Assalamualaikum.
Tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya, Sekarang sudah pun masuk tahun baru bagi tahun 2014. Alhamdulillah kerana kita masih bernafas di muka bumi Allah ni. Dah lama asyik tangguh nak update blog. Bukan apa. Line slow. Ni barulah berkesempatan nak update.
27/12/2013 (Malam) - Abah suruh kami tidur awal. Katanya nak pergi Ipoh nak urus PTPTN. Ibu pulak suruh aku dengan adik bawak baju seluar semua sepasang. Kot kalau nak mandi kat mana ke. Aku pun macam pelik. Nak pegi mana lagi. Ibu suka buat plan last minute.
28/12/2013 (Sabtu) - Around pukul 7 something dah gerak pergi. Tapi sebelum tu singgah makan dulu dekat Kampung Sitiawan makan roti canai. Roti canai kat situ memang the best. After makan gerak ke Ipoh. Dalam beberapa jam lepas tu sampai dekat UTC, Pusat Transformasi. Pergi settle PTPTN dekat situ. Bayangkan nak cari toilet pun jenuh nak cari. Dengan tangga banyak. Dah la ibu tu sakit lutut. Memang kena dengar la ibu bising kata sakit kaki. Nak buat macam mana kan. Naik je la. Kalau tak silap dalam pukul 10 lebih dah settle bayar untuk bulan pertama punya bayaran. Lepas tu aku tak tau abah bawak pergi mana. Aku macam pelik dengan jalan yang abah bawak tu. Bersimpang siur. Nak tanya malas. Tengok je lah. Jalan tu dari Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan tu, ibu suruh adik tanya kawan dia dah sampai belum. Aku dah musykil dah masa tu. Tanya apa dekat Syazuan. Aku tanya adik Syazuan pergi mana. Dia kata pergi Cameron Highlands. Dalam hati, dah boleh agak nak pergi mana. Lagipun makin lama makin rasa sejuk. Last pergi Cameron Highlands masa kecik. Memang tak ingat dah la. Rasa macam excited kejap. Ibu dengan abah memang. Like what I said, suka buat perancangan last minute. Nak tidur sana semalam pun last minute punya perancangan. Dengan baju seluar nya semua bawak sehelai. Memang beli baju baru la kat sana. Haha. Sapa suruh cakap lambat. Dengan charger handphone tak bawak. Masa dah sampai tu memang bateri dah tinggal sikit. Sebab dok check in tempat. Padan muka kat diri sendiri. Power bank ada, tapi masa tu power bank tu bengong sikit. Boleh charge sikit je. Tak sampai 10 minit lepas tu K.O. Sabar je la. Dah sampai tu kami check in dekat Cameron Highlands Inn Hotel. Tapi ntah la. Rasa macam tak berbaloi pun ada. Bayar RM150 untuk satu family, bilik kecik, toilet pun kecik. Tapi dah ibu kata okay, kami pun okay je lah. Janji ada tempat nak tidur. Banyak hotel dah full. Cameron memang tak sahlah kalau tak penuh. Lepas Zohor kami pergi makan dekat Naimah Restoran 1 Malaysia. Cina yang dekat tempat kami menginap tu kata makanan dekat situ murah berbanding kedai lain. Tapi murah la sangat. Aku rasa kalau aku makan dekat kedai dekat UiTM Arau tu lagi murah dari kedai ni. Tapi whatever lah. Janji kat situ ada pau yang aku suka. Ada jual pau coklat. Kalau kat tempat lain mana ada jual. Ibu dengan abah memang dah tau aku kalau nampak pau memang aku nak. Favourite aku tu. Hehe. Lepas makan relax kejap dekat depan hotel tu. Ada kerusi kat depan. Nyaman rasa duduk dekat Cameron. Cuaca sentiasa sejuk. Siapa yang duduk and bersekolah dekat situ mesti untung kan. Sebab cuaca sejuk. Petang sikit kami pergi Pasar Malam Brinchang. Apa lagi, jalan-jalan cari makan. Dan jugak cari souvenir dan baju. Macam-macam jugak lah beli. Petang tu je dah berapa ratus habis. Nak dekat Maghrib kami balik hotel. Bersihkan diri and solat. Lepas solat kami makan makanan yang dibeli kat Pasar Malam Brinchang. Aku punya makanan, nasi goreng, coklat celup strawberi, and bebola apa ntah. Hoho. Kenyang gila. Banyak makan. Dah habis makan, apa lagi masa untuk tidur. Hahaha. Penat semua ada. Aku orang pertama tidur dulu. And aku jugak orang yang bangun awal sebab tak boleh tidur dah. Dalam pukul 1.30 pagi terjaga. Meamng tak boleh nak lelap mata langsung. Sejuk kot. Selimut tak boleh mengatasi kesejukan aku. Try jugak tidur. Tup tup ibu pulak terjaga. Ibu pun sama tak boleh tidur. Apa lagi dah tak boleh nak lelap, bukak TV tengok. Bosan jugak sebab masa tu tak berapa nak ada cerita menarik. Dalam pukul 2 lebih macam tu baru nak ada cerita menarik. Cerita Melayu. Apa lagi, layannnn. Dalam sejam kemudian ibu tidur. Yang aku ni sampai ke pagi tak boleh tidur. Dahsyat jugak penangan sejuk kat Cameron ni.
