We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Saturday, November 17, 2012

Reti Berhutang Tapi Tak Reti Nak Bayar?

Assalamualaikum



Kenapa ramai orang zaman sekarang terutama orang Melayu sekarang sukar nak bayar hutang? Kalau duit yang dipinjam setakat RM3, RM5, RM10 boleh la juga dikira halal dan tak payah bayar. Tapi kalau duit yang dipinjam sudah mencecah puluhan, ratusan, ribuan ringgit pun tak nak bayar, macam mana tu? Apa nak jadi la dengan orang zaman sekarang. Bukan semua tapi ada la segelintir. Mula-mula nak pinjam duit tu bukan main cakap elok-elok lemah-lembut. Tapi bila nak minta bayar balik hutang punya la liat dah tu banyak pulak kan alasan yang diberi. 

Orang yang meminjam dan tak nak bayar hutang ni, tak takut ke dengan hukum Allah? Tak rasa ke itu satu tanggungjawab yang perlu untuk membayar balik hutang orang yang telah kita berhutang dengannya?

Cuba la anda fikir. Anda dah pinjam duit orang, lepas tu bila orang tu minta bayar balik duit dia, anda tak nak bayar balik. Tak ke bangang namanya tu? Kira baguslah anda ada seorang kawan nak bagi pinjam duit, tapi anda buat macam tu. Itu namanya ada akal fikiran, ada otak tapi tak reti nak berfikir dengan baik.

Cuba anda bayangkan. Ntah-ntah kawan yang anda pinjam duit tu sebenarnya orang susah. Lepas tu anda pulak pergi pinjam duit dekat dia. Bila dia minta balik pulangkan duit anda tak nak bayar. Lagi bertambah-tambah la bebanan dia.

Dan satu lagi cuba anda bayangkan. Sekiranya orang yang anda pinjamkan duit itu adalah orang kaya. Tapi tiba-tiba dia kata dia tak ada duit atas sebab-sebab tertentu. Lepas tu anda pinjamkan duit anda. Beberapa hari kemudian anda minta balik duit anda kepada kawan anda yang kaya tu. Tiba-tiba dia kata tak nak bayar. Yang ni lagi buat orang sakit hati. Kaya, tapi buat-buat tak da duit segala bagai. Masa pinjam duit bukan main lagi. Orang macam ni patut bagi penampar je. 

Jangan sampai satu hari nanti orang akan benci dengan perangai anda yang suka berhutang tu, tapi tak reti nak langsaikan hutang. Ada la segelintir orang ni. Dia pinjam duit, lepas tu bila anda minta balik dia buat-buat lupa hutang apa. Yang lagi la nak minta penampar penerajang semua. Boleh pulak kan buat-buat lupa bagai.

Macam mana nak minta hutang daripada orang yang berhutang ni?

  • Buat-buat nak pinjam duit. Sekiranya si penghutang tu macam buat-buat lupa yang dia berhutang dengan anda. cara paling lembut untuk meminta semula hutang anda adalah dengan mengadu masalah kewangan anda. Lepas tu, anda cakap la nak pinjam duit dengan diorang, berjumlah sekian sekian (mengikut jumlah tersebut). Lepas tu, anda buat-buat lah teringat yang diorang sebenarnya ada hutang yang belum berbayar dengan anda. Tu je cara senang nak suruh diorang bayar balik duit anda tu.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan terbaru orang yang berhutang dengan anda. Anda harus sentiasa peka dengan perkembangan terbaru penghutang anda. Apabila anda dapat tahu bahawa penghutang anda tu kerja/memulakan praktikal/mendapat pinjaman PTPTN, JPA, MARA/elaun awal sem/masuk gaji/dapat bonus dan sebagainya, anda harus pantas membuat tindakan dengan menelefon atau berjumpa dengan mereka untuk meminta hutang anda kembali.
  • Bergaul mesra dengan penghutang. Taktik ini juga adalah sejenis taktik halus untuk menuntut hutang anda kembali. Rajin-rajinlah berbalas komen di Facebook, Twitter dan sebagainya. Sambil-sambil bergurau senda dan beramah mesra, anda bolehlah selitkan isu hutang tersebut. Contoh: A: Happy Birthday, M! Penghutang: Thank you so much. Mana hadiahnya? A: Ala takde hadiah la. Tak mampu nak bagi hadiah. Penghutang: Macam mana la orang kaya boleh tak mampu pulak. A: Sebab ada orang tu tak bayar hutang aku lagi kot.
  • Kata-Kata Hikmah. Sekiranya penghutang masih tak faham bahasa, sampailah masanya untuk gunakan taktik yang paling hardcore ni. Anda tak payah la sampai nak pergi simbah cat merah ke apa. Tak perlu la nak pergi baling bom buatan tangan ke. Tak perlu semua tu. Kadang-kadang dengan menggunakan beberapa ayat sahaja, anda dah mampu menumpaskan penghutang tegar untuk membayar hutang anda. Anda juga boleh post status di Facebook, Twitter dan sebagainya mengenai kata-kata hikmah sebagai bahan bacaan tambahan kepada penghutang. Contoh: "Orang yang berhutang di dunia dan sengaja tak langsaikan ni, di akhirat nanti akan dibayar dengan pahalanya. Kalau orang berhutang tu pun tak ada pahala, harus menanggung dosa orang yang memberinya pinjaman. Renung-renungkan, peringatan untuk diri sendiri juga." Kalau orang tu tak terasa juga, wallahuallam. Memang penghutang tu tak ada hati perut langsung.

Yang ni mungkin cara terakhir untuk sesorang tu bayar hutang anda balik. Dari blog Cik Limau Nipis, amalkan membaca :

"La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin."

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri. (Al-Anbiya: 87)

Amalkan ayat di atas, gunakan kebolehan minda anda untuk visualisasi wajah sesiapa yang berhutang dengan anda. Niatkan pada diri anda untuk mendapatkan balik hutang tersebut dan baca ayat di atas. InsyaAllah anda akan dapat balik hutang anda. Sekiranya anda selalu berjumpa, hembuskan ayat di atas ke arah beliau, InsyaAllah anda akan dapat balik hutang anda. Sebenarnya ayat di atas bukan sahaja digunakan untuk kutip hutang, banyak lagi faedah yang lain  seperti melembutkan hati musuh anda dan lain-lain.

Sekiranya anda perasan dan mengikuti sirah nabi, ayat di atas digunakan oleh Nabi Yusuf alaihissalam, ketika ditelan ikan Nun. Cubalah petua di atas, semoga anda akan dapat menuntut hutang anda kembali.

"Seseorang yang suka berhutang dengan niat untuk tidak membayarnya adalah amat keji mengikut pandangan Islam. Sesiapa juga yang berhutang dan dia bercita-cita tidak mahu membayarnya, dia akan menemui Allah sebagai pencuri." 
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)




Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

1 comment:

  1. Very nice post. I just stumbled upon your
    blog and wished to say that I've really enjoyed
    browsing your blog posts. After all I'll be subscribing to
    your rss feed and I hope you write once more very soon!

    ReplyDelete

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)