Salam buat semua rakan pembaca dekat blog ni..Hari ni nak kongsi satu benda..Benda apa ?
Citanya pasal Kebaikan Menderma Darah..
Apa perasaan korang bila sebut pasal derma darah ? Adakah korang takut, suka, ataupun tak suka ?
Kalau aku jawapannya adalah suka..
Tau kenapa ? Actually aku pun tak tau kenapa..
Aku start derma darah ni masa aku part 2 lagi kat UiTM Arau..
Masa tu bila tengok ada orang derma darah aku rasa perasaan nak tau macam mana rasa nak derma darah tu makin membuak-buak..Teringin nak tau macam mana rasa nya derma darah..
Actually bukan sakit mana pun derma darah ni..
Kita patut rasa gembira sebab kita dapat bantu orang yang memerlukan darah..
Alhamdulillah hari ni masuk kali ketiga aku dah derma darah..
Rasa takut tu dah tak da dalam diri..
Korang yang mana rasa derma darah ni menakutkan actually salah tanggapan korang tu..
Cuba korang try dulu..Tak tau la kan lepas korang dah try tu korang still takut ke apa..
Bagi aku seronok derma darah..
Masa korang nak derma tu first sekali korang kena isi borang dulu..
And then nurse tu akan check berat korang n ambil sikit darah korang melalui jari..Yela nak tau korang darah apa..Macam aku darah aku adalah O..
Lepas tu check tekanan darah and lastly ada satu medical assistant ni akan bagi korang makanan..
Kalau yang before nak derma darah tu, dia akan tanya samada korang dah makan ke belum..
Kalau belum silalah makan apa yang diorang bagi tu before menderma..
Tak rugi pun :)
Macam pagi tadi aku cakap aku makan coklat je untuk sarapan..
Then nurse tu cakap minum air sikit and makan roti..
Aku just minum air je..Sebab tak rasa lapar lagi..So minum air laici tu before melakukan derma darah..
Tak lama pun la masa yang akan korang ambil..
Apa-apa pun percayalah cakap aku..Try dulu..N the best thing macam gambar kat baawah ni..Dapat sijil dari hospital tu..Bangga tak ? hahaha..
Sekarang koleksi sijil baru dua..InsyaAllah masa akan datang akan lebih banyak :D
Nak share benda ni dengan korang..Kebaikan derma darah..Aku share dari satu website ni..Bacalah :)
Sebagaimana yang telah dijelaskan
bahawa hukum menderma darah itu adalah harus. Bahkan menderma darah merupakan
salah
satu perbuatan yang berkebajikan
dan sangat bermanfaat kerana terselindung di sebaliknya konsep tolong-menolong sesama
saudara Islam. Menderma darah juga suatu amalan yang mulia kerana seseorang
yang menderma darah itu tidak mengharapkan
sebarang balasan, khususnya
daripada segi kewangan ataupun material. Sekalipun hanya sebagai derma ataupun
sumbangan
sahaja, namun janganlah ia
dipandang sebagai sesuatu yang sama sekali tiada mendatangkan keuntungan. Seseorang
yang menderma darah pasti akan menikmati kepuasan hati kerana telah
menyelamatkan nyawa lain dengan darah yang telah didermakannya. Perlu juga
diketahui bahawa setiap satu pendermaan keseluruhan darah (whole blood) boleh menyelamatkan
sehingga tiga nyawa. Selain itu, penderma darah akan mendapat manfaat kesihatan
sebagaimana yang telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya seperti
berikut:
Menawarkan
pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.
Memberikan
maklumat mengenai pendidikan kesihatan.
Menggalakkan
seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Hasil daripada proses menderma darah
dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya
menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel
darah dalam badan akan berkurangan,
yang mana akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru
bagi menggantikan darah yang telah hilang.
Menderma
darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan
dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.
Kajian
mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam
tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu
pertiga.
Ini
adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang kerap atau
berulang-kali menderma darah. Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi
penderma darah, mari kita
perhatikan ganjaran dan balasan duniawi dan ukhrawi yang lain yang bakal diraih
daripada perbuatan menderma darah berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
Dalil mengenai ganjaran atau
balasan daripada menderma darah ini diambil secara umum daripada sabda
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam yang dikhabarkan
daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:
Maksudnya: “Seorang
muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat
aniaya dan menyakiti
saudaranya
tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) hajat saudaranya, maka Allah
pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu
kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di
antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib)
seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”
(Hadits riwayat al-Bukhari) Menderma
darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud melepaskan kesusahan orang Islam
yang berhajat kepada penambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu mendapat
jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai jaminan,
antaranya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ditunaikan hajatnya,
dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada
semasa di dunia atau di akhirat kelak. Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan
menerima darah itu adalah harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada
kedua-dua pihak, sama ada yang
menderma atau yang menerima, dengan mengambil kira nasihat daripada pakar
perubatan bahawa hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk menyembuhkan
atau menyelamatkan nyawa pesakit.
Ganjaran dan balasan yang
dijanjikan di dunia dan di akhirat, seperti yang disebutkan dalam hadits
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, sewajarnya
membuka hati mana-mana individu agar giat menyumbang atau menderma darah bagi
kepentingan
individu yang lain.
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)