We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Wednesday, March 16, 2016

Picnic di Teluk Batik

Assalamualaikum.

Hari Ahad yang lalu iaitu pada 13/03/2016 kami berkelah di Teluk Batik. Lama betol la tak picnic kat tepi pantai plus dah lama sangat tak mandi laut. Last mandi pon beberapa tahun yang lalu. Lama kan. Bila kawan² yang lain ajak picnic, me is so excited. Bukan selalu dapat berkelah macam ni. Si Farah dah siap buat group Whatsapp untuk picnic. Paling tak boleh bla nama first tu "Picnic.. Haha." Serious lawak gila nama tu Farah oiiii. Lepas tu si Anis pulak tukar nama "Banananana 😝." Yang ni much better la walaupon agak lawak jugak la. Hahaha.

Mula² si Farah rancang dalam pukul 7 pagi nak picnic. Tapi biasa la manusia. Dari pukul 7 ke pukul 8. Dari pukul 8 ke 8.30. Dalam pukul 9 tu apa lagi kitorang dah sampai dah siap bentang tikar and letak barang apa semua, apalagi semua pakat terjun laut. Yang joinnya mandi ni kitorang lima orang je. Aku, Farah, Anis, sepupu Farah and adik Anis. Lepas beberapa jam macam tu baru la si boyfriend Farah tu mai.

Dah lama sangat tak picnic macam ni makan pon banyak la. Farah masak nasi goreng. Aku goreng ayam goreng spicy. Anis goreng nugget and sosej plus ayah dia bekalkan bihun sekali. Fuhhh meriah betol makanan. Asyik berendam je memang 4 5 kali la ulang alik makan.

Pertama kali dalam seumur hidup aku naik banana boat and airhead. Serious seronok sangat. Naik banana boat memang kena lempar la kat tepi laut. Nak tak nak memang muka kau dulu masuk dalam ayaq laut. Naik airhead yang terbang tu lagi la. Macam nak tercabut jantung. Memang guna kekuatan tangan betol. Nasib la sapa duduk tepi. Kitorang dok mengata lagi orang yang naik airhead tu dok menjerit. Padahal kitorang pon sama dua kali lima. Hahaha. Kat tengah² laut si Anis dah terpelanting dah. Mau taknye abang tu saje je bawak macam apa je. Si Farah dah pucat dah muka. Kitorang punya dok paksa dia naik. At the end muka dia pucat and nak termuntah. But itu adalah pengalaman yang sangat² best. Memang mencabar la. Sejak akhir² ni aku jadi suka pulak dengan challenging outdoor activity. Maybe next time mai picnic boleh cuba yang airhead duduk tu pulak. Weeee. Si Farah dia dah start ajak p buat trip ke Pangkor. Baru best. Ada snorkeling. Teringin sangat nak Snorkeling. I hope boleh merasa buat aktiviti tu one day.

Lama jugak la kitorang berendam kat laut tu. Dari pagi sampai petang. Dalam pukul 3 macam tu baru gerak balik. Memang cite die muka aku macam udang terbakaq la. Merah, berbelang semua ada. Dah macam badut pon ada. Balik² rumah satu family gelak kat aku sebab muka merah. Bencinyaaaaaa. Haha.


Di persisiran pantai

Aku tak tau pasaipa aku suka buat "peace" hahaha.

Paling suka gambaq ni. Cantiknya kamera hang Anis oiii. Teringat kita p Gadget World p beli waterproof case. Semata-mata nak mandi laut. Hehe.

Tiga anak dara. Hat sorang tu bakal bertunang dan kahwin tahun ni.



Habis² tukaq baju apa semua, budak ni ajak selpi pulak. Kemain 😝

This Saturday nak try mandi sini pulak. Kat Marina Island ada bukak satu Waterpark. Frenzy Waterpark namanya. Tazabarnyaaaa

Nampak macam best. Tadi sempat la jugak la p tanya kat guard situ

Weeeee

Baca jangan tak baca 😝
Dan tangkap gambaq tadi

The rules of Frenzy Waterpark. Ingat ye. Jangan pakai seluar yang berzip, tajam dan sebagainya.




Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)