Assalamualaikum
Manusia memang tak pernah bersyukur..Walau banyak mana pun barang yang kita ada, tapi ianya tak pernah cukup..Kita selalu nak cari lagi yang lain..
Anda cukup sifat, Tuhan dah bagi tiada cacat celanya..Tapi tetap tak cukup bagi anda..Buat pembedahan sana sini nak bagi lagi nampak mengancam..Akibatnya anda kehilangan apa yang anda dah ada..
Duit yang mampu menampung kehidupan dengan selesa..Tapi itu tak cukup bagi anda..Anda menipu sana sini untuk dapatkan duit yang lebih banyak..Akibatnya anda tidak mempunyai masa nak menikmati kekayaan yang anda perolehi..
Orang yang anda sayang sentiasa setia di sisi anda..Tapi anda merasa itu tetap tidak cukup..Dengan itu anda menambah satu lagi cawangan..Almaklumlah kan anda mampu..Akibatnya, anda tidak mempunyai masa untuk bersenang lenang sebab sentiasa sibuk melayan kerenah dua buah keluarga..
Anda ada akal pemikiran yang waras tapi tak digunakan dengan sebaik mungkin..Hisap dadah, minum arak, buat maksiat..Akibatnya apabila otak dah rosak, tak ada apa yang boleh dibuat..Bukan setakat harga diri dah hilang, kehidupan anda pun dah tak ada maknanya lagi..
Anda ada harta kan? Kenapa perlu disalahgunakan? Mat rempit contohnya, tak bersyukur mereka mampu beli motor..Kalau dah accident, motor rosak, badan pun sakit..Akhirnya apa pun tak dapat..
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ni..Tuhan dah bagi nikmat, akal, harta, fizikal dan mental yang elok kepada kita, jadi kita sebagai manusia gunakanlah dengan baik pemberian Dia..Hargai pemberian Dia..
P/s : Bosan yang amat cuti sem ni..So, cari majalah, lukis kartun sebab dah bosan sangat..Kartun ni aku ambil dekat majalah APO? .. Tapi tak la sebijik macam dekat buku tu aku lukis dan ayat-ayat ditukar sedikit..HAHA..Enjoyyyy :P
Tweet
nice post! pandai awk lukis.. :)
ReplyDeleteEheee..thank you..dulu hobi suka melukis :)
Deletebetul tu. manusia ni tak pernah puas dengan apa yang dia sedia ada.
ReplyDeleteyup betul tu.
DeleteHi, I log on tto your blogs onn a reegular basis. Your story-telling style is witty,
ReplyDeletekeep it up!
Great article! That is the kind of information that are supposed to be shared across tthe internet.
ReplyDeleteShame oon the search engines for now not positioning this publish higher!
Come on over and discuss with myy website . Thanks =)