Hari ni baru terasa nak update pasal konvo yang dah berlangsung berapa minggu lepas. Agak kemalasan sebenarnya. Tapi blog ni dah lama terbiar berhabuk so mari mengupdate :P
Jaga-jaga. Aku nak update panjang lebar punya entry ni. So beware :P
13/05/2014 - Pagi tu lepas Subuh tu terus gerak pergi rumah Izyan dekat Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Dekat Tronoh, Perak. Tapi before that kami satu family sarapan dulu kat Bota Kanan. Dalam pukul 8.15 dah sampai dah kat rumah Yayan (Okay aku saja suka-suka nak panggil hang Yayan sebab hang panggil aku Aliyah Aliyot. Hahahaha). Bila parents aku dah berjumpa dengan parents Yan, apa lagi bersembang la depa semua. Sedar tak sedar pukul 9 baru kami bertolak. Parents aku balik rumah terus. Diorang tak ikut sekali pergi Perlis sebab esok tu adik aku sekolah lagi. So petang esok tu baru diorang bertolak. Kiranya kami pergi dua kereta. Aku naik kereta dengan Yan. Yan follow kereta mak ayah diorang dari belakang. Mak ayah dia nak balik Kepala Batas. So lepas tu diorang terus ke Kepala Batas and kami terus ke Jitra ambik lagi empat orang anak-anak. Hahahaha. Opsss bukan anak-anak ye tapi lagi empat orang kawan kami iaitu Norasimah, Izzati, Intan and Ezzah. Kiranya masa kami sampai tu depa dah ada sana la berkumpul kat rumah Intan. Sampai-sampai tu dah memang siap ada sup gear box dengan bihun. Thanks kat Intan sebab dia masak. Kesian kat dia jugak sebenarnya. Mak dia sakit masa tu. Tapi alhamdulillah okay. Tak dak apa yang serius. So disebabkan tu dia tak ikut kami lima orang p Perlis petang tu. Thank na Tan. Save duit kami untuk lunch. Haha. Lepas makan and solat terus gerak ke Perlis. Check in Metro Inn, Arau. Actually booking bilik tu untuk 3 orang tapi kami berlima so bedal p la tidoq lima orang dalam tu. Haha. Semalaman je kan. So tak de hal. Lepas check in hotel apa lagi kami ronda p masuk C-Mart. Tempat yang selalu dok p sepanjang belajaq kat Arau. Ye dok? Hihi. Petang sikit tu kami p makan lok ching tang tepi jalan Kuala Perlis. Sumpah aku rindu gila kat tempat ni. Banyak memori wehhhh. Tapi tak leh habaq :P
Yan macam biasa dating dengan pakwe dia. Hehe. Dengan kami empat orang. So jadilah enam orang. Makan kami petang tu Norasimah belanja. Syok gila weh bila bab makan ni orang belanja. Dah save duit lagi. Okay malam tu pulak kami p balik hotel sat mandi, solat apa semua. Then cadangnya malam tu nak p makan Steamboat. Last-last tak jadi. First p satu tempat ni tutup pulak. Then p second place ni makanan pulak sikit dah nak habis. So tak jadilah. Bagus jugak tak jadi. Tak de la baju nak berbau asap bagai kan. Dan bila dah tak jadi tu p cari tempat lain untuk Supper. Kami p makan kat Chortiezzz, Kangar. Syakirin a.k.a boyfriend Yayan yang bawak. Boleh tahan jugak la. Aku tak pernah lagi p sini sepanjang duduk dekat Perlis. Syok nak tau sebab apa? Sebab ada wifi. Hahahahha. Actually tak rasa macam nak makan pun. Tapi yang lain semua makan. So apa lagi order je lah Half Chicken Chop untuk Kiddo punya. Tak tau sangat nak makan apa. Tau tau je lah Western punya kedai. Tak reti aku nak pilih makanan. Lama jugak kami lepak situ. Sampai pukul 12 tengah malam tak silap. And after that kami balik Arau. Depa rancang nak p