We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Wednesday, November 14, 2012

Amblyopia


Assalamualaikum

Kali ni nak talk about pulak pasal mata malas ataupun bahasa saintifiknya dikenali sebagai "Amblyopia". Apa itu mata malas? Kalau nak tau dengan lebih lanjut tengok lah dekat bawah ni.
Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal mata malas ni?
Actually, aku  pernah pergi satu kedai cermin mata ni. Tak ingat la bila. Cina ni kata mata  kiri aku memang teruk. Dan dipanggil sebagai mata malas. Sebab kurang digunakan. 
Tiba-tiba hari ni baru aku nak search pasal mata malas ni. Baru ada kesedaran nak tau apa benda kan.
Mata aku ni boleh kata teruk la jugak. Lagi-lagi mata belah kiri dah mencecah power 600. Belah kanan dalam 200 lebih. Memang tak seimbang la kan dua-dua belah mata. Tapi sekarang tak tau la pulak kan berapa. Dah lama tak pegi check mata. Tapi rasanya makin meningkat kot, sebabnya pakai spec pun dah tak nampak sangat nikan pulak kalau tak pakai spec.

Apakah itu amblyopia (mata malas)?

Amblyopia atau mata malas merupakan keadaan kurang tahap penglihatan satu-satu mata akibat mata tersebut kurang digunakan sejak kecil lagi. Ia berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan semasa kecil.

Apakah gangguan yang boleh mengakibatkan amblyopia?



  • Mata juling
  • Rabun mata (seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma) yang tidak diperbetulkan terutama rabun mata berkuasa tinggi atau perbezaan besar kuasa rabun mata diantara kedua-dua belah mata  
  • Faktor-faktor lain yang menghalang penglihatan seperti :

    Ptosis (kelopak mata jatuh / kuyu) - di mata kiri
    Katarak - di mata kanan


    Bagaimana diketahui seseorang kanak-kanak menghidapi amblyopia?

    Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak mempunyai sebarang tanda dan kanak-kanak ini tidak merungut kerana disangka semua orang berpenglihatan sepertinya. Oleh itu adalah penting bagi kanak-kanak menjalani pemeriksaan mata secara berkala sebelum alam persekolahan.
    Walaubagaimanapun, ibubapa harus mengesyaki bahawa anak anda berkemungkinan mengalami amblyopia sekiranya dia mempunyai tanda-tanda seperti berikut :
    • Kepalanya senget
    • Mata beralih dari tengah bila letih atau berada dalam cahaya terang
    • Menutup sebelah mata apabila terdedah kepada cahaya matahari
    • Sering menggosok mata
    • Sering mengelipkan mata
    • Lebih gemar menggunakan satu mata untuk melihat

    Bolehkah kurang penglihatan akibat amblyopia diperbetulkan?

    • Ya, sekiranya ia dikesan dan dirawat awal (sebaik-baiknya sebelum mencapai usia 6 tahun)
    • Malangnya kebanyakan kanak-kanak yang menghidap amblyopia tidak dikesan awal dan ini menyebabkan kecacatan penglihatan yang berkekalan.

    Apakah yang akan terjadi jika tidak mendapat rawatan awal?

    Jika rawatan awal tidak diberikan, mata tersebut tidak akan berkembang untuk mencapai tahap penglihatan normal dan berkemungkinan menjadi buta.

    Apakah rawatan bagi amblyopia?
    Rawatan amblyopia hanya berkesan jika dilaksana pada peringkat kanak-kanak. Sebahagian rawatan boleh dijalankan oleh ibubapa setelah mendapat latihan daripada Pakar Oftalmologi atau Pegawai Optometri. Rawatan merangkumi salah satu atau gabungan beberapa kaedah seperti berikut :
    • Merawat penyakit mata sediada seperti pembedahan untuk katarak.
    • Merawat rabun mata dengan cermin mata atau kanta sentuh.
    • Menutup mata yang baik penglihatannya untuk merangsang mata yang malas.  
    • Menggunakan ubat titis
    • Menjalankan latihan / senaman mata

    Cadangan:

    Bagi mengelak kurang tahap penglihatan akibat dari amblyopia, kami mencadangkan :
    1. Semua bayi yang baru lahir perlu mendapat pemeriksaan mata.
    2. Bayi yang dibawa melawat klinik kesihatan perlu mendapat pemeriksaan mata
    3. Semua kanak-kanak tadika dan pra sekolah perlu menjalani ujian tahap penglihatan sekurang-kurangnya setahun sekali
    4. Sekiranya tanda-tanda luar biasa dikesan, kanak-kanak tersebut perlu mendapat pemeriksaan Pakar Oftalmologi dengan segera

      Sumber : http://hsnzkt.gov.my/oftalmologi/Amblyopia_%20mata.html

      P/s : Sorry la kalau ternampak aku kat mana-mana tolong tegur ye. Sebab mata aku memang dah teruk tahap tak nampak orang jauh-jauh even pakai spec pun. Kadang-kadang orang tegur aku dari jauh pun aku dah tak nampak. Bukan saja-saja buat-buat tak nampak okay. So, apa-apa just panggil nama okay :)


Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)