We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Monday, February 11, 2013

Trip ke KL

Assalamualaikum blogger2 sekalian. Rasanya agak lama tak jalan-jalan kat blog ni. Tak tau dah apa yang jadi. Bz sangat kan sampai tak da masa nak usha blog ni apalagi nak update. Biasalah student. Ada satu weekend ni memang aku perah otak gila-gila la. Mana taknya. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin ada test dan quiz. Memang gila lah kan. Subjek tough2 pulak tu. Mau tak stress. Lepas balik je dari trip tu pulak ada quiz dan test pulak. Memang lingkup lah kan sebab tak study sangat.

Okayyy mari bercerita pulak pasal trip tu. Trip ni actually untuk student Akaun part 6 dan untuk subjek Audit. Dua orang lecturer yang ikut iaitu Miss Mariam dan Miss Sakinah. Sangat best. Tak menyesal pun p trip ke KL tu. Actually macam ni. Aku tak tau apa sangat pasal trip ni. Pastu tup2 ada kawan2 aku cerita pasal trip ni. Mula-mula memang aku decide tak nak pegi langsung. Sebab diorang cakap tak support. Lepas tu tanya punya tanya kawan diorang cakap diorang support penginapan, transport dan makanan tu diorang bagi dalam RM10. Lepas tu macam tak nak jugak pegi. And then kawan aku ni ramai lah yang dok paksa aku pegi. Lagi-lagi Intan Dalina, Izzati Aziz dan adalah lagi. Aku pun macam cair jap kan. Sebab tak pernah g KL tu. Bukan lah tak pernah pegi. Last pegi pun Putrajaya. Time paksu aku bersanding. Situ je lah pun yang pernah pegi. So aku ambil lah kan peluang yang ada walaupun aku tau pegi KL tu bukannya murah. Tapi aku dah nekad. Cakap dengan diri sendiri tak nak shopping. Dan duit yang aku bawak g sana pun Hanyalah RM160. Korang tau tak aku habis kat sana RM150. Duit mengalir macam air tau tak.


Hari pertama iaitu hari nak pegi tu iaitu pada 29/1/2013. Trip ni tiga hari. Dari 29hb sampailah 31hb. Aku dapat info kena ada kat tempat parking teksi lama UiTM pada 7.30. So 7.20 macam tu la aku, Nisah dengan Sherry bertolak ke tempat parking. Masa tu tak tau la nak kata muka excited ke tak. Tapi excited lah jugak sebab nak g KL. Bukan selalu dapat peluang nak g trip ke KL walaupun kena paksa. Hehe. Lepas tu kitorang tunggu la dekat tempat parking teksi lama tu. Dalam pukul 8.30 macam tu barulah kitorang gerak menuju ke KL. Tiga buah bas yang disediakan untuk student Account. Kat dalam bas kitorang disediakan kuih, bihun dan air mineral. Dan dapat jugaklah duit RM10. Alhamdulillah dapat jugaklah menampung makanan untuk sehari kan. Memang dalam bas tidur sakan lah kan. Sebab perjalanan jauh. Aku ingat lagi. Sehari sebelum kami pegi. Lecturer MAF, iaitu Puan Azura kata selamat bergembira dengan percutian. Nak berjalan jauh katanya. Hehe. Kitorang sampai dalam pukul 5 kot kalau tak silap. Tak berapa nak ingat sangat sebab keje tido je kan. Kitorang menginap dekat Kolej Jati UiTM Shah Alam. Kira kolej luar UiTM la. Okay bab kolej tak nak cita. Kita cerita pasal benda lain.


Dalam satu bilik tu kira kitorang ada 10 orang. Asma', Wan, Nisa, Aida, Sherry, aku, Mira, Halina, Anisa, Tirah, Aa'idah. Dah sampai2 tu kitorang kemas bilik. Kalau tak plan pegi i-City malam tu pukul 8.30 macam tu. Lepas tu diorang ganjakkan ke pukul 9 sebab nak kemas bilik. Seronok tak terkira dapat pegi i-City. Yelah first time lah katakan. Nak tau tak berapa banyak duit aku habis kat sana? Nak dekat RM60 jugaklah. Bukan murah nak main kat dalam tu. Macam2 permainan la aku, Sherry n Yam main kat situ. Last sekali kitorang pegi Trick Art Gallery. Tapi tu pun macam kelam-kabut sebab kitorang dah terlebih masa kat situ. So memang faster la kitorang tangkap gambar. Pastu Putri pulak call. Lagi lah kami gelabah. Sampai2 je atas bas kena marah sebab lambat. Hehe. Then bila dah balik kolej aku dengan Sherry makan makanan KFC yang kami beli kat KFC dalam i-City tu. Memang laparlah kan. Sebab tak makan. Then makan2 tu kami sembang2 dengan Aida, Nisa, Wan, Asma'. Best duduk satu bilik dengan diorang. Masa tengah2 makan tu aku ingat lagi Nisa dengan Aida cakap muka aku macam budak2 bila tak pakai spec. Hahaha. Kelakar lah. Aida tanya kenapa aku tak pakai contact lens. Bukan tak nak. Tapi aku takut. Pastu Asma' menyampuk "Habis muka orang ni kalau tak pakai spec tak macam budak2 ke?". Nisa dengan Aida cakap mu kalau tak pakai pun nampak macam orang tua. Hahaha. Then Wan tanya "Aliah memang tidur tak pakai bantal ke?". Aku : Tak. Memang tak suka lapik kepala dengan bantal. Sebab aku rasa macam kepala aku tinggi. So aku lagi selesa kalau tidur tak dak lapik apa2. Seriously sangat seronok dapat satu bilik dengan korang :D


