Semalam (08/10/2015) adik aku suruh dok belanja makan. Kat sini (Manjung) dah banyak cafe bukak. Tapi tak berkesempatan lagi nak p. So semalam dah budak ni suruh belanja aku ajak la p makan kat Contract Cafe. Sebab Cafe kat sini sangatlah berpatutan harganya. Dan selalu asyik dok dengaq orang cakap ja.
Korang caya tak Chicken Chop harga dia RM5 sahaja. Aku ulang. RM5 sahajaaaa okay. Ayam dia pon besaq. Macam semalam kami dua makan Chicken Chop Bonanza. Only RM10. And you can get double chicken okayyyy. Seriously kenyang gila. First time aku dengaq adik aku kata kenyang. Aku siap bungkus Chicken Chop yang RM5 tu untuk parents aku.Yang RM5 punya pon dah besaq ni kan yang hat bonanza. Lagi double kenyang.
Korang² yang duduk Perak bolehla try makan kat Contract Cafe. Ada pelbagai menu kat sini. Dan semuanya murah² dan sedap² plus service tip top. Ni Cafe Melayu yang punya. Next time nak mai makan Spaghetti pulak kat sini. Spaghetti pun RM5 sahaja. Tak sabaq nak cuba! Yang nak tau location, location dia bersebelahan AEON Manjung dan belakang Ocean Bowl. Buka setiap Selasa hingga Ahad kalau tak silap. Jam 5 petang until 12 malam. Ni Facebook dia. Cubalah! Korang takkan menyesal. Sini hari² ramai orang. Semalam p pon nasib ada satu tempat kosong. Kalau dak jenuh nak tunggu.
P/S : Next time nak try makan dekat The Porch pulak. Wiwiwiwi. Sejak² ni asyik makan ja. Jadi jangan terkejut tengok aku yang semakin tembam. HAHA :P
Zaidah kata aku macam nak bunuh orang buat macam tu. Hahaha.
Chicken Chop Bonanza + Strawberry Float + Tea Strawberry
Semata-mata nak selfie nak pakai spec budak ni. Nerdy sangat Elya oiii
Ha makan jangan tak makan. Baru hang tau kenyang. Kalau dak selama ni makan tak pernah kenyang. Ni baru betoi kenyang
First time aku makan fries tu bagi habih. For your information, cheq memang tak makan kentang. Tapi adik aku tak nak, so sayang nak buang. Terpaksalah makan. Dan hakikatnya saya memang tak suka kentang :P
Nerdy boy. Opppss. Haha
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)