karaoke pulak kat In Game Karaoke. Aku pun macam arrghhh ngantuknya. Tapi disebabkan diorang kata tu last night nak bersama kawan-kawan ikutkan je la. Esok tu dah nak dengan parents pulak kan. Yang ni pun syok jugak. Tak payah keluaq duit. Yayan belanja kami. Haha. Murah rezeki ampa semua na. Depa ambik hat pakej satu jam punya. Okay la tu kan. Depa bertiga yang dok nyanyi. Aku dengan Nora tak la nyanyi pun. Yayan dok bagi mic kat aku suruh nyanyi. Aku segan. Jadi penyanyi latar dah la. Aku kalau karok ramai-ramai ni aku segan. Kalau tak ramai tak pa. Almaklumla suara ceq tak la sedap mana pun. Haha. Dalam pukul 2 pagi macam tu baru balik Hotel. Tak jauh pun. Dekat sebelah tu ja. Haha. Balik-balik apa lagi terlentang la aku. Ngantuk punya pasal. Kami tiga orang, Izzati, aku, Yayan tidoq atas katil. Sebab kami booking awal bilik untuk 3 orang. So Nora dengan Ezzah tidoq bawah la. Kesian depa. Tapi apakan daya bilik tu sempit. Haha. Yang aku tak boleh lupa Yan kata "Bilik ayaq besaq. Bilik sempit. Dorang nak suruh kita mandi berjemaah dalam tu agaknya." Hahahaha. Apa-apa je lah Yayan. Last-last semua terlentok letih dari pagi sampai tengah malam dok berjalan.
14/05/2014 - Pukul 6 pagi aku dah terjaga. Panas. Haha. Sapa p tukaq aircond jadi 30 darjah celcius tak tau la. Yan terjaga terus tukaq bagi sejuk balik. Ezzah kata sejuk. Aku dengan Yan dah berpeluh bagai sebab panas. Ti pulak memang tidoq mati. Tak terjaga langsung. Nora pun sama. Haha. Dah terjaga tu sebab dah berpeluh macam p jogging, aku apa lagi p mandi la. Yang lain semua tidoq balik. Kiranya aku orang first mandi. Fuhh lega gila dapat mandi. Kalau dak macam mandi peluh. Haha. Pagi ni kitorang ada raptai konvo and ambik jubah di UiTM. So kena pergi awal. Plus Ti tak buat clearance lagi. Settle je mandi siap apa semua kami breakfast dulu kat gerai roti canai depan sekolah kat Arau. Nama apa tak tau. Dah lupa. Menu pagi tu aku mintak roti telur and teh tarik. Hat ni pun syok jugak. Ti belanja. Wah wah wah murah rezeki lagi. Keja depa ja belanja. Ingat nak belanja jugak depa tapi Ti terlebih dahulu kata nak belanja so alhamdulillah. Hahhaha. Save lagi duit. Kiranya aku keluaq duit minyak, duit hotel and duit makan kat Chortiezzz tu ja. Tak sampai beratus. Duit makan dah ada yang sponsor. Hihi. Dah kenyang, apa lagi gerak ke UiTM. Masa tu pun Lia dah start calling calling tanya aku kat mana. Biasa la lama tak jumpa. Aku suruh Yan berhentikan aku kat HEA. Lepas tu kami pun terpisah sat. Depa buat clearance depa, yang aku pulak settlekan nak ambik jubah and raptai. Jubah tu aku dapat saiz S. Tu pun still besaq. Ramai kawan-kawan yang aku jumpa. Lama sangat tak jumpa diorang semua. Of course la rindu. Berapa bulan tak berjumpa. Hmm lepas ni tak tau la kan bila lagi dapat jumpa. Yang sambung degree mungkin dapat jumpa sesama korang lagi. Dah settle ambik jubah aku, Lia and Sara terus gerak ke Dewan Seri Semarak untuk raptai. Actually tak payah p pun tak pa. Tapi biasa la kami ni memang rajin pun :P . And for your information orang yang bagi talk tu dia kata ni lah raptai yang paling ramai pernah dihadiri oleh pelajar-pelajar yang nak konvo. See? Bagus tak kami ni? Hahaha. Terpuji diri sendiri pulak kan. Tak de la dengar