Bluurrrppp. Alhamdulillah. Opppsss sorry. Haha. Baru lepas makan KFC Crazy Crunch. Sedap tu sedap cuma pedas dia tu. Haha. Ibu belanja hari ni sempena aku habis Diploma. Okay stop it. Bukan nak cakap pasal makan. Ceritanya sekarang nak cerita pasal hamster. Ni adik aku punya kerja la ni. Dia yang start cakap dekat aku nak beli hamster since aku kat Arau hari tu lagi. Aku pun iye kan je lah.
Tak silap aku masa beli first hamster tu hari Ahad. Date tak ingat. Tapi bulan 10. Inilah dia first hamster. Tau tak first hamster ni aku bagi nama apa? Stuart Little. Hahaha *Terpengaruh banyak dengan cerita Stuart Little ni :P*
Yang ni sekor RM12. Tak termasuk lagi dia punya sangkar, makanan, spray and so on. Total dia, memang masa tu aku yang terkejut. RM62. Nasib baiklah kongsi duit dengan adik aku. Tapi terasa jugak lah banyak duit yang keluar. Sangkar dia tak silap aku RM27 kot. Serbuk kayu yang macam habuk tu RM5. Biskut, lebih kurang macam vitamin lah untuk dia RM6. Mungkin. Haha. Spray untuk mandikan hamster tu RM10. Total total dah RM60 lebih. Untuk si kecik ni saja dah habis banyak. Hamster ni jenis hamster panjang. Umur aku tak tau. Yang ni jantan. Berwarna putih coklat nak dekat oren.
Okay hat ni hamster kedua pulak. Yang ni RM15. Beli dekat kedai lain. Lagi satu yang ni kacukan punya hamster. Sebab tu kot mahal. Yaka? Whatever. Yang ni aku gelarkan dia Stuart Little II. Hahaha. Kalau boleh semua aku nak bubuh nama Stuart Little :P . Boleh dikatakan hamster ni hamster kesayangan aku. Sebab dia comel sangat-sangatttttt. Okay over. Yang ni hamster panda. Hamster jenis ni suka menggigit. Tapi dah banyak kali aku kena gigit. Tak sakit pun. Hahahaha. Dan satu lagi dia suka melompat-lompat. Berwarna putih kelabu. Masa beli Chinese tu bagi kotak je. Sebab tak bawak sangkar satu lagi. Tapi memang tak boleh bubuh sekali dengan hamster satu lagi tu. Kena bersihkan dulu supaya dua-dua ekor ni tak bergaduh dan tak ada bau hamster sekor lagi supaya dia serasi dengan tempat baru dia.
Tapi kesudahan dua-dua ekor ni bergaduh jugak. Tak paham aku. Yang aku geram nya masa beli tu Chinese tu kata yang ni betina. Betina lah sangat ya. Tadi aku pegi kedai lain tanya balik dia punya jantina, rupa-rupanya dia ni jantan. Mau tak gaduh jantan dengan jantan. Kesian hamster coklat tu sampai luka-luka dibuatnya. Masa dulu beli hamster coklat tu yang buli hamster kelabu ni. Sekarang ni dah terbalik pulak. Dia pulak buli kawan sorang ni. Ish ish ish. Kesian kesian kesian. Aku tengok pun kesian sebab aku yang bubuh minyak gamat dekat hamster tu. Tak tau la apa hamster tu rasa. Mesti sakit kan. Last-last ibu suruh adik aku tanya kawan dia nak tak hamster coklat oren tu. Kalau nak bagi je. Bukan apa kesian. Kalau letak sekali bergaduh. Padan la macam-macam bunyi aku dengar semalam. Ganas bukan main! Hai la hamster oiiii.
Baru je tadi petang kami satu family g kedai haiwan tu. Dengan niat nak tukar lah hamster jantan yang coklat oren tu kepada betina. Tapi Chinese tu tak kasi. Biasa la. Mana dia mau. Last-last ibu dengan abah tanya aku nak yang jenis macam mana. Aku ni biasa la aku main pilih ikut dan aku. Yang mana comel yang tu aku ambik. Nak tau hamster apa pulak kali ni? Jeng jeng jeng........Tadddddaaaa. Ni dia. Hamster Roborovski. Tau jenis ni pun dari sumber internet. Haha. Yang ni aku tak tau nak bagi nama apa. Nak bagi nama Hamtaro boleh? Hihihi :P . Comel tak? Sekor RM12. So total dua ekor RM24.
Mula-mula ibu ambik sekor. Tup-tup aku dah masuk kereta dengan bawak hamster ni ibu dengan abah panggil aku suruh p kat depa. Alih-alih masuk sekor lagi. Bermakna tambah lagi sekor. Jadilah dua ekor. Faham? Haha. Yang ni berpasangan. Jantan dan betina. Aku dah rasa macam pusat penjagaan haiwan dah dok bela banyak-banyak. Bukan apa. Banyak sangat. Menurut sumber yang telah aku google tadi, hamster ni sangatlah lincah dan susah nak dijinakkan. Tapi sebenarnya boleh dijinakkan. Tapi iya lah kena lah bersabar. Bukan senang. Aku pun tak tau la kata hamster ni lincah. Punya la susah nak pegang dia. Bukan main dia nak lari. Geram betul. Nasib baik comel >.< . Kalau korang nak tau inilah hamster yang paling berukuran kecil. Boleh dikata hamster mini jugak la. Comel kan kecik je. Hehe. Saiz dia 4cm sampai 5.5 cm macam tu lah. Aku harap dua-dua ni cepatlah jinak. Bukan apa. Bukan deme yang takut dekat aku, tapi aku yang takut nak pegang. Takut deme dua ni lari. Kena berhati-hati jugaklah. Karang kalau lari aku jugak yang susah nak kena tangkap -,-" .
P/S : Lepas ni tinggal tiga hamster sajalah. Mohon kalian semua baik-baik saja ye. Sayang sangat dekat hamster-hamster ni. Haha.
Tweet
comelnyaa... !
ReplyDeletehihi. comel kan :)
ReplyDelete