appreciation to you
sooner.
Does your site have a contact page? I'm having
ReplyDeletetrouble locating it but, I'd like to send you an e-mail.
I've got some suggestions for your blog you might be interested in hearing.
Either way, great website and I look forward to seeing it expand
over time.
I?m impressed, I must say. Seldom do I encounter a blog that?s both equally educative and engaging, and without a doubt,
ReplyDeleteyou have hit the nail on the head. The issue is an issue
that too few men and women are speaking intelligently about.
Now i'm very happy I found this in my hunt for something concerning this.
Susu ensure ni boleh jadi gemuk tak? Sbb saya ni gemuk. Tapi ada gastrik
ReplyDeleteSaya dah gunakan susu ensure gold ni selama 3 bulan, terdetik pula nak tau pengunaan air mcm mana eyh? adakah kita gunakan 100% air panas? tkt pula zat2/mineral yg ada dlm susu tu tak mcapai maksima..biasa nya aku campur air suam jer laa..minta pjelasan cik..tq.
ReplyDeleteslm
ReplyDelete