We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Saturday, August 13, 2016

A Million Thanks

Sangat-sangat berterima kasih to all of my friend yang celebrate awal birthday saya. Terharu sangat-sangat. Tak terungkap dengan kata-kata. Bersyukur sebab diri ini masih diingati. Terima kasih di atas pemberian dan doa-doa kalian. Hari ini umurku telah menginjak ke lagi satu angka yang baru iaitu 24 tahun. Mudah-mudahan aku dapat bahagiakan orang di sekeliling aku sebelum menutup mata. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.

31/07/2016 : Yang ni la satu-satunya cake paling awal aku pernah dapat seumur hidup aku. Kiranya pemberian cake paling advance la. Haha. Awal betul budak Anis ni bagi. Aku pon tak sangka. Mulanya kata nak datang rumah nak jumpa before balik Penang. Kebetulan sehari sebelum tu birthday Anis. So memang dia balik Manjung. Malam Jumaat tu memang gigih la main FUNFAIR dekat area Giant Manjung tu sampai tengah malam. Konon celebrate birthday dia sekali. Hari Ahad sebelum balik dapat cake dari Anis. Aku musykil birthday aku berapa hb sebenarnya. Rupanya FB dah bagi reminder pasal birthday aku. Si Anis kata dia tak dapat balik 13hb 8 jadi dia beli cake awal tanda ingatan dia kat aku. Terharunyaaaa. Thanks Nurhanis Azira. Aku sayang kat hang.


Chocholate Cake


Kita kasi selfie sikit satu kali. HIHIHI

10/08/2016 : Harini rasa weird sikit tengok perangai orang dalam office. Tak tau la instinct aku ni kuat ke macam mana. HAHA. Tapi seriously PELIK tengok kelakuan dorang. Around pukul 12 tengahari macam tu Kak Siti suruh pergi bayar bil air. Ada la dalam 3 bil kot tak silap. Lepas tu suruh tunggu Eliz (Bini Bos) bagi duit untuk bayar bil P1 sekali. Yang ni takde la syak apa sangat. 

Yang pelik tu sebelum aku turun bawah si Eliz siap bagi pesanan lagi. "Bawak motor elok-elok." Tiba-tiba jadi question mark dekat situ dah kenapa bos aku ni. Aku tanya kenapa. Dia jawab "Banyak kereta." So aku pon blah terus pergi bayar bil. Dalam pukul 12 lebih camtu settle bayar bil apa semua balik office. Masa ni okay la lagi. Tapi ada satu perasaan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan di mana aku rasa sesuatu yang depa ni nak buat. HAHA. Kuat kan instinct aku. 

Si Akmar masuk bilik mintak duit dekat Kak Siti. Pastu kebetulan aku nak g toilet apa semua. Then Kak Siti kata Eliz ada beli makanan. Kalau tak masa tu nak keluar makan dengan Kak Siti. Cehhh konon je la. Tup tupppp depa dah siap prepare apa semua depa panggil aku p Pantry untuk makan sekali. Dah nak sampai aku terdengar suara Encik Khai nyanyi lagu. Sahhhhh. Depa nak celebrate birthday aku. Time tu dah seram sejuk terketar-ketar sebenarnya. HAHA.

Apa lagi bermula la acara nyanyi lagu Happy Birthday. Aku speechless sekejap masa tu. Tak boleh nak kata apa. Mixed feeling. Terharu, terdiam, terkaku, malu semua ada. Bila Eliz nampak aku tergelak, terkaku dia pon peluk aku sambil nyanyi. Lagiiii la rasa macam nak menangis sebenarnya. Tapi depan dorang control la. HAHAHA. 

Ya Allah susah-susah je la korang ni prepare semua ni. Banyak pulak tu makanan. Maka lepas tu bermula la sesi soal jawab. Kak Siti kata memang saje suruh aku pergi bayar bil apa semua sebab tunggu cake Brownies and apam tu sampai. HAHAHA. Aku dengan Kak Siti dah tergelak-gelak dah. Padan la rasa pelik bebenor. Nampak tak perasaan aku kuat mengatakan ada 'sesuatu'. Hadoi korang ni memang macam kartun la.

