We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, July 20, 2014

Bazar Seindah Ramadan TV3 & TV9

Assalamualaikum.

Best sangat dapat selfie dengan artis semalam (19/07/2014) Haha. Seumur hidup aku tak pernah lagi jumpa artis face to face. Ni first time ni jumpa. Sporting sangat diorang semua. Time nak bergambar dengan diorang berkerumun orang dok tolak-tolak. Boleh bergambar dengan diorang, dengan syarat kena beli barang makanan kat booth diorang. Aku dengan Alyani dok main share duit semata-mata nak bergambar dengan depa. Kalau tak beli tak boleh bergambar. Tapi ada satu booth ni aku tak beli pun tapi dapat peluang bergambar dengan Fir Rahman dengan Muntazar Ghani. Haha. Semalam pegi AEON Seri Manjung dengan adik. Lepas tu jumpa Alyani dekat sana. Dia pun datang sorang. So jalan sekali la dengan dia. Bazar Seindah Ramadan tu start pukul 3 lebih macam tu jugak la. Memang ramai sangat yang hadir. Artis-artis yang hadir pun ramai. Antaranya korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.




Bukan ni saja. Ada ramai lagi. Ha meh tengok sini.


Ni lah antara barisan artis yang hadir. I'm so excited! :D

Bazar #SeindahRamadan yang berada di AEON Sri Manjung menjemput untuk beramal bersama selebriti dgn pembelian juadah berbuka puasa, kutipan jualan akan di salurkan kepada Rumah Anak Yatim Haruman Kasih dan badan-badan amal.

Bazar #SeindahRamadan Hasil jualan disumbangkan ke Rumah Anak Yatim Haruman Kasih.

Bazar #SeindahRamadan Sesiapa sahaja boleh beramal bersama, tak mengenal usia. Hasil jualan akan disalurkan terus ke badan kebajikan.

Bazar #SeindahRamadan Majlis diteruskan dengan bacaan Yasin yg disertai oleh barisan selebriti dan warga kerja Media Prima serta pengunjung bazar ini untuk mendoakan keatas penumpang dan anak kapal pesawat MAS #MH17

Kita beramal di Bazar #SeindahRamadan, dimana selebriti kita juga menunjukkan sokongan terhadap #TragediMH17, Gaza dan juga Anak-anak Yatim Haruman Kasih. 


 Bazar #SeindahRamadan mengalunkan bacaan Yassin oleh selebriti dan pengunjung kepada mangsa #TragediMH17 dan Gaza. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Amin.


 Sempena bulan baik dan juga memperingati #TragediMH17 dan Gaza, Bazar#SeindahRamadan mengedarkan barangan eksklusif AEON, sambil tidak lupa mengingatkan orang ramai untuk terus berdoa beramal.


Semua jualan di Bazar #SeindahRamadan akan disalurkan kepada Rumah Anak Yatim Haruman Kasih. Jom membeli sambil beramal sempena bulan mulia ini.

Agak ketaq bergambar dengan Arja Lee. Kepala dia dekat sangat dengan kepala aku. Haha. Booth dia jual kuih muih. Satu RM2. Handsome Arja Lee ❤ ❤ 

At Booth Idzham Ismail and Azwan Kombos. Depa jual lepast pisang and kek pisang. Sedappppp and manis. Heeee. Comel Idzham and Azwan ;)
Aku cakap kat Azwan nak lepat tu tapi Azwan tak dengaq and suruh ulang balik. Saja ja kan. Padahal dah cakap kuat kot -,-

Semua dok meroyan aku letak gambaq ni kat Insta and FB. Haha. Jangan la jealous. Handsome ni. Melting I tengok Amar depan-depan. Tak dan nak mintak bergambaq dengan Amar sorang. Bertiga pun jadi la :P
Chef Fikri pun handsome jugak. Hehehehe :P
Lepas Alyani tangkap gambaq dengan depa, Amar tanya aku "Korang ni adik beradik ke?" Awat? Nampak sama ka muka? Tang mana yang nampak macam adik beradik tu Amar? Haha. Cair tengok Abang Zin ni face to face. Putih pulak tu. Hihi ^____^

Ni sorang lagi jejaka handsome yang boleh buat I cair. Memang dekat booth dia tu dia keja dok menyakat pengunjung yang datang membeli. Tak kering gusi dok gelak. Hahaha. Mr. Arrogant a.k.a Azlee Khairi. Booth dia jual apa aku tak ingat. Sebab Alyani yang beli. Hikhik

 Serius aku cakap Siti Saleha sangat cantik. Sayangnya gambar ni tak berapa nak clear. Guard dia yang tangkapkan. Aaarrghhh. Tapi tak pe janji dapat jumpa and bergambar dengan dia. You're so pretty Siti Saleha. Ini booth Siti Saleha and Maria Tunku Sabri. Depa jual gulai ikan tempoyak. Soalan yang Siti Saleha tanya kat aku "Makan ke gulai tempoyak?" Aku pun jawab "Makan makan :)"
Rasa macam speechless pulak time tu.
Macam mimpi pulak rasa dapat jumpa dia ni. Tolong bagi tips macam mana nak cantik macam awak. Hehe

With Maria Tunku Sabri. Lepas bergambar dengan Siti Saleha terus cakap kat guard tu nak tangkap gambar dengan Maria pulak. Heee. Cantik jugak dia ni :D

Bersama dengan Fir Rahman a.k.a Johan and Muntazar Ghani a.k.a Aidil. Tinggal lagi 4 episod Ramadan Jangan Pergi nak habis. Jangan lupa tengok ye. Heee. Comel betul la budak tu. Ada sapa ntah tanya budak tu "Mana mama (Siti Saleha) Aidil?" Budak tu jawab "Mama ada kat booth sana tu."
Cute sangat budak ni. Duduk tengah panas habis merah muka dia. Masa nak tangkap gambar dengan Fir Rahman and budak ni, budak ni p pandang tempat lain. Aku tak tau nak panggil dia apa. Pastu aku pegang bahu dia. Hahaha. Dengan budak pun nak segan :P
Nasib baik dan tangkap dengan depa dua and tak payah beli. Kalau dak jenuh berlambak-lambak makanan. Haha ;)

 Booth Ramadan Jangan Pergi. Booth ni jual nasi kukus.

Tajdid Hadhari. Sebelah tu ceq tak tau sapa. Maaf. Hehe. Gambaq pun tak clear. Almaklumla camera 5MP ja.

My adik with them :)

Elya Safwan with Azlee Khairi

With Idzham and Azwan :D

Sebenarnya nak tangkap gambar dengan Anzalna, Zul Ariffin, Azzam and Balqies. Tapi tak jumpa la pulak depa. Jenuh dok round area booth tu tapi tak jumpa. Tak dak rezeki la nak selfie sama. Sedihhh. Tapi tak pe la dapat tengok dari jauh pun dah memadai (ayat nak sedapkan hati). Happy sangat semalam. Penat tu memang penat, tapi bila dah dapat jumpa artis yang kita suka mesti best kan. Nanti mai Manjung lagi na. Hehe #seindahramadan #anugerahsyawal

P/s: Lepas tangkap gambar dengan Amar terus  aku dengan Yani divide makanan apa untuk kami dua orang bawak balik. Banyak betul beli. Yani dah tak larat nak pusing situ. So lepas divide makanan yang kami share duit untuk beli tu terus dia balik. Aku dengan adik aku still berjalan round booth2 yang ada. Dapat la bergambar dengan Siti Saleha, Maria Tunku Sabri, Fir Rahman and Muntazar Ghani. Hihi


Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)