We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Monday, November 19, 2012

Adam dan Hawa

Assalamualaikum

Hai. Apa khabar blogger-blogger sekalian dan pembaca blog. Heee. 
Korang suka tak tengok cerita Adam Hawa?
Sekarang ni ramai yang tengok cerita Adam Hawa ni kan.
Dan aku salah seorang darinya. Haha. Best tau cerita Adam Hawa.
Even dah baca novel still nak tengok drama ni. Sangat-sangat best. Lagi-lagi ada Aaron Aziz a.ka Adam Mukhriz. Handsome sangat. eheee. Dan tak kurang jugak Nadiya Nissa pun cantik. Suka tengok lesung pipit Nadiya Nissa tu ataupun namanya dalam drama ni Ain Hawani. Sesuai sangat diorang pilih pelakon-pelakon ni.
Dulu aku macam tak da la tergerak hati sangat nak tengok Adam Hawa ni. Lepas tu aku suruh je lah adik aku ni download. Tapi tak banyak sangat. Then tiba-tiba tergerak hati nak tengok. Bila dah tengok tu rasa seronok tau. Lepas tu suruh la adik aku download episod seterusnya. Rasa macam tak nak berganjak dari depan laptop. hehe. Almaklumla rumah tak da Astro. Bukan macam orang lain kan. So, solution download la kan. Thanks jugak la dekat adik aku sorang ni. Tolong downloadkan Episod 1 sampai 48. Daripada laptop aku tak berat jadi berat kan dengan movie-movie yang berlambak-lambak. Masa cuti sem ni memang menghadap laptop tengok movie, drama and cartoon. Tu semua adik aku punya kerja tolong downloadkan. Biasa la broadband dia laju. So buli dia download banyak-banyak cerita. Haha. Sekarang aku adalah peminat setia Adam dan Hawa. Hee. Tengok gambar kat bawah ni.

Episod 1 until 48. Tak sabar nak tunggu next episod ^.^

SINOPSIS ADAM HAWA

Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala-ala playboy.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.

Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.

Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.

Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

Adam Mukhriz dan Ain Hawani ;)


Kenapa Aaron Aziz ni handsome sangattttt. heee :)



Ni scene masa Am ternampak Johan dengan Azie makan dekat luar.
Masa ni Am syak diorang bercinta. Ish ish ish. Bagitau je la kan senang dekat Ain yang korang tu bercinta. *Emo jap*. Haha

Suka tengok bila Ain cakap sorang -sorang dengan Cik Ted. HAHA

Geram gila tengok Dee ni bila dia cuba nak pisahkan Am dan Ain. Dee sebagai watak antagonis. Memang nampak jahat dan gedik dalam drama ni. Tapi dalam drama je la. Hihi

Gambar Nadiya Nissa dengan penulis Novel Adam dan Hawa, Aisya Sofea

P/s: Mana yang tak tengok drama Adam dan Hawa ni lagi, try la tengok. Best tau. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya :D



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

2 comments:

  1. ada simpan lg x cerita ni
    sy nak download bnyk web yg x boleh
    bg

    ReplyDelete

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)