Thanks a lot SHANGHAI PROSPER DEVELOPMENT S/B. Tak pernah sangka sebegini korang punya sambutan. Lepas ni turn siapa pulak punya birthday? Jeng jeng jeng xD

Unique sangat cake Brownies ni. Besar pon besar. Sedap pon sedap. Pandai akak ni buat. Sampai sekarang tak habis lagi Brownies ni. Semua sumbat kat aku. HAHA. Rezeki betol di umor 24 kali ni.


Sesi meniup lilin. Comel je lilin 24 tu


Terketar-ketar tangan bila dorang suruh potong Brownies tu. Dah la tangan macam parkinson. 


Seriously kenyang betul makan. Ya Allah rezeki betul dapat merasa semua ni. Terima kasih banyak-banyak Kak Siti, Akmar, Eliz and Encik Khai. I will never forget this :)


:D


Terserlah kegemukan aku di situ. Saje uoollsss ni goda I dengan makanan. Ahakkkss


Malam 10/08/2016 pulak kawan-kawan aku ni dok buat prank apa tak tau la. Kome saje kan bagi aku makan banyak. Nak nangis. I feel so touched for everything yang uollss buat. 

Farah petang tu dah Whatsapp aku kata dia ada masalah. So nak jumpa aku. Sebab gaya macam sedih semacam. Tapi macam yang aku kata, I can smell something fishy. HAHA. Jadi mulanya macam nak tolak la kata tak tau lagi boleh teman ka dak sebab balik dari Aerobik pon dah pukul 7.20. Tapi katanya nak keluar pukul 9 lebih macam tu. So dia kata aku wajib teman dia. Aku pon iyakan ajelah. Kawan punya pasal kan.

Dalam kereta dia tanya aku makan McD ka tidak. Katanya ada rezeki lebih nak belanja. Sebab dia ingat aku boikot kot tak makan. Tapi aku makan ja. Haha. Jadi malam tu hala tuju adalah ke McD Manjung Point. 

Mula-mula aku memang tak nampak ada tunang si Farah ni duduk kat cerok meja hujung tu. Sampailah satu ketika si Farah ni sendiri yang mengkantoikan. Siap tanya "Eh, Abang, buat apa kat sini?" Aku pon terpinga-pinga sekejap. Tiba-tiba muncoi pulak si Mira ni entah dari mana siap bawak balloon bagai. Lagi la terkejut. Seumur hidup aku tak pernah lagi orang buat surprise pakai balloon bagai. Nilah pertama kali aku dapat sebegini surprise.

Konon sangat la ada masalah Farah oiii. Cenggini kome prank aku. HAHA. Thank you Hasmira, Farahain and Rafi untuk surprise ni. Dan thanks belanja makan burger McD. Terharuuuu angat-angat. Never expect semua ni. Thanks a lottttt :))

Cake TBH tak pernanhya tak sedap. Habis licin aku makan. HAHA :P


Thank you untuk cake dan burger. Sedappppp


Gigih paksa aku pegang belon tu. 


Kelakar pulak rasa. Tapi you all make me smile tonight :)


I'll never forget all of this. Mohon nanti dua-dua dah kahwin jangan lupa aku.


Pandai pilih belon sorang satu. Kikiki


Pertama kali sambut birthday dekat McD.


Sesi menyuap cake. Yummyyyy


Farah joreng. Suka prank orang. HAHAHA xD



Sepupu aku sorang ni siap bagi amaran siap-siap supaya jangan tanya soalan kahwin. Wakaka. Tak berani jamin aku tak tanya. Birthday dia bakal coming soon on 17/08/2016. Get ready xD


THANK YOU SO MUCH TO ALL OF MY DEAREST FAMILY AND FRIEND YANG CELEBRATE AND WISH TO ME. TAK PERNAH TAK SAYANG KORANG. LOVE UOLLLSS ;)


Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)