Hello peoples ! Kali ni aku nak cerita something pasal MAKANAN..
Cuba cakap kat sini siapa yang tak suka makanan? Cepat! Aku nak banned orang tu..HAHA..Tipu la kalau korang tak sukakan makanan..Dah tu kalau korang tak suka makanan hari-hari korang makan apa? Batu, pasir?
Okay berbalik pasal cerita makanan..Semua orang mesti ada yang suka dan tak suka?
Am I right? Setengah orang ni dia suka makan hat tu, setengah orang ni tak suka makan yang tu..Itu kehendak masing-masing la..
Tak semua orang makan apa yang kita makan..Betul tak murid-murid?Ehee
Okay kali ni aku nak share la sikit apa yang aku paling suka makan dan paling tak suka makan..Korang perhatikan gambar kat bawah ni..
Aku paling suka kalau dapat makan ulam-ulam yang dicicah dengan sambal belacan..Perghhh nikmat tu tau dak?
Nak cerita sikit la..
Dulu aku bukan jenis yang suka makan sayur, makan ulam..
Tapi ntah macam mana kan satu hari tu aku teringin nak rasa..Aku pun rasa la..
Mungkin sebab selalu tengok ibu dengan abah makan aku pun makan la..Sejak dari tu aku suka makan sayur-sayur n ulam-ulam ni..
Buat korang yang tak makan sayur ni, bawak-bawak la makan sayur..
Tak mati pun la makan sayur tu..
Lagipun sayur dan ulam-ulam kan sangat berkhasiat..Tak caya sudah :P
Sekarang nak dekat pukul 3 pagi..
Aku dok mengarut cerita pasal makanan..Saja nak bagi korang terliur..Ekekeke :D
Jeng jeng jeng......
Korang tau ni apa? Ni namanya jering..Sedap tau..
Lagi-lagi kalau dapat makan dengan sambal belacan..Perghhhh..Sedapnyaaa..
Ni kacang panjang..Pun favourite
Yang ni pulak namanya pegaga..
Ni ulam raja..
Kalau korang nak tau yang ni memang favourite aku..
Kalau boleh ada benda ni tiap-tiap hari pun tak pe..Aku sanggup..Haha
Petai
Yang ni pun salah satu kesukaan aku..Kangkung belacan..Yummyyy
Ni pucuk paku
Hah ni kalau tak da memang tak sah..Sambal belacan..
Ni makan dengan apa-apa ulam pun sedap..WAHHHH..Terliur ceq..
Ni tau apa dia? Sambal dan tempoyak..Ni kalau gaul sambal n tempoyak jadi la sambal tempoyak..Sedap..Ce try..
Pendek cite bagi la kat aku apa-apa ulam pun aku makan..Asalkan ada sambal belacan..
Kalau tak da sambal belacan memang aku tak makan..haha..
Dan sambal belacan tu aku suka ambil banyak-banyak letak kat benda yang aku nak makan sekali..Pernah sekali tu ibu bising cakap kat aku ambil sikit-sikit sudah..Pedas tu..eheehee..Kan dah kena marah :P
Ni namanya aiskrim vanila..Apa-apa saja yang berkaitan dengan aiskrim dan vanila memang kegemaran aku..Aiskrim ni aku boleh makan tiap-tiap hari..Tak caya tanya ibu aku macam mana aku kalau dapat aiskrim..haha..
Bukan aiskrim vanila je aku suka..Aku suka aiskrim keladi, strawberi, dragon fruit and aiskrim rainbow..Sedapnyaaaa..I wish kalau sekarang ni boleh dapat aiskrim..Nyum nyum nyum..
This one cheesecake..Sapa makan ni angkat tangan..eheee..
Aku ni gila cheese..Macam tikus suka cheese..haha..
Nampak tak atas tu ada strawberi..Sedap kan kalau dimakan..Omnomnom ^.^
Kalau g KFC benda ni memang aku suka..Aku tak ambik kentang putar..
Tapi pesan dua-dua tu tukar jadi Coleslaw..Dulu masa time-time sekolah dulu aku tak suka benda ni..Tapi bila dah makin meningkat umur makin suka pulak kan..haha
Ni kalau kat Arau kalau g C-Mart wajib beli coolblog ni..
Perisa yang selalu aku beli Oreo Vanila..Sedap tau..
Aku ni memang penggemar vanila..Apa-apa mesti vanila..
Paling tak suka coklat..
Aku pun tak tau kenapa..
Tapi aku dengan coklat memang tak da taste..
Bukan tak suka terus coklat..Tapi tak suka makan sangat..
Ikan keli! Favourite aku :D .. Kalau hari-hari berlaukkan ikan keli pun tak pe..
Tau tak bila aku start suka ikan keli ni? Sejak aku masuk UiTM Arau nilah..
Sejak tu aku kenal ikan keli..Dan sejak tu ikan ni jadi favourite aku..
Sedappp woiii..Tapi biasa la ikan ni mahal sikit kan..Tengok la saiz dia macam mana..
Selalu kalau aku ambil dengan nasi dalam RM3.50 la jugak..
Teh ais..Pegi mana-mana mesti nak teh ais..
Teh tarik..Pun sedappp..Teh tarik satuuuu
Char Kuey Teow..Lagi-lagi bila ada letak hirisan cili hijau tu perghhhh sedappp..
Chicken chop..Benda ni bukan boleh makan selalu kan..
Sebab harga dia mahal sikit..Bawah RM10..Kalau korang kaya makan la tiap-tiap hari..
Tapi yang ada dapat penyakit la..HAHA..
Aku suka ayam..Tapi kan tak bagus makan ayam tiap-tiap hari..Yela ayam sekarang bukan macam ayam dulu..
Milo ais..Favourite saya dari kecik..Saya membesar dengan milo..
Nasi goreng kampung..Nyum nyum nyum..Enak dimakan..
Aku suka sangat dengan nasi ni..Sebab bagi aku nasi ni unik..Bersalutkan telur..
Bukan saja unik tapi sedap..Kalau g kedai selalu la jugak mintak nasi goreng pattaya ni..
Nasi goreng sotong..Yang specialnya sotong tu..Sebab aku ni boleh juga la dikatakan penggemar sotong..
Sotong goreng tepung..Rasanya majoriti suka sotong goreng tepung ni..Sedap dimakan :)
Dalam banyak-banyak makanan aku paling tak suka bawang..Kalau yang dah ditumis tu tak pe la sebab bukan nampak pun kan..Tapi kalau yang betul-betul goreng and so on tu memang aku tak suka..Ibu selalu cakap kat aku kenapa tak suka makan bawang..Bawang lah bagus untuk kesihatan..Tapi aku tetap tak suka..Kalau bawang goreng aku boleh terima lagi..
Kentang goreng..Untuk pengetahuan korang aku paling benci dan tak suka kentang dan apa-apa sahaja la yang berkaitan dengan kentang..Ramai yang kata aku pelik sebab aku tak makan kentang..Tapi nak buat macam mana..Itulah hakikatnya..
Cuba korang, kalau orang paksa makan benda yang korang tak suka..Korang nak ke makan? Tak kan? Macam tu jugak aku..So yang mana offer aku kentang goreng ke apa, harap maaf aku tak makan..Bagi aku kentang goreng sangatlah tak sedap..Sekian..
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)