Doa merupakan ibadat rohani yang paling besar ertinya di mana makhluk merasakan betapakah kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, setelah dilakukan ikhtiar mengikut sunnah alam kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang mengharapkan sesuatu dari Allah yang Maha Agung.
Cara-cara Berdoa :
1. Bersungguh-ssungguh semasa berdoa itu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa.
2. Menghadirkan segala jiwa raga, khusyuk, menghinakan diri di hadapan Allah s.w.t kerana Allah tidak
menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa.
3. Hendaklah makanan, minuman dan pakaian berasal dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu
baik dan tidak menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan
memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan supaya memperbanyakkan menyebut Asmaul-Husna dan dimulai dengan bertaubat, istighfar,
Hamdalah serta selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu.
Sifat Doa :
1. Mengangkat kedua tangan sehingga separas dengan bahu. Nabi Muhammad s.a.w mengangkat tangan
sehingga nampak putih ketiaknya.
2. Kedua tapak tangan hendaklah terbentang ke atas.
Adab Berdoa :
1. Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan : "Ya Allah, ampunkanlah
aku sekiranya Engkau inginkan."
2. Mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu.
3. Menapak tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan
mengarah ke bawah.
4. Berdoa dengan suara perlahan.
5. Memuji Allah s.w.t serta berselawat terhadap Rasulullah s.a.w sebelum memulakan doa.
6. Baik sangka terhadap Allah s.w.t
7. Mengakui bahawa kita adalah seorang yang berdosa dan bersalah.
8. Memulai berdoa untuk diri sendiri, umpamanya, memohon keampunan dosa diri sendiri, kemudian
saudara-mara yang beriman.
Doa-doa yang Makbul :
Doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan berikut :
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua orang tuanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa yang Makbul :
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Sumber : Buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)