We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Saturday, January 18, 2014

Opah's House

Assalamualaikum.

Hello everyone! Yesterday 17/01/2014, Friday kami sekeluarga balik ke rumah Opah di Bota Kiri, Perak. Cuma my adik dia tak ikut sekali. Petang tu dia ada silat. So dia tak join. Al kisahnya macam ni. Ibu cakap teringin nak makan lemang. Bila ibu dah cakap macam tu aku pun macam teringin. Malam Khamis tu abah call Opah cakap nak datang rumah nak buat lemang. Hehe. Pagi Jumaat tu dalam pukul 7.30 kami gerak beli barang yang nak dibuat lemang. Buluh dah ada kat sana. Lepas dah beli barang, makan dekat Restoran Khassmier. Aku macam biasa la makan roti planta plus roti kosong and teh ais. Favourite! :)

Dalam pukul 9 kot sampai rumah Opah. Apa lagi start la projek bakor lemang. Ibu dekat atas buat rendang ayam. Aku, opah and abah tolong la apa yang patut nak dibuat dengan lemang tu. Empat batang buluh kami bakar petang tu. Lepas tu ibu pulak turun bawak rendang ayam, ikan pari and beras untuk dimasak. Biasa la orang kampung. Masak cara orang dulu dekat bawah. Pedih mata aku kena asap tu. Ibu : Macam ni orang dulu-dulu masak. Yayayaya. Hahaha. Apa-apa pun tengahari tu aku makan dengan berselera. Menunya, nasi putih, rendang ayam, sambal tempoyak, jantung pisang, sambal belacan and ikan pari bakar. Sedappppp wehhh. Dua kali tambah aku. Lemang pulak kitorang makan bila dah balik rumah. Dua batang lemang tinggal dekat Opah and kakak abah. Lagi dua lemang kitorang bawak balik. Dah balik merasa la makan lemang. Apa ingat bulan puasa, time raya je ke ada lemang? Hahaha. Buat sendiri kalau nak :P



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)