KISAH 1 :
Anas bin Malik r.a. berkata : "Suatu hari, Zahir - seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yg lain, 'Zahir ialah org Badwi yg merupakan sebahagian drpd kita, dan kita pula adalah org kota yg akan selalu menyayanginya.' Rasulullah s.a.w. sendiri sgt menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yg kacak dan tampan.
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. menghampiri Zahir yg sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zajir yg x dpt melihat org yg mendakapnya pun berkata, 'Siapa ini? Lepaskan aku !' Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa org yg mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dgn itu, Zahir membiarkannya agar didakap terus oleh insan agung yg terpilih, Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, 'Siapakah yg hendak membeli budak ini?'"
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)
KISAH 2 :
Hassan Al-Basri berkata : "Seorang perempuan yg sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w. sambil berkata , 'Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.' Baginda pun menjawab, 'Wahai Ummu ! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.' Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.
Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya, 'Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman : SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN ISTERI-ISTERI MEREKA DENGAN CIPTAAN ISTIMEWA, SERTA KAMI JADIKAN MEREKA SENTIASA DARA (YANG TIDAK PERNAH DISENTUH), YANG TETAP MENCINTAI JODOHNYA, SERTA YANG SEBAYA UMURNYA. (Surah al-Waqiah ayat 35-37)'"
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)