sangat apa yang diorang bagi talk. Banyak main fon and berselfie. Itu wajib! Haha. Part diorang tunjuk rehearsal nak salam, cara jalan tu apa semua bukan aku tengok sangat. Esoknya blurrr. Hehe. Raptai tu sat ja. Tak lama mana. Sebenarnya lepas habis raptai aku suruh Yan hantaq p rumah pakcik aku kat Jitra. Tapi dah alang-alang ada Lia and Ida tak jadilah nak susahkan dia. Dah alang-alang Lia and Ida pun memang nak pegi Jitra so suruh diorang je lah hantarkan. Btw thanks Yayan sayang sebab bawak aku dari Perak ke Perlis. Kalua dak aku pun tak tau nak p dengan sapa. Habis je semua tu kami mintak parents Zaidah hantarkan aku dengan Lia kat depan Matriks tu. Tunggu owner kereta sewa. Kami sewa kereta kat Jason. Tak ingat kena bayar berapa tapi tak sampai 80 pun. Kereta Lia yang bawak. Aku seriau sikit nak bawak kereta. Almaklum la tak pro lagi. Lagipun ibu dah pesan jangan bawak kereta orang kalau mai sini. Aku pun iyakan je lah. Dah settle bayar apa semua kami ke Alor Star, ambik Ida a.ka. bestfriend Lia Omey. Hehe. Ni tukang photographer kami untuk pre photoshoot konvo. Sebelum tu Lia balik hotel dulu ambik barang dia and bagitau parents dia. Sepanjang perjalanan tu biasa lah kami ni tak la pro sangat jalan sini. So pakai bantuan Maps. Senang cerita! Terima kasih lah Maps. Bantuan anda sangat berguna. Sampai je Alor Star, Ida cakap "Apa barang pakai Maps." Akak tau la Ida tak payah pakai Maps kan. Lia cakap Ida kalau bab jalan sekali je dah ingat. Hahaha. Bila dah sampai Shahab Ida pulak jadi driver. Sian budak tu. Baru sampai dah kena jadi driver kan. Hahaha. Kami cari port nak buat photoshoot. Cadangnya nak cari sawah padi. Lepas tu aku tanya la cousin aku yang kat Jitra tu mana ada port cantik sawah padi kat Kedah ni. Dia pun cakap kat area Aneka. Kami pun p la sana. Cantik jugak. Tak silap aku area Tandop. Cuaca masa tu pun okay. Tak panas. Redup je. Lama jugak kat situ. Menghayati keindahan alam. Hehe. Then settle tangkap gambaq kami gerak ke rumah pakcik aku yang kat Jitra tu. Parents aku sampai malam. Diorang pun baru bertolak dalam pukul 5 lebih masa tu. Nasib la Ida ni pro bab jalan. Aku cakap dekat area Tasik memang dia tau. Kalau aku jenuh aku pakai Maps jugak la jawabnya macam Lia. Hahaha xD . Pakcik, makcik aku tak de masa kami sampai tu. Yang ada pun cousin aku dua orang tu and bibik. Lia masa tu memang dia nak mandi kolam renang tu. Tapi pakcik aku tak angkat-angkat call. So dia pun jadi macam segan. Next photoshoot kat rumah pakcik aku. Haha. Pun boleh. Then cousin aku panggil kata bibik dah siapkan makanan untuk kami. Stop sat, p makan keropok lekor and milo ais. Fuhhh lega. Memang haus time tu. Dengan muka berpeluh-peluh. Mau tak berpeluh-peluh. Pakai jubah tu memang panas. Lia and Ida lepas makan tu diorang kata nak balik hotel dah. Time tu pakcik aku balik dah. So sempat la diorang berjumpa. Lepas diorang balik aku pun apa lagi mandi laaa. Tak tahan dengan badan melekit apa semua. Seharian kot dok pakai baju tu. Bagi fresh sikit. Malam tu memang tak terkata la letih. Aku dok tahan mata sebab nak tunggu parents aku sampai. Tapi masa tu depa kata depa still kat Penang kat rumah tok. Aku pun apa lagi tidoq la. Tak tahan nak tunggu. Pukul 12 macam tu aku terjaga. Sebab ada orang call. Ingatkan sapa. Rupanya Yazid. Call ucap tahniah untuk konvo. Aku pun jawab nak tak nak sebab aku dah mengantuk sangat. Harap kau faham lah eh. Btw thanks for the wish. Dah letak call baru perasan parents, adik, tok aku dah sampai. Lepas tu dah tau depa sampai aku tidoq tak ingat dunia. Hahaha
