We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Friday, November 16, 2012

Fakta Mengenai Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak jadi Doktor Cinta pulak. Ahakkss. Tetiba buang tebiat malam ni. Hehe.
Haaa buat kaum lelaki meh lihat semua fakta-fakta ni. Kaum perempuan pun meh tengok ni jugak. Heee :)


  • Bila seseorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu maknanya dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Sekiranya seorang wanita itu jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di dalam fikirannya walaupun ketika itu dia sedang keluar bersama lelaki lain.
  • Perempuan suka meluahkan isi hati apa yang dia rasa melalui muzik, puisi, lukisan dan juga tulisan.
  • Bersikap terlalu serius  boleh mematikan mood wanita.
  • Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi perempuan. Jadi jangan nak gatal-gatal senyum sembarangan kepada perempuan. Lain jadinya nanti.
  • Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka hanya semata-mata untuk memikat kawan-kawan mereka yang lagi cantik. Ish ish ish tak patut betul. Hipokrit.
  • Sebenarnya mudah mengambil hati perempuan kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan ingin dicintai dan disayangi sepenuh jiwa, bukannya dipermainkan.
  • Jika kamu tidak suka dengan perempuan yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang kamu tidak akan tahu bila dia sudah membuat keputusan, maka dia akan lakukan apa sahaja. Bahaya tu tau.
  • Jika kamu menyukai seorang perempuan, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Perempuan tidak suka dikongkong. Itu tak boleh ini tak boleh. Sikit-sikit nak dicontrol. Korang ingat ni macam main kereta kawalan jauh ke? Segala gerak-geri kekasih dikawal sampaikan nak berpakaian pun harus ditetapkan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena bagitau dulu, kalau tak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil tu. Bagi aku la kan, tak perlu la semua benda nak kena bagitau pada bf/gf. Dah tu takkan nak pergi berak, kencing pun nak kena bagitau jugak kot? Ni baru kekasih dah korang kongkang sana sini, belum lagi dah kahwin. Kalau dah kahwin tak tau la pulak kan.
  • Perempuan tak suka lelaki yang merokok. Ini adalah sifat kaum lelaki yang melemaskan perempuan. Asyik berasap sana sini. Korang nak cepat mati ke? Dah tak sayang nyawa ek? Kalau asap tu tak membawa kesan kepada orang lain tak pe la jugak. Ni tak, asap rokok membawa kesan kepada orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang GF menegur  bukannya apa. Dia sayang dekat BF dia dan tak nak korang yang lelaki ni jatuh sakit. Sah-sahla perempuan ni tak nak BF dia dapat penyakit dah tu membazirkan duit pulak. Kalau rasa sayang diri tu bawak-bawaklah berhenti merokok.
  • Perempuan tak suka lelaki yang terlalu ego. Ini merupakan masalah yang paling ketara dan merimaskan perempuan. Ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan perempuan. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
  • Perempuan tak suka lelaki yang suka menipu. Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah langsung. Sanggup mungkir janji bagi alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Dah tu pulak ada jugak lah yang dah berpunya tetapi berlagak mengaku single. Korang tak boleh ke nak berterus-terang je? Tak perlulah nak bohong perempuan. Orang perempuan ni lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang. Sifat anda yang suka menipu tu akan buat perempuan lagi tidak percaya dekat anda. So beware !
  • Perempuan tak suka lelaki main kayu tiga belakang dia. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya. Persoalannya, susah sangat ke nak setia? Perlu ke nak mempermainkan perasaan perempuan?
  • Perempuan tak suka lelaki yang suka 'cuci mata'. Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata. Mata keranjang la katakan. Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu nak terkeluar macam nampak apa je. Walaupun bersama kekasih, lelaki tetap tak peduli. Bagi lelaki, tak salah kalau sekadar mencuci mata. Tapi agak-agakla cik abang oiii, hati dan perasaan kekasih tu kenalah jaga. Karang tak pasal lain pulak jadinya. Mata tu jagalah sikit !
  • Perempuan tak suka lelaki yang perasan terlebih. Lelaki ni cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang kacak. Boleh pulak kan mengaku mereka ni idaman perempuan. Jangan nak perasan sangat lah ye. Nak habaq sikit na, bukan semua perempuan memandang pada parasa rupa, kalau dah hat yang terlebih perasan tu, nantikan je lah wanita mengutuk dari memuji. HAHA. Sedarlah !
  • Perempuan tak suka lelaki yang mementingkan diri sendiri. Susah kalau dapat lelaki yang macam ni. Selalu tak nak mengalah dan ingin menegakkan pendapat senddiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Semua benda nak kena ikut apa yang si lelaki ni nak. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih. Egolah katakan !
  • Perempuan tak suka lelaki yang pengotor. Susah jugak kalau dapat lelaki yang pengotor ni. Terutama si lelaki yang suka meludah dan buang kahak merata-rata. Aku paling tak suka lelaki macam ni. Memang pengotor. Yekkkk ! Ada jugak yang jarang basuh baju, pakai baju yang sama berulang kali, dan sebagainya. Tak segan ke macam tu cik abang? Macam tu perempuan pun tak nak dekat.
  • Perempuan tak suka lelaki yang makan terlalu gelojoh. Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Dah macam 'food machine'. Perempuan ni tak suka tau tengok lelaki makan macam serupa makanan tu nak lari je. Tak boleh ke makan dengan tertib dan sopan? Tak boleh ke ikut sunnah Nabi? Makan perlahan-lahan dan tak gelojoh. Tak lari ke mana pun la makanan tu. Bukannya dia ada kaki pun nak berlari.
  • Perempuan tak suka lelaki yang suka memutar-belitkan sesuatu perkara. Lelaki ni ramai yang pakar dalam memutar-belitkan kenyataan walaupun sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ni tak mengapa asalkan perempuan percaya dengan alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Kalau anda betul-betul sayang dan cintakan pasangan anda, jujur jelah. Tak susah mana pun la. Tak payah la nak memutar-belitkan sesuatu. Lambat-laun cepat atau lambat perkara sebenar tetap akan diketahui. Faham?
  • Perempuan tak suka lelaki yang terlalu control macho. Nak dikatakan macho tak jugak. Hancur je lebih. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan diri mereka lelaki sejati dan konon-kononnya HERO la. Tak perlulah nak merasakan diri tu macho sangat kerana perempuan sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. So, no need nak berlagak dan control macho tu ye.



P/s : So, conclusion just be yourself. Dan jaga perasaan orang lain sama. Okay cukup sudah jadi Doktor Cinta. Bye. Jumpa dalam entri yang seterusnya :)




Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)