We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Thursday, May 16, 2013

Fenomena Cinta

Hai boleh saya nak berkenalan dengan awak? Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak tu. Dah lama saya perhatikan awak. Awak ni budak baik dan saya tertarik dengan cara awak yang sopan santun tu. Saya harap kita boleh berkenalan.

Terima kasih awak sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya dan menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya yang mungkin untuk menjaga awak dan mengikut syariat. Saya tau saya bukannya baik sangat, tapi saya janji saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk awak.

Awak ingat tau pesan saya. Bila awak keluar rumah jaga aurat, pakai tudung, jangan pakai baju yang ketat-ketat sangat. Jangan bagi orang nampak aurat tu. Lepas tu kalau awak keluar dengan kawan-kawan awak tu, awak telefonlah saya bila awak dah sampai rumah. Saya risau kat awak. Takut apa-apa terjadi kat awak.

Awak, kenapa ni tak telefon saya pun. Saya risau awak keluar lama-lama tau tak. Ya, saya tidak ada hak kat atas diri awak, tapi saya tak taulah kenapa saya risau sangat kat awak. Saya tak tau nak kata macam mana, kita dahlah tak pernah jumpa, tapi kan saya rasa macam awak ada kat depan saya. Mungkin ini yang orang kata cinta kot. Awak cintakan saya tak? Awak tak nak bagitau ya. Tapi saya tau awak cintakan saya. Dari cara awak ambil berat terhadap diri saya, awak risaukan saya, semua ni membuktikan yang awak sayangkan saya. Betul tak?

Awak, selain keluarga awakkan, awak sayang siapa lagi ya? Siapa saya dalam hati awak?

Awak, dari kawan kita cuma panggil saya awak je kan, macam saya tak istimewa untuk awak. Saya teringin juga nak jadi macam kawan saya tu, panggil makwe dia ayang. Bolehlah, bukan salah pun, cuma panggilan kan. Terima kasih ayang.

Ayang, kadang-kadang saya tengok ayang macam tak percaya saya je. Iyela, saya cuma tanya ayang pakai apa je kan. Itu pun ayang tak nak bagitau. Bukannya saya nak buat apa-apa pun dekat ayang. Hehe. Terima kasih ayang sebab bagitau. Makin sayang saya dekat ayang.

Ayang, saya nak ayang tau, ayanglah segala-galanya buat saya, ayanglah pemberi semangat untuk saya. Ayang, saya harap ayang dan saya tidak ada rahsia lagi ye antara kita. Jangan risau. Ini membuktikkan yang saya ambil berat pasal ayang. Jadi, ayang jangalah risau ye. Saya janji yang saya akan jaga rahsia antara kita bila kita main mesej okay.

Ayang dah lama kita asyik main mesej je. Jadi apa kalau kita jumpa nak? Boleh kan? Emm ayang bawaklah kawan-kawan ayang kalau ayang malu nak jumpa sorang-sorang dengan saya. Terima kasih ayang sebab ayang setuju dengan permintaan saya ni.

Terima kasih ayang sebab panggil saya dengan panggilan abang. Dah lama abang tunggu saat ni. Abang tau, kita tak boleh nak paksa dalam sesuatu perhubungan sebab tu abang tak nak paksa ayang panggil abang. Abang nak sayang ikhlas lakukan semua ni.

Ayang, kenapa buat macam tu? Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang? Ayang tak percaya eh dekat abang?

Ayang, abang nak kita jumpa lagilah. Abang rindu ayang sangat-sangat. Abang nak ayang pakai baju yang abang belikan hari tu. Ala baju tu kan ikut fesyen terkini. Nanti taklah orang cakap ayang ketinggalan zaman. Ayang mesti pakai tau. Nanti ayang mesti nampak lagi cantik. Kita jumpa nanti, ayang datang sorang je tau.

Ayang, abang minta maaf dengan apayang dah terjadi tadi. Abang tersentuh jari ayang. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang sayang kat ayang. Terima kasih ayang. Emm betul cakap ayang. Tersentuh sikit tak apa. Lagipun abang bukannya sengaja. Makin dalam kasih sayang abang pada ayang. Ayang suka jumpa abang?

Ayang, abang sukalah tengok mata ayang. Cantik sangat. Muka ayang lawalah. Sejuk mata memandang. Ish is ish. Malu-malu pulak dia bila kita puji dia.

Abang nak romantik pun salah ke? Ayang suka tak abang romanntik macam ni? Tadi pun waktu kita jumpa, ayang dah berani tenung mata abang. Terima kasih sayang.

Ayang, abang nak tanya sikit boleh tak? Ayang cintakan abang berapa peratus? 50% je? Tak apalah. Mungkin abang belum cukup baik untuk bagi ayang cintakan abang sepenuh hati.

Ayang, abang nak tau rambut ayang panjang mana boleh tak? Abang kan selalu tengok ayang pakai tudung. So abang tak tau rambut ayang panjang mana. Ayang, abang ada satu permintaan. Boleh tak ayang bagi gambar ayang tak pakai tudung? Mesti cantik sangatkan. Bolehlah sayang. Gambar tu nanti abang akan jadikan wallpaper handphone abang.

Ayang cintakan abang berapa peratus? Apa? Ayang cintakan abang sepenuh hati? Terima kasih. I love you so much sayang.

Ayang, dah lama kan kita jadi pasangan kekasih. Dah enam bulan kan sayang? Jadi takkanlah abang nak pegang tangan sayang pun sayang nak marah. Ayang kan hak milik abang. Terima kasih sebab memahami abang.

Kata ayang cintakan abang sepenuh hati. Kalau ayang cintakan abang, apa buktinya?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.
 PEGANG TANGAN --> TERLANJUR --> TERBUANG ANAK --> TERKELUAR VCD LUCAH --> TERMALU TERTEKAN --> TERSEKSA --> TERPINGGIR

CUBA BAYANGKAN. JIKA SEMUA INI BERTERUSAN, MUNGKINKAH TERBUNUH DIRI?

SUDAH TU SEMUANYA TER KE?

KORANG BOLEH JAWAB SENDIRI OKAY.

SEMUANYA BERMULA DARI SMS YANG BERBUNYI : "HAI BOLEH SAYA BERKENALAN"

P/S : Renung-renungkan dan selamat beramal. *Kalau dah gatai sangat p kahwin senang cerita :P. Tak da lah terjadinya maksiat*



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

2 comments:

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)