Keesokan harinya 30/1/2013, plan kami iaitu ke MIA, Wangsa Walk, Audit Firm dan Sunway Pyramid. Kami gerak ke MIA dalam pukul 8 if I'm not mistaken. Nanti korang tengoklah gambar2 kat bawah ni. Kat MIA kami dengar ceramah then tengok2 library kat dalam MIA tu. Seronok sebab diorang sediakan kuih2 dan air. Lepas dah berjam ada kat MIA tu kami ke Wangsa Walk pulak. Memang smart gila lah kan semua g Wangsa Walk Mall dengan berbaju korporat. Tapi okay jugak. Ni barulah dikatakan sayang UiTM. Hehe. Kalau tak silap kitorang sampai kat Wangsa Walk Mall tu pukul 12. Then kena ada atas bas balik pukul 1.30. Ada yang shopping dan ada yang tak. Aku tak shopping pun. Cuma tengok2 je kawan2 shopping. Nak jimat duitlah katakan. Then 1.20 macam tu kami gerak naik atas bas balik. Takut terlambat macam semalam. Then kami bertolak ke Audit Firm pulak. Kami tak expect pun Audit Firm tu kat dalam Jabatan Khidmat Negara. Ada satu bangunan ni namanya ZETRO. Kat sinilah kami dengar ceramah pasal Taklimat Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am iaitu dekat Bangunan Zetro, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Wangsa Maju. After habis semua tu kami disediakan dengan makanan. Alhamdulillah kenyang. Sebab masa g Wangsa Walk Mall tu kami tak makan apa pun. Then kami dapat goodie bag dari orang yang bagi ceramah tu. Kami dapat beg PLKN tu. Selepas habis semua sesi taklimat kami mencari masjid untuk solat. Tak ingat apa nama masjid tu. Lepas tu habis je kami bertolak pulak ke Sunway Pyramid. Terkejut jugak la masa sampai2 tu. Besar yang amat. Kami sampai dalam pukul 7 macam tu. Then kami kena berkumpul balik dalam pukul 9.45. Agak lama jugak diorang lepas kami kat sini. Memang sakan la dok tawaf Sunway Pyramid tu. Dan memang sakit kaki lah aku cakap. Tak tipu. Sangat penat masa tu. Aku, Yam, Sherry ingat nak main Ice Skating, tapi apakan daya dah tutup dah time kami pegi. Memang teringin sangat. Mapu tengok jelah kan gelanggan ice skating tu. Dah tak dapat main, apa lagi g la ronda2 satu Sunway Pyramid tu. Bila dah berjalan lama mestilah lapar kan. Aku dengan Sherry cari Burger King for our dinner. Dan first time jugak lah aku makan Burger King. Sedap sangat. Tak tipu. Dan mengenyangkan. Then korang nak tau something? Kitorang nak gerak balik nak cari jalan keluar tapi tak jumpa2. Masa tu pukul 9.30. Apa lagi memang menggelabah la kan sebab tak jumpa jalan keluar. Sapa suruh diorang buat Sunway Pyramid tu besar2 sangat. Nasib baiklah masa jalan2 tu terjumpa Raiha dengan BF dia. BF dia yang tunjukkan jalan keluar. lega yang teramat-amat. Takut terlambat macam kat i-City tu. Bila dah jumpa jalan keluar, kami tengok tak ramai pun yang berkumpul lagi. Legaaaa. Nak dekat pukul 10 macam tu kami gerak balik ke Kolej Jati. Dah penat berjalan sehari memang balik tu bantai tidur la. Tapi before that iron baju la untuk keesokan harinya.


