We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Friday, November 02, 2012

Bahasa Remaja Sekarang

Assalamualaikum

Nak tanya korang lah kan..Korang perasan tak gaya dan bahasa remaja sekarang ni macam mana? Dah tak macam orang dulu-dulu..Bukan nak kutuk atau apa..Tapi kita orang Melayu kan..Kita kena jaga bahasa kita..Tolonglah jangan mencemarkan bahasa Melayu kita tu dengan bahasa pelik yang korang cipta sendiri..Tak ke namanya menjahanamkan bahasa namanya tu? Bukan setakat remaja je..Budak-budak, orang dewasa sekarang ni pun guna bahasa pelik yang amat..Ada yang gelar tu bahasa 'kalkulator' dan ada yang gelar tu bahasa 'rempit'..Mengarut-ngarut je la..

Pendapat aku la kan..Kenapa tak korang guna bahasa Melayu dengan betul? Nak kata korang pergi sekolah semua pergi..Orang yang tak pergi sekolah pun boleh guna bahasa Melayu dengan betul..Tak malu ke? Bahkan ada juga Mat Saleh fasih berbahasa Melayu dengan betul dan eja dengan betul..Tu pun korang tak tau malu ke? Orang bukan dari negara kita lagi tau eja dengan betul inikan pula korang yang dah duduk Malaysia ni sejak lahir lagi..Kalau macam ni la kan tak ke rasa sia-sia je mak bapak korang hantar g sekolah dari Tadika sampailah korang dah masuk Universiti tapi mengeja serupa macam budak kecik..Rasanya budak kecik pun lagi pandai mengeja dari korang..Dan sia-sia la jugak korang belajar BM selama kat sekolah kalau bahasa Melayu tunggang terbalik..

Bak kata Dato Fadzilah Kamsah "Orang yang tak reti mengeja dengan betul ni IQ nya rendah."

Bahasa rempit / Bahasa Kalkulator - Bahasa yang digunakan oleh perosak-perosak bahasa Malaysia.. 

Inilah contoh-contoh bahasa-bahasa pelik remaja sekarang :

Aku - Aq, ak (Aku tak tau macam mana korang sebut perkataan ni tapi perkataan ni lah yang selalu aku tengok baik kat Facebook dan Twitter..Serupa macam orang terencat akal dah)
La, lah - Lew
Ke - Kew
Je - Jew
Gitu - Gitew
Kita - Kitew
Saya - Caye, cye
Sebenarnya - Sebenarnyew
Lagi - Ag 
Rasanya - asenyew
Manja - Manjew
Dia - Die, Dye, Dea
Balik - Lik
Kain - Kaen
Orang - Owg
Ni - Nie, Niew, Nieyh
Semua - Cemua, Cmua
Boleyh - Boleyh, Bole
Nak - Nuck  
Best - Bez (Tengok..Bahasa Inggeris pun jadi bahasa rempit)
Terror - Terer
Gila - Giler, Gile
Nanti - T
Lepas ni - Pasni
Rumah - Umah
Buat - Uat, Bt
Cerita - Cite, Cte, Cer
Tak - Ta
Apa - Pe, Aper    
Korang - Kowg, Korunk, Kowunk
Sekarang - Skunk 
Oh ye - Oyerk
Sayang - Cyunk
CyE nUcK bErKeNaLaN dGn AwAk CmUa BoLeYh? <-- Ni lagi satu contoh bahasa yang parah dan teruk..Tak faham sungguh aku..Aku rasa macam nak bagi penampar je dekat orang tu.. 
Afif - 4fi4 (Ini contoh bahasa kalkulator..Perlu ke huruf ditukar kepada number? Tak perlu kan?)



Contoh-contoh bahasa rempit sekarang..From Google..

 
Persoalannya sekarang, perlu ke semua tu korang  kena letak 'w' 'i' 'r' dekat belakang perkataan? Bagi pendapat aku tak perlu rasanya..Korang just merosakkan bahasa Melayu tau tak..Dan mencacatkan bahasa Melayu tu sendiri..Dan aku tak tau dari mana korang belajar perkataan tu..Jangan nak bajet mat saleh la nak cakap pelat macam tu..Mat Saleh pun tau hormat bahasa Melayu..Hmm..Melayu sendiri merosakkan bahasa Melayu..Nak kata apa dah?
Anda tersentap? Marah? Aku bukan nak mengata orang dari golongan macam ni salah atau apa..Cuma aku nak kata yang aku tak faham dengan bahasa budak-budak sekarang ni dan aku meluat bila buka Facebook dan Twitter je ada la bahasa-bahasa rempit tu..Bukankah lebih indah kalau adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang di luar sana tu guna bahasa Melayu yang betul..Bahasa kita budaya kita..Bahasa menunjukkan identiti bangsa kita..Rosak bahasa rosak la bangsa tersebut..Terpulang la dekat diri masing-masing nak menilai..Aku hanya bagi pendapat aku..Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah..

Tengok video you tube ni..Anwar Hadi pun setuju tak perlu la nak guna bahasa Eww Eww ni.. http://www.youtube.com/watch?v=SoDdYnPd9TE&feature=colike


P/S : Tapi tak salah kalau anda nak guna ayat-ayat ringkas itu sebagai shortform atau untuk nota-nota ringkas ataupun mesej..Tapi tak perlu lah nak letak bahasa Eww Eww tu ye..Biar ringkas asalkan orang faham dan tak meluat dengan bahasa anda :)

 

  

Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)