15/05/2014 - Hari ni merupakan hari konvokesyen. Hari paling bermakna untuk semua student yang akan graduate. Aku punya sidang, sidang 3. Pukul 1.30tengahari. So setengah jam awal kena ada kat sana. Pukul 12 tengahari dah keluaq dari Jitra. Pukul 1 macam tu dah sampai. Jumpa Lia, Ida apa semua. Then kami gerak ke Podium untuk berkumpul di sana sebelum majlis bermula. Mula-mula tak de la rasa nervous. Dah masuk dalam dewan tu baru la terasa nervousnya. Kami beratur mengikut nombor giliran kami menuju ke Dewan Seri Semarak. Ibu bapa sudah masuk ke dalam dewan. Siap red carpet gitu bila semua parents, lecturer melihat kami berjalan menuju ke tempat duduk masing-masing. Siap ada kamera bagai. Malu pun ada. Hehe. Aku dah tak pandang kiri kanan dah masa tu. Tak boleh nak pikiaq. Nervous. Haha. Pukul 3 Majlis Istiadat Konvokesyen ke-80 UiTM Arau pun bermula. Nombor giliran aku 105. Bila dah naik atas pentas, apa lagi sejuk, ketaq semua ada. Macam nak jatuh pun ada. Tapi bila pikiaq ramai dok tengok steady je lah. Hehe. Bila dah ambik scroll tu nak berjalan menuju ke tempat duduk sempat lagi adik aku tangkap gambaq. Parents pun tersenyum. Sempat jugak mak ayah Yayan cakap tahniah kat aku. Terima kasih na makcik pakcik. Fuhh lega bila dah naik atas pentas. So turn kami tengok orang ambik scroll. Lebih kurang pukul 5 majlis tamat. Maka kami sudah menjadi Pelajar Alumni UiTM Perlis. Sedih rasanya bila dah habis ni. Ntah bila lagi akan datang ke sini. Tempat ni banyak mengajar aku erti suka duka. Macam-macam benda jadi kat sini. Aku jumpa kawan-kawan semua kat sini. So this place gonna be memorable place to me. I LOVE UITM ARAUUUUUU. Dulu masa mula-mula datang tempat ni paling aku tak suka. Lama-lama jadi suka. Habis je majlis sesi bergambar pun bermula. Aku dengan parents and adik settle kan untuk tangkap gambar kami dekat booth yang disediakan. Kesian kat ibu aku. Dengan lutut sakit lagi. So settle hat tu dulu. Kami ambik pakej C berharga RM100. Nasib baik masa kami p tak dak orang. Legaaa. Tak payah nak tunggu panjang. Masa tu aku dah berpeluh-peluh dah. Pakai jubah tu memang tak sah kalau tak berpeluh-peluh. Dah settle tu aku p cari kawan-kawan yang lain untuk tangkap gambaq bersama. ada yang aku sempat jumpa ada yang aku tak sempat jumpa. Yang sempat jumpa, Erma, Intan, Sara, Lia, Cua and so on. Nanti tengok gambar ye :P . Tak boleh nak tunggu lama-lama sebab masa tu kami tak solat lagi. So bergegas ke Block C utnuk hantar jubah and ambik transkrip and scroll. Sedih terpaksa bye bye UiTM. Tempat jatuh bangun selama 3 tahun setengah. Untung sapa yang dapat sambung degree kat sini lagi. Petang tu kami solat dekat surau dekat dengan medan makan RPA. After solat kami makan dekat Restoran Singgah Rasa Utara. Lapaq tak terkata. Dengan tak lunch apa semua. Terserempak dengan Aina (group DAIS) kat situ. Dia pun kata lapaq. Haha. Dah kenyang, pulang semula ke Jitra.
