We're not alone. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it

Sunday, August 21, 2016

Cendawan Enoki Goreng Celup Tepung

Baru pertama kali dengar nama cendawan Enoki. Sebelum ni tak pernah tahu langsung akan kewujudan cendawan sebegini. Semuanya bermula bila akak officemate ajak pergi TF Value Mart yang baru sahaja dibuka di Manjung baru² ini. Tiba² ternampak cendawan Enoki ni. Aku pun apa lagi tanya macam². Maka bermula la episod mencuba resepi yang diberikan oleh Kak Siti.

Memang sedap bila dah digoreng. Kenapa la aku baru tau ni. Haha. Meh tengok macam mana rupa cendawan Enoki ni. Masa kitorang beli dekat TF Value Mart tu satu paket baru 29sen. Murah gilerrr.

Macam ni la rupa Cendawan Enoki. Kecik² comey je. Make sure potong akar bawah die dan basuh dan toskan. And then sediakan telur dan tepung Kentucky. It's up to korang la nak pakai tepung apa. Aku dah try pakai tepung gandum and tepung Kentucky. Sedap lagi pakai tepung Kentucky. Rasa macam makan ayam goreng. Haha. Ambil cendawan Enoki tadi then salutkan dengan telur tadi dan gaul rata dengan tepung Kentucky tadi. Aku ada jugak mixed tepung jagung and tepung beras sedikit. Ikut kreativiti uollss nak macam mana. 

Tadaaaa. Macam ni la bila dah siap goreng. Sedappp dimakan begitu saja ataupon dimakan dengan nasi sekali. Lepas tu cicah sos. Walaweyyy. Sempat suap kat adik aku. Tersenyum dia bila rasa. Baru dia tau sedap ka tak sedap. Hahaha 😜

SELAMAT MENCUBA 😄



Kalau anda suka dengan post ini silalah LIKE dan KOMEN. Syukran :)

No comments:

Post a Comment

Ada apa komen boleh tinggalkan di sini :)