We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, July 28, 2013

Kawan atau Lawan?

Saya tak tau apa masalah awak wahai kawan. Tapi seriously saya sangat sakit hati. Depan saya awak bukan main baik lagi. Belakang saya macam-macam awak kata kat saya. Awak ingat awak bagus sangat ke buat macam tu? Saya tak tau nak buat macam mana lagi dah nak bagi awak sedar. Sedih tau tak ada kawan macam ni. Boleh tak awak berubah. Jangan mengata orang dah. Boleh? Tak susah pun. Berdosa tau kutuk orang. Awak jangan rasa diri awak tu baik sangat. Fikir-fikirkanlah. Semua manusia kat dalam dunia ni tak de yang sempurna. Yang sempurna hanya Allah. Renung-renungkanlah. Saya dah tak larat dah nak nasihat. Awak dah besar kan, dah boleh fikir mana baik mana buruk. Kalau awak rasa saya ni kasar cakap je face to face. Saya memang kasar pun. Kenapa awak tak boleh terima cara saya? Sedangkan ramai kawan-kawan saya yang lain boleh terima. Awak pun banyak kekurangan tapi saya tak de nak menjaja sikap awak tu dekat orang lain. Kalau awak baca post ni saya harap awak faham. Saya dah penat awak asyik mengutuk saya dekat kawan-kawan yang lain. Jangan ingat saya tak tau. Saya tau semua benda yang awak cakap. Cuma saya je tak kata depan awak. Fikirkanlah wahai kawan. Saya cuma manusia biasa. Bukan Nabi. Sama jugak macam awak.

P/S : Tajuk merepek. Haha. Abaikan :P
Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)