Seronok dapat sertai Pertandingan macam ni. Bukan untuk menang tapi untuk kepuasan diri untuk mencari fitness yang sudah sekian lama menghilang. Terus terang cakap tak menang pon takpe sebab tak mencari kemenangan. Saja nak have fun release tension. So berjaya la jugak event 2 jam challenge tanpa henti ni. Thanks kepada Sifu kami iaitu Kak Shila and Kak Awein. Juri diambil luar dari Kawasan Manjung. Ada 4 kategori. Kategori A-D (Boleh rujuk gambar). Aku dalam kategori A. So setiap kategori ada 6 pemenang dari 1-6. Dan ada 10 cabutan bertuah untuk peserta istimewa. Pokok kata aktiviti macam ni memang sihat. Suasana sangat meriah walaupun ada beberapa orang yang tarik diri disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Harap ada lagi aktiviti sebegini. Bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh malah dapat berkenalan dengan ramai orang.
Do Run. Do Dance. Do This. Do That. Do Everything.
Borang yang perlu diambil dan perlu dibayar terlebih dahulu.
Number giliran yang diambil. Aku la tukang ambik nombor ni sebab rumah paling dekat dengan Studio. Haha
Milik siapakah nombor² tersebut.
Selpi dulu sebelum pertandingan dimulakan.
Excitedddd
Bergambar atas pentas wajib sebelum Zumbathon!
Nilah muka² yang join.
Habis je Zumbathon, malam tu pulak ada event Bola. Manjung FA vs Kuala Kangsar FA. Husband Kak Aina main dalam match tersebut. So aku ni tukang teman je. Tengok tak de la sangat. Haha. Tapi seronok jugak bila pasukan yang kita sokong tu Menang. Lagi² 2-1. Haha
Keesokannya pulak (23/10/2016) Mira ajak join team dia hiking Bukit 300 Teluk Batik. Apa lagi mestila nak joinnnn. Lama sangat tak memanjat. Last panjat masa awal tahun. So excited dia lain macam. Kalau nak tau dekat Lumut ni ada 3 bukit. Orang panggil Bukit 3 beradik. Satu Bukit Engku Busu, Lumut. Satu Bukit 300, Teluk Batik. Dan satu lagi Vale Eco Centre, Teluk Batik. Bukit Busu ni memang mencanak la jugak kena mendaki je sebab menaik je sepanjang pendakian. Bukit 300 agak santai sebab ada mendatar ada menaik dan menurun. Dan paling syok pemandangan kat atas tu menarik. Siap ada table bagai. Dan Vale Eco Centre pulak quite fun sebab ada banyak cabang. Ada waterfall, ada Bukit Oren dan boleh turun direct terus ke Teluk Batik dan sebagainya. Dan percaya tak kalau aku cakap aku pernah sesat dengan adik aku kat atas waterfall tu. Haha. Gatal sangat nak panjat sampai atas sampai sesat. Nasib baik masa tu line telefon ada. Jadi kami patah balik mengikut arahan staff Vale. Banyak kenangan sebenarnya bila dah mula panjat bukit ni. Ia mengajar kita jugak macm mana nak cari stamina. Kali ni aku dah jumpa stamina aku. Dulu tak reti nak berlari atas bukit. Sekarang aku dah reti nak berlari. Yeahhhh.
Dah sampai atas takkan nak tengok je. Mestila kena bergambar ye dok.
Bukan selalu panjat bukit.
Dah semua sampai atas kitorang tibai panggil semua yang ada kat atas tu untuk bergambar walaupon tak kenal. Nampak tak. Boleh mengeratkan silaturrahim. Dari tak kenal jadi kenal. Termasuklah uncle and aunty mat saleh tu. Kagum dengan mereka. Umur diorang 58 & 59 tapi berjaya panjat sehingga ke atas. Menakjubkan! Dah setahun jugak diorang berada di Lumut. Ada rezeki kita bertemu lagi ye. Seronok sangat dapat hiking dengan korang. Korang² yang lain kalau nak memanjat bukit cari lah kawan² yang sama² gila nak buat aktiviti gila² mencabar macam ni. Baru syokkkk. Hehe 👍👍👍
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)