29/12/2013 - Dah mandi and solat Subuh apa semua, aku jalan-jalan kat luar hotel. Memang tak de orang. Kalau ada pun dalam sorang dua je. Ada sorang pakcik ni siap bertegur. Aku pun layan je lah apa pakcik ni dok bagi ceramah. Dok tanya apa rancangan masa depan and bla bla bla. Aku pun masuk telinga kanan keluar telingan kiri. Aku malaih nak layan orang pagi-pagi. Kesian pakcik tu. Dia datang sini bawak staf dia. Ada latihan apa ntah. Lepas tu aku blah. Au nampak abah terus aku blah masuk dalam balik. Biar abah je yang sembang dengan pakcik tu. Tak kuasa nak melayan. Haha. Sebenarnya aku keluar ingatkan nak tanya uncle yang jaga hotel tu ada charger atau tak. Tapi batang hidung dia pun tak nampak. Hari tu jugak lah bateri fon aku habis. Nasib baik ada camera abah and camera adik. Dapat jugak tangkap gambar. Hari pertama tak banyak sangat gambar yang diambil. Hari kedua boleh tahan banyak la jugak. Dalam pukul 8 pagi pergi breakfast dekat kedai makan yang sama. Pagi tu breakfast nasi and kuetiaw. Sedap jugak rasanya. Dan tak boleh lupa, pau coklat. Hihi. Lepas makan packing barang. Dah nak check out. Tapi Cina tu tak de. Abah call, uncle tu suruh letak je kunci dekat atas buku. Settle. Pukul 10, kami berangkat ke Kampung Raja and ke Cactus Point. Ada banyak orang jual. Macam pasar pagi lah lebih kurang. Ibu dengan abah cari jagung, ubi, madu and strawberi. Nak diberi dekat jiran sikit. Yang aku pulak dapat bantal Strawberi. Hehehe. Yeayyyy. Dah habis beli barang semua pukul 11 lebih macam tu kot kami bertolak pulang dari Cameron Highlands. Seronok sangat dapat pergi bercuti. Walaupun kejap je. Dekat area Sempadan Perak, abah berhenti beli petai. Sedap gila tengok. Bukan orang Perak la weh kalau tak makan petai :P . Kami tak terus balik rumah tengahari tu, tapi singgah dulu dekat rumah Opah. Solat and makan dulu kat Bota Kiri. Lepas Zohor barulah on the way balik rumah. Abah bagi kebenaran bagi aku drive kereta. Seronok weh dapat drive dari Bota Kiri sampai Manjung. Tapi ketaq jugak la. Kereta baru tu. Sat lagi jadi apa aku yang kena. Abah jadi jurucakap dekat sebelah aku. Yala aku pun tak cekap sangat bawak. Kalau diberi pilihan, aku suka lagi bawak motor dari bawak kereta. Renyah nak bawak kereta ni. Sebelum pukul 4 dah sampai rumah. Balik-balik tu memang penat. Tertidur terus aku. Naisb dah buat solat jamak. Lama betul tidur. Letih gamaknya. Dengan tak boleh tidur pagi tu. Apa-apa pun I'm happy dapat pergi vacation. Dapat relax kan minda dan otak =)
|
Muka toya makan pau coklat. Haha |
|
Bilik 201 |
|
Buat muka terkejut tengok
cactus besar |
|
Nice |
|
Best gila dok tang tepi ni. Sejuk plus
hujan plus kabus |
|
Selfie. Muehehehe |
|
Tak de benda yang nak dibuat sebab tu dua-dua jadi macam ni. Hahahaha
|
|
Peace no war :P |
|
Tangkap gambar dari luar kereta |
|
Souvenir yang dibeli |
|
Marshmallow and strawberry coklat
celup |
|
Hotel yang kami menginap |
|
Selipar comel. Beli sebab kasut yang
dipakai dah hampir nak terputus |
|
Cactus Point |
|
Cactus pink. Beautiful |
P/S : Maaf. Gambar berterabur. Agak malas nak susun. Hehehe :P
Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)