Korang tau apa itu HablumminAllah dan apa itu Hablumminannas ? Hah meh sini nak cerita sikit dan bagi ceramah dengan korang. Hihi. HablumminAllah ni hubungan dengan Allah manakala Hablumminannas ni hubungan dengan manusia.
Boleh kata ramai yang terlalu bagus dengan HablumminAllah tapi ramai jugak yang failed terribly dengan Hablumminannas ni. Sebab apa? Sebab kegagalan kita dengan hubungan sesama manusia lah yang membuatkan kita muflis masa kat akhirat nanti.
Walaupun hubungan dengan Allah kita jaga, tapi tak guna jugak kalau hubungan sesama manusia kita tak jaga. Betuk tak? Kita asyik dengan mengata orang, mengumpat, sentiasa bersangka buruk. Adakah itu namanya menjaga hubungan? Kita suka menyakitkan hati orang, lukakan hati orang sekeliling, menghina dan memandang rendah terhadapa orang lain? Persoalannya perlukah begitu? Islam tidak mengajar kita jadi seperti itu. Tidakkah anda tau bahawa dengan kita berbuat begitu, kita hanya akan membuat orang berkecil hati dan terasa hati dengan sikap kita.
Sebab itulah lebih banyakkan berdiam diri daripada banyak bercakap. Kerana kita tak sedar kadang-kadang perbuatan, sikap, kata-kata kita boleh buat orang terasa hati dengan kita. Even kalau kita tak marah pun, dengan bercerita hal-hal seseorang kepada orang lain, mungkin orang yang mendengar apa yang kita cakapkan itu akan memberikan persepsi yang buruk tentang seseorang. Tidakkah anda terfikir bahawa dengan bercerita hal-hal buruk akan menyebabkan hubungan sesama manusia itu berpecah-belah malah mungkin membawa kepada memutuskan hubungan sesama manusia?
Memang ada betulnya bahawa mengata itu harus, tetapi cerita yang macam mana yang kita boleh cerita? Hanya cerita kemungkaran kepada Allah sahaja dengan alasan kita nak selamatkan orang itu daripada tersasar lebih jauh, dan dengan harapan apabila kita cerita akan ada idea mahupun pandangan atau tindakan untuk menyelamatkan sesorang itu daripada tersasar dengan lebih jauh. Itu saja. Hal-hal yang lain adalah lebih baik didiamkan. Mengadu dekat Allah kan lebih baik.
Kesimpulannya, janganlah hidup dengan tujuan asyik nak mengata orang saja. Orang lain pun ada perasaan. Cuba kalau kena kat diri sendiri, hah macam mana pulak? Fikir-fikirkanlah. Senang nak masuk syurga dan senang juga nak masuk neraka. Jagalah mulut dari berkata perkara yang tidak elok. Jagalah aib orang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sama-samalah kita jaga diri kita dari melakukan perkara yang DIA tak suka. Jagalah hubungan dengan Allah begitu juga hubungan sesama manusia. Sama-sama muhasabah diri kita. Islam itu mudah. Jangan menyulitkan ia. Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Firman Allah SWT :
“...Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia...”
(Ali Imran: 112)
Tweet
Satu artikel yg menarik malah ia merupakan tuntutan islam yg selalu terlepas pandang oleh kebanyakan orang yg tidak betul betul menyelami tuntutan Allah. Semunya terkandung didalam al quran cuma kebanyakan orang tidak tahu kerana asyik mengaji al quran dan mengaji tajwid dsb tetapi tidak paham maksud al quran.....subhanallah. apa gunanya membaca al quran tanpa memahami maksudnya? Cuma dapat la pahala membacanya yg mana kebanyakan orang cari......ingat, apa sahaja kebaikan yg kita buat bukan utk pahala tetapi kerana Allah......surah wal asri....bukan menceritakan tentang masa tetapi menceritakan bhw semua manusia , setiap masa, adalah dlm kerugian kecuali orang orang beriman dan beramal saleh dan berpegang kpd kebenaran dan kesabaran.....sgnt simple tetapi boleh dielaborat kan sangat panjang. Ingat, kita hanyalah hamba..hamba tidak meminta gaji / balasan semuanya terserah kpd Nya......akan bersambung
ReplyDeletealhamdulillah....sy bangga ada anak muda seperti awk yang perjuangkan syait Islam ....terima kasih pertahankan agama kita ini...insyaAllah...
ReplyDeletegood
ReplyDelete