16/05/2014 - Hari ni dah boleh start tuntut gambaq dekat UiTM. Dah alang-alang still ada kat utara, apa lagi p UiTM balik ambik gambaq kat atas pentas semalam. Nasib la aku tanda tuntutan sendiri. Boleh p ambik. Kalau tanda pos, alamat tunggu lagi 2 minggu la. Gambaq dengan family tu tak tau la bila sampai. Lepas abah balik dari solat Jumaat kami pergi ke UiTM. Kali ni aku bawak cousin-cousin aku Luqman and Sarah. Adik aku pun ikut sekali. Ibu tak ikut sebab dia tak larat. Almaklum la semalam berjalan naik bukit apa semua so kesian kaki dia sakit balik. Dekat kertas tu gambar boleh dituntut di C104. Bila pergi orang tu cakap kat bilik sebelah pulak. Ada student-student lelaki dok berkerumun jugak nak tuntut gambaq. Akhirnya sampai turn aku. Dapat jugak ambik gambaq-gambaq tu. Lepas tu aku ajak depa p Academic Height sat. Tangkap gambaq kat situ. Semalam tak dan nak p. Sebab kelam-kabut sangat. Hari ni berkesempatan p tapi dengan cousin and adik. So ceritanya adik aku la jadi photographer untuk kami 3 orang. Haha. Aku nak tangkap gambaq dia, dia tak mau. So terima kasih kat adik aku sebab jadi photographer untuk 2 hari ni. Gambaq pun tak dak la banyak sangat. Ceq tak reti nak posing sangat :P
17/05/2014 & 18/05/2014 - Bercuti sakan aku. Dua hari terakhir berada di negeri utara. Melawat rumah sedara di Jitra dan Penang. Dan thanks kat cousin aku bawak aku jalan Penang. Lama tak jalan Penang. Rindu sangat.
P/s : Ibu, abah this is for you. Thanks coz always support me, always be patient with me. Akhirnya hari ni tiba jugak. The most beautiful thing in this world is to see our parents smiling, and knowing that you're the reason behind that smile. Walaupun tak de la hebat mana result orang tapi akhirnya berjaya jugak orang habiskan Diploma Perakaunan ni. Thanks for everything dari awal sampailah akhir. Walaupun ibu dok sakit lutut, tapi ibu gagahkan diri jugak datang nak tengok anak dia ambik scroll atas pentas walaupun terpaksa dipapah oleh abah dan adik. I love you all. And again and again thanks for everything that you have done for me. Muuahhhhh ❤ ❤ ❤ ❤ ❤
Di sebelah aku Yayannnnnn :P
Driver sepanjang perjalanan dari Perak ke Perlis. Hehe
Atas pentas
Suasana di dalam dewan
Dan lagi adik aku tangkap gambaq aku
Berhenti sat. Adik aku punya pasai mau tangkap gambaq
Abah dok buat muka serius
Saja suruh ibu pakai. You are so cuteeeeee
Handsomenya adik aku. Haha :P
With Sara
Dan tangkap gambaq dengan adik kat sini
Academic Heights
Luqman dok buat gaya apa tak tau. Haha
With Anisa
Yayan and Izzati
With Lia and Ida
With my mom and my adik. Hat belakang tu kacauuuuu :P
With abah and ibu
Susah ni nak tengok aku bergambaq dengan abah. Haha
Pre photoshoot di sawah padi, Kedah
Nama saya Siti Aliah. Dan dia Nur Aliah
Ida jadi driver
With Zaidah, Sara and Lia
At my uncle's house. Macam nak terjun kolam je. Haha
Sayang awak semua :*
Sebelum masuk ke dalam dewan
Hoyeahhhhhh. Kami dah habissssss
Aku sorang je tak de bunga. Sob sob. Haha
I will miss you Intan :')
With my ex-roomate, Erma Yantie and Lia
With rakan senegeri Perak, Nasuha a.k.a Cua and Lia
L.O.V.E
Lompat tinggi-tinggi Idaaaaaa
I like this part
Steady je Lia lompat. Hehe
Tweet
No comments:
Post a Comment
Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)