Assalamualaikum
Bak kata Imam al-Ghazali, bukan setakat cara makan sahaja yang ada adab, malah makan secara berjemaah pun ada adab yang tertentu.
Pertama, janganlah kita makan dahulu sebelum orang lain. Perhatikan dulu siapa di sekeliling kita. Kalau ada yang lebih tua macam ayah dan ibu, biarlah mereka yang didahulukan. Begitu juga kalau ada yang berpangkat macam guru atau ketua pelajar. Tapi kalau tiada mereka di sisi dan kita seusia dan sekata, maka makanlah dengan berhemah.
Kedua, sebaiknya janganlah berdiam diri sahaja. Memang disunatkan untuk diam ketika makan, namun kalau ada ilmu untuk dibualkan, apa salahnya. Bukankah ilmu boleh diterima dan disampaikan bila-bila dan di mana saja. Apa-apa pun elakkan berbual kepada benda-benda yang tidak bermanfaat.
Ketiga, janganlah kita makan melebihi daripada yang sepatutnya. Ingatlah orang-orang di sekeliling anda. Sama banyak, sama rasa. Ingatlah bahawa ada orang yang lagi susah dari anda.
Keempat, elakkan daripada memandang orang lain yang sedang makan dengan pandangan yang melampau. Maksudnya, memandang dengan pandangan menghina seperti berkata, "Banyaknya makan." Atau, "Pelahap sungguh!"
Kelima, janganlah melakukan sesuatu perbuatan yang menjijikkan seperti bersin atau batuk di hadapan makanan. Ataupun mengambil makanan orang lain tanpa keizinannya. Atau berbual kepada sesuatu perkara yang menimbulkan rasa mual.
Itulah sedikit sebanyak adab ketika makan beramai-ramai ataupun secara berjemaah. Sama-samalah kita amalkan sebaik mungkin. InsyaAllah :)
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)