We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, August 21, 2016

Treatment Dihentikan

Akhirnya treatment untuk hypertyroid aku dihentikan. Disebabkan paras hormon terlalu turun Doktor Fauziah mengambil keputusan untuk menghentikan treatment ubat-ubatan bagi hypertyroid yang aku alami. Lega sebenarnya sebab that medicine buat berat aku semakin naik dan naik. Haha. Doktor Fauziah sendiri pelik sebab kes aku dengan makan ubat sahaja dalam masa 4 bulan dah turun paras hormon. Because she said selalunya treatment akan ambil masa 2 tahun untuk kembali betul² normal. But kes aku takde la betul² normal lagi.

Paras TSH sudah kembali normal. Cuma paras T4 terlalu rendah. That's why beliau stop the treatment. Tambahan pula sekarang lagi cepat letih. 

Kes Hypertyroid aku kini sudah di refer kembali ke Hospital Manjung. Jadi boleh tarik nafas lega tak perlu ke Ipoh lagi. Tapi timbul masalah kedua. Hmm . . . . . .

Nadi kembali menjadi 99. Sebelum ni hanya 78. Nasib baik berat tu turun sikit. Kalau dak sebelum ni 67. Bermakna berhasil jugak la p kelas aerobik. 

Surat yang membolehkan aku di refer kembali ke MOPD Manjung. 

Like what I said earlier timbul masalah kedua. Apa yang aku maksudkan adalah masalah liver. Yang ini memang terbaik la. Dari Hospital Manjung refer ke Hospital Ipoh. Dari Hospital Ipoh sekarang ni kena refer ke Hospital Alor Star pulak. So yay or nay?

Sepatutnya Doktor menyarankan Hospital Ampang. Akan tetapi bagi aku dan keluarga aku agak jauh tambah pulak tak ada sedara mara di sana. Jadi beliau ada menyenaraikan Hospital Alor Star. Maka kami setuju untuk ke Alor Star berikutan ada relatives di Jitra. Jadi mudah untuk tumpang bermalam di sana. 

Surat rujukan buat Datuk Dr Muhamad Radzi dari Hospital Ipoh. Treatment yang ada sekarang ini dikatakan 60% boleh menghilangkan virus yang ada di liver aku. Akan tetapi Doktor tidak menyarankan treatment yang sedia ada takut tidak berkesan berikutan aku mengalami masalah hypertyroid juga. Malah treatment sedia ada ini memakan masa 1 year untuk sembuh. Jadi beliau berkata ada kajian terbaru yang 100% boleh menghilangkan virus sedia ada di mana treatment ini baru dijalankan di Malaysia dan di luar negara sudah dijalankan dan terbukti berkesan dan bagi menjayakannya, lebih kurang 800 orang pesakit terpilih yang akan menjalani treatment bagi kajian ini dan diperiksa bagi memastikan sama ada treatment ini sesuai atau tidak. Malah ianya adalah percuma berbanding treatment yang sedia ada adalah agak mahal. Dan this new kajian only need 3 months for the treatment. Jadi aku salah seorangnya. So I'm going to Kedah this Sunday. Mengharapkan agar sesuai dengan DAA Treatment ni. If sesuai I need to go to the Hospital Alor Star every month untuk ambil ubat pil tersebut. And if the treatment not suitable for me, then kembali ke Ipoh. Hoping for a miracle.




Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)