We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, May 20, 2012

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan

Assalamualaikum semua..Apa khabar..Lama dah orang tak tengok blog ni..
Dah berhabuk agaknye..ye dak ? haha..
Almaklumlah bz sangat..
Actually budak2 diploma cuti dua bulan lebih..
Tapi orang cuti dalam 3 minggu macam tu sebab buat intersesi ataupun shortcourse..
Alhamdulillah paper final exam hari tu tamat 16 hb 5 minggu lepas..Iaitu paper LAW 346..
Orang ambil 2 paper..satu lagi paper MAF 280..
Final exam 14 hb 5..
So sekarang dah habis kedua2 untuk 2 subjek ni..
Tinggal nak tau result je..
Harap2 la boleh lepas dua2 subjek ni..
Yela dah bayar mahal RM200 untuk 1 subjek..
Bayangkan orang amik 2 subjek dah RM400 termasuk dengan bayar duit kolej RM100..
Total RM500..So benda dah buat..
Harap boleh dapat yang terbaik untuk dua2 paper ni..
Doakan saya ye =)
Okay berbalik kepada entry atas ni..
Hari ni iaitu hari Ahad yang bertarikh 20/5/2012, parents orang ajak pegi mandi sungai..
Dah lama rasanya tak mandi sungai..
Dulu orang ajak parents orang pegi tapi diorang bagi alasan hujan la apa la..
So hari ni dapat jugak pegi mandi sungai dekat Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar..
Suka mandi dekat sini..Air sungai yang cantik dan bersih..
Lagi satu sejuk..
Memang lama gila la berendam tadi tengahari..Nak dekat 2 jam..
Bertolak dari rumah dalam pukul 9..Then pegi breakfast dekat Restoran Khassmier..
Restoran ni selalu abah orang bawa p makan kalau otw nak balik rumah opah..
Sedap pun sedap..Biasa la mamak..
Sangat sedap..Kalau tak percaya pegi la rasa tengok..
Then lepas breakfast kami pun bertolak pegi..Nak dekat 10.30 macam tu sampai la kat Hutan Lipur Ulu Kenas..Pastu round2 jap cari tempat mandi..Kami pegi waktu pagi..
So tak ramai la orang..Tu yang seronoknya..
Kalau ramai pun tak best jugak kan nak mandi..
Pusing punya pusing at last mandi kat tempat biasa..
Memang best la port yang abah pilih tu..
Dah sampai2 tu orang terus masuk dalam air..Yela dah lama tak mandi sungai la katakan..
Pastu menjerit..Mana taknya dah la time tu pagi..Memang la sejuk kan..
Orang relax dulu..Lama2 baru la kurang sikit rasa sejuk..
Nak dekat 2 jam orang, adik ngan parents orang mandi kat sungai tu..
Orang ngan adik orang ikut je mana abah orang pegi..
Abah orang bawak pegi tempat yang deras sikit air dia...
Yang kat celah2 batu tu lebih kurang macam jeram n air terjun la jugak..
Memang seronok..
Tapi kena pandai jaga la..Kaki kena pijak betul2 kat batu sebab air kat blah situ memang deras...Orang tak tau macam mana abah ngan adik orang boleh tahan pakai kaki..
Orang yang duduk kat situ pun rasa macam nak hanyut dibawa arus..
But seriously BEST !! :D
Abah orang panggil ibu orang suruh join sekali kat blah air yang deras tu..
Ibu orang pegi..
Tapi ibu macam takut2..
So abah pegi dekat ibu n pegang tangan ibu n bawak ibu pegi dekat kitorang..
So sweet..Hihi..
Memang dalam 2 jam tu keja mandi kat situ je..
Sebab air yang deras n sejuk..
Rasa macam tak nak balik pun ada..
Tapi agak la..
Dah 2 jam kan..Kena la balik..Lagipun time tu nak dekat Zohor dah..
Dalam pukul 1 lebih macam tu lepas dah habis salin baju apa semua kami pun beransur pulang..
Tapi bukan pulang ke rumah..
Kami singgah dulu rumah opah dekat Kampung Paloh, Bota, Perak..Tak lama pun perjalanan..
Cuma kami round2 je nak cari makan bawak balik nak bagi dekat opah..
Before pegi rumah opah, abah dengan ibu ajak pegi makan cendol pulut..
Waahhhh lepas2 mandi sungai dapat pekena cendol memang best..
Sedappppp...Selain cendol orang pesan la jugak mee sup..
Perghhh terbaik la..Sangat sedap..
Memang hari ni je keje makan je la orang..
Lepas makan tu terus gerak pegi rumah opah..
Then petang tadi lepas Asar kami pun minta diri nak balik rumah..
Otw nak balik rumah tu singgah pulak kedai makan ni dekat area2 Manjung..
Orang, ibu n adik pesan nasi goreng kampung..Abah pesan yong tau fu..
Serius kalau korang makan kat sini korang takkan menyesal..
Sebab sangat sedap..Abah suka bawa kami makan dekat sini..
That's why orang kata..Memang hari ni hari makan je..Sebab memanjang je orang makan..
Dah habis makan kami pun balik la rumah..
Sampai rumah nak dekat pukul 6.30 petang..
Conclusionnya orang nak cakap yang hari ni orang happy sangat..
Thanks ibu n abah sebab bawak orang n adik jalan2 hari ni..
N nak mandi sungai pun dapat..
I'm so happy today =)
Kat bawah ni korang boleh la tengok gambar2 yg orang tangkap..





































Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)