Hari terakhir kami berada di KL, 31/1/2013. Pagi tu plan kami adalah ke Bank Negara. Agak lama perjalanan ke Bank Negara. So aku tidur dulu. Sebab letih semalam tu pun tak hilang lagi. Aku memang macam ni. Cepat penat kalau berjalan. Kami ke Bank Negara tu dengan berpakaian baju kurung. Kenalah sopan kan. Rupanya ada lagi dari U lain yang turut hadir di Sasana Kijang Bank Negara. Yang aku ingat ada dari MSU, UiTM Johor. Yang tu jelah ingat. Kami diterangkan dengan Ekonomi sewaktu taklimat. After taklimat ada sorang abang ni cakap Bank Negara ni ada 5 galeri (kalau tak silap lah. Lupa sat). Yang bukak pada masa tu hanyalah 3 galeri. Yang lain ada yang tak bukak dan ada yang dalam maintenance. Seronok dapat tengok duit2 lama. Yang aku sakan dok ambil gambar duit2 tu. Dalam pukul 1 macam tu kami sampai pulak ke Shopping Mall SOGO. Dari pukul 1 sampailah pukul 2.30. Memang rushing jugaklah. Terkejar-kejar dengan nak makan. Terkejar-kejar dengan nak sembahyang. Dan terkejar-kejar nak beli barang. Aku hanya beli chocolate untuk budak2 rumah dan untuk dia. Tak tau nak beli apa. Tu jelah yang mampu. Nak dekat RM50 aku habiskan duit beli chocolate. Untuk aku, aku tak beli sebab aku tak suka chocolate. So beli untuk orang jelah. Heeee. So after habis semua tu kami pun naik ke atas bas. Dan bas pun bertolak pulang ke Perlis dalam pukul 3 macam tu. I'm happy with this trip. Walaupun duit melayang RM150 tapi kepuasan tu dapat. Seronok dapat menjejakkan kaki ke KL buat kali pertama. So bye bye KL. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi. So lets head to Perlis ! Kami semua sampai kat Perlis dalam pukul 10.30 macam tu. Pakcik2 bas turunkan kami dekat mushroom. Dekat lah jugak dari diorang berhentikan kat tapak parking teksi lama tu. Balik2 tu budak2 rumah tanya best ke tak. Aku jawab best. Dan malam tu actually ada bacaan yassin dan sekaligus rocall. Time tu memang penat gila. So tak turun lah. Apalagi keluarkan baju2 kotor. Malam tu jugak aku basuh dengan tangan semua baju2 kotor. Nak tau berapa baldi? Dua baldi penuh. Memang sakit2 lah badan bila bangun keesokan harinya. Pastu pagi esoknya aku tau ada quiz bila aku call sir. Dan petang tu pulak ada test. Nasib lah selak2 buku je. Tak sempat dah. Dah hasilnya memang lingkup test aku. Huhu. Hari Sabtu pulak kami ada modul part 6. Memang tak rest lah aku. Sat itu sat ini. Habis je modul tu emang tidur sakan lah. Baru dapat rest. Btw modul part 6 adalah modul yang sangat2 best by Encik Fazly Amri Mohd ^.^


Cukuplah coretan saya untuk hari ni. Sehingga berjumpa lagi di coretan akan datang. Assalamualaikum :)



Me and Lin 


Sherry and Yam


Tangkap pemandangan dari atas i-City




Trick Art. Orang lain-lain. Haha


Gambar tak berapa nak clear

Ala-ala batang kayu yang dinaiki betul. Actually it is a trick.


Nak terjatuh ke cik Sherry. Hehe


Buat-buat tak stable


Panjat tangga la konon. Haha


Orang yang ada sayap




Yam tengah perah susu lembu


Nampak macam Sherry tengah pegang gambar tu padahal itu hanyalah trick


Buku-buku kat MIA


Buku kat Library MIA


MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS


Buku hijau tu buku akaun kami. Hee




At Sasana Kijang Bank Negara. Taklimat pasal Malaysian Economy


Seberang. Sunway Pyramid


Apa ke nama ntah benda alah yang aku naik ni. Ala-ala Eye On Malaysia. Hehe


Bilik Kebal. Gallery at Sasana Kijang Bank Negara




Ayu gitu Yam


Sherry and Wan Asma'






Khusyuk Dee dengan Wani main game tu.


Teruja tengok game ni. Touch screen kat meja.


Inside Bank Negara

Game touch screen atas meja


Kaunter




Besar sangat-sangat Sasana Kijang ni. Sangat luas dan cantik



Saya terperangkap dalam gambar. Hehe

Actually ada banyak lagi gambar. Tapi cukuplah gambar-gambar ni je yang dapat dimasukkan. Selamat berjumpa lagi di entry yang lain :D

Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)