Start dari bulan 6 until now. Debaran tak henti-henti. Sebab apa? 13/06/2015 aku p derma darah di Aeon Seri Manjung. Tup2 26/06/2015 dapat surat mengatakan yang aku kena p Hospital Seri Manjung. Depa dah buat temujanji untuk rawatan susulan. Dapat surat macam tu, apa lagi mau nafas tak naik turun. Hanya Allah saja yang tahu apa perasaan time tu. Tau je dapat surat tu terus call Hospital. Tapi sayang time tu Doktor yang incharge tak ada. So assistant dia suruh call hari Isnin.
Hari Isnin tu pagi2 aku call. Memang tak tenteram perasaan time tu. Terfikir kite ni ada sakit ke sampai suruh buat rawatan susulan. Call2 Doktor Nur Hidayah (Doktor yang incharge) dia kata Hospital kat Ipoh tu dapat detect dalam darah aku ada kuman. Aku pun macam tercengang. Kuman? Kuman apa pulak kan. Doktor tu terang dari A-Z. Lepas tu aku kena p hospital untuk diambil sample darah untuk dihantar ke PDN (Pusat Darah Negara). Sebab di sana lebih canggih diorang punya teknologi. Aku pun tak paham. Almaklumlah dah lama tinggal Bio. Haha. Katanya dalam masa sebulan call dia balik untuk tau result dah balik belum. Lama jugak aku tunggu. Sebulan lebih penantian.
14/08/2015, selepas je birthday aku, Doktor Hidayah call. Katanya result dah balik. Actually dah seminggu dah result sampai. Tapi masa tu dia kursus. So baru tengok. Awal jugak Doktor call. Pukul 8pg macam tu dapat panggilan. Time tu tengah siap nak pergi kerja. Nasib baik bos takda masa tu. Aku dah gelabah. Sebab kena g hospital. Bila tanya sebab apa, Doktor kata datang je hospital. Aku pun dengan cepat siap terus g hospital. Ingatkan boleh dapat la result. Sekali, kena ambil darah lagi untuk di hantar ke PDN. Tau tak jantung aku macam nak tercabut je bila Doktor tu call kata result dah keluar. Dia terang satu2 pasal result tu. Katanya satu test kata No reaction. Satu lagi weak reaction. So tak tau apa kumannya. Samada ada atau tidak. So conclusion kena repeat test ambil darah. Katanya kes aku ni special case sikit. And aku first person yang kena untuk teknologi baru bahagian unit darah. Aku pun tak tau apa nama dia. Tak paham sangat. Haha. Doktor tu pun tak tau depa ni saja nak test aku dengan pakai alat tu ka apa. Kiranya benda ni boleh check dengan lebih dalam in our blood, untuk kenalpasti apa masalah. Dua kali p hospital dah boleh kenal Doktor, MA and Nurse dekat situ. Siap boleh borak2 pasal jahit la, manik la. Pening aku. Haha.
Nampak gayanya kena tunggu lagi sebulan bermula dari tarikh tu. Penantian bermula lagi. Tak tau la apa keputusannya. Dan aku harap takdak apa-apa. Sebab aku still nak donate blood lagi untuk orang yang memerlukan. Aku takdak la rasa sakit ka apa. Tu aku pelik pasai pa machine tu boleh detect macam tu. So just think positive. Maybe that result takkan apa-apa. InsyaAllah. Think positive.
Tweet
Salam. Boleh saya tahu apa result darah awak? Risau juga sbb saya kena panggil temujanji after sebulan derma darah.
ReplyDeleteWsalam. Boleh tengok post entry saya yang bertajuk Akhirnya Ke Wad Juga. Result darah memang tak okay. Lepas satu-satu datang. And now saya telah di refer ke Hospital Ipoh untuk treatment.
DeleteSalam kak.. pada 2/8 saya ad derma darah di ikm lumut. pada 1/9 saya dapat call dari hospital manjung suruh sy pergi hospital pada 6/9.Nurse yang call sy cakap darah saya kotor. adakah sy kene penyakit macam akak jugakk ??.
ReplyDeleteWsalam. Tak semestinya. Kadang² benda tu sensitif. Apa² pon tunggu result dan info dari Doctor. Don't worry. InsyaAllah takde pape. Akak ni kes lain. Problem dari kecik. Baru tau bila dah besar
DeleteTQ atas perkongsian, sebab daya pon baru dapat surat dari pusat darah. Risau pulak.
ReplyDeleteInsyaAllah takde pape :)
Deleteapa cerita ye tuan tanah ni.saya pn baru dapat panggilan dri PDN.skang ni risau sgt
DeleteTengok entry yang the latest
DeleteAssalammualaikum kak siti , saya juga ada menerima surat daripada PDN . Bulan 3 lalu saya baru menderma darah , minggu lepas saya terima surat tersebut . Hari ni saya baru pergi ke PDN untuk analisis darah yang seterusnya. Result akan keluar sebulan dari sekarang. Ada apa2 tanda jika darah kita ada jangkitan ? Saya banyak baca entry mengenai surat daripada PDN . Walau macam mana pun saya tetap risau dengan keputusan yg bakal keluar . Sebelum ni saya derma darah , tiada apa pun berlaku . Tp kali ni PDN yang hantar surat kepada saya .
ReplyDeleteSaya pun kena tunggu sebulan...haiz
DeleteWaalaikummussalam. InsyaAllah takde pape tu. Ada tanda-tanda tertentu kalau ada jangkitan. Nanti kena rujuk dengan pihak Hospital. Kadang-kadang mesin diorang ada detect tapi kadang-kadang tak. Sebab tu kena buat confirmation. Sebulan jugak la kena tunggu.
Deletehi, boleh share result? I baru dapat surat untuk temujanji di pdn. Now risau sangat.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSuami saya juga kena situasi yang sama. ambik darah dah masuk 4 kali still masih taktau. dan tak pasti mmg betol doc x tau result sebenar atau die sembunyikan sesuatu dari saya. dia baru buat ct scan baru ni. 5/6 